KewanganCara Mudah

Cara Tukar Duit Raya Dekat ATM Je! Malam Pun Boleh Buat, Tak Perlu Ke Kaunter

Panduan Tukar Duit Raya RM10 & RM50 Di Mesin ATM Maybank, Ambank & Affinbank

Nampaknya masih ramai yang tak tahu cara tukar duit raya dekat ATM. Tak lama lagi dah nak raya jadi mungkin ada dalam kalangan kita yang masih belum sempat nak pergi ke bank untuk tukar duit raya. Ye lah waktu kerja dah sibuk, malam nak solat tarawih pula, hujung minggu pula bank dah tutup. Tapi sebenarnya tak perlu tunggu waktu bekerja pun kita boleh tukar duit raya dekat mesin ATM sahaja sekarang ini.

Selalunya bila nak bagi duit raya ni, orang sibuk nak cari duit kecil dan duit baru kan. Bukan apa, baru senang nak bagi ramai orang kan. Kalau duit besar tu sikit je la boleh bagi nanti kan. Kalau pun ada masa untuk ke bank, ada sesetengah orang tu malas nak beratur dan tunggu lama kan. Lagi-lagi musim COVID-19 ini lebih elok elakkan berjumpa ramai orang kan. Jadi boleh ikut cara tukar duit raya di ATM seperti di bawah.

Baca Juga : Tips Tukar Duit Raya RM1 & RM5 Di Kaunter Bank

Cara Tukar Duit Raya RM10 & RM50 Di Mesin ATM

Perkongsian ini telah dibuat oleh Saudara Mohd Shukor di Facebook beliau. Caranya adalah seperti berikut:

1. Pergi ke Maybank cawangan tertentu sahaja. Rujuk gambar di bawah untuk senarai bank.

2. Pilih ATM yang mempunyai lambang atau signage seperti di gambar.

3. Semua duit dalam mesin ATM ini adalah duit kertas nota RM10 dan duit raya baru. Jadi hanya tekan withdraw dan pilih amount.

4. Maximum amount per transaction adalah RM300. Jadi kalau nak 60 keping nota RM10 yang baru, kena buat dua kali transaksi

5. Ok dah siap. Mudah sahaja kan. Sampul duit raya pula boleh minta dekat pegawai yang jaga kaunter depan tu.

Senarai ATM Raya 2023 Maybank 

Berikut adalah senarai mesin ATM terpilih yang menawarkan perkhidmatan Raya ATM bagi tahun 2023. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini

 

Sumber gambar: Maybank

Ambank Juga Boleh Keluarkan RM10 di Mesin ATM

Menurut Ambank, pihak mereka juga menyediakan perkhidmatan pengeluaran RM10 di mesin ATM. Berikut adalah senarainya untuk tahun 2023. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini:

Sumber Gambar: AmBank

Affinbank Juga Boleh Keluarkan RM10 / RM50 di Mesin ATM

Affinbank juga ada menyediakan perkhidmatan pengeluaran RM10 dan RM50 di mesin ATM. Berikut adalah senarainya untuk tahun 2024.

Sumber : Affinbank

Mudah sahaja kan nak tukar duit raya di mesin ATM ni. Yang pentingnya tak payah bersesak-sesak tunggu lama dan boleh pergi bila-bila masa sahaja tak perlu tunggu waktu bekerja. Boleh lah share pada orang lain agar dapat memudahkan urusan mereka. Kalau nak daftar online Maybank2u boleh ikut panduan di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button