Tips JimatKesihatan

Ini Cara Jimat Buat Sendiri Face Mask Tanpa Jahit & Sanitizer DIY di Rumah

Tips Jimat Buat Sendiri Pelitup Muka Dan Pembasmi Kuman

Sesi persekolahan anak telah pun bermula. Tiada lagi sesi pembelajaran secara maya, dan diorang dah dapat kembali belajar secara fizikal di dalam kelas. Tapi dengan Covid-19 yang masih menular, dan vaksin pun belum mula diberikan secara menyeluruh, kita sebagai ibu bapa mestilah nak anak kita dapat menghadiri sekolah dengan selamat. 

Risiko untuk dijangkiti Covid-19 di sekolah boleh jadi tinggi disebabkan diorang terdedah dengan suasana yang ramai orang. Kita sendiri tak tahu sama ada cikgu, rakan sekelas ataupun pekerja di sekolah tersebut menghidapi wabak Covid-19 ataupun tidak.

TERKINI: Orang ramai digalakkan double masking di kawasan yang berisiko tinggi seperti yang disarankan oleh KKM melalui Panduan Ringkas Pemakaian Pelitup Muka Berganda (Double Face Mask) oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC), Amerika Syarikat. 

Tips Jimat Buat Sendiri DIY Pelitup Muka & Pembasmi Kuman Di Rumah Je!

Bagi mengurangkan risiko tersebut, kita mestilah menyediakan anak dengan peralatan yang sepatutnya seperti pelitup muka dan hand sanitizer. Dua benda ni korang tak perlu beli baru pun sebab boleh buat sendiri je di rumah dan kosnya pun lagi murah!

1. Pelitup Muka DIY (Tak Perlu Jahit!)

Kalau nak gunakan pelitup muka pakai buang setiap hari, mungkin korang akan belanjakan lebih banyak duit. Apa kata, sebagai alternatif, beri anak pakai pelitup muka yang diperbuat daripada kain? Boleh dipakai berulang kali, tapi pastikan basuh dulu sebelum pakai semula ya!

Bahan yang diperlukan untuk membuat pelitup muka tanpa perlu menjahit adalah:

  • Bandana ataupun sapu tangan yang besar.
  • Getah rambut.

Ya, dengan dua bahan je pun korang dah boleh buat pelitup muka sendiri. Cara-caranya adalah:

Sumber Gambar Sarah Maker

  • Hamparkan bandana dan lipatkan bahagian atas dan bawah ke bahagian tengah. Dan kemudian lipatkan lagi bandana tersebut menjadi dua. Sekarang, korang akan ada empat lapisan bandana.

  • Kemudian, masukkan getah rambut ke setiap hujung bandana sehingga beberapa inci ke bahagian tengah bandana yang dilipat. Jangan lupa ukur luas bandana tersebut ke muka anak supaya muat untuk menutupi mulut dan hidungnya.

  • Lipatkan hujung bandana ke tengah dan pastikan kedua-dua hujung tu bertindih sikit. Masukkan lebihan bandana tadi ke dalam satu hujung yang lain bagi memastikan ia tak terlerai.
  • Siap dan boleh dipakai! Korang boleh letakkan penapis udara di bahagian tengah untuk perlindungan tambahan.

2. Hand Sanitizer DIY

Hand sanitizer juga penting untuk korang sediakan sebab anak kita, lagi-lagi yang masih kecil, suka menyentuh semua benda. Kadang-kadang tu diorang lupa nak basuh tangan sebelum makan. Jadi diorang lebih berisiko untuk dijangkiti Covid.

Nak buat hand sanitizer sendiri pun boleh. Selain alkohol yang agak mahal, sabun juga boleh menghancurkan lapisan minyak yang ada pada virus COVID 19 ini jadi bolehlah digantikan sebagai alternatif. Bahan-bahannya adalah:

  • 4 Sudu Serbuk Pencuci Baju
  • 1.5 liter air
  • Botol Plastik Kosong 1.5 liter
  • Kertas atau corong

Sumber Gambar Youtube

Caranya mudah je:

Pertama sekali gulungkan kertas tersebut di muncung botol atau gunakan corong dan masukkan 4 sudu serbuk pencuci baju

Kemudian masukkan 1.5 liter air paip ke dalam botol. Nak guna air coway ke cuckoo pun boleh juga. Jangan guna air manis je sudah.

Tutup botol dan goncangkan supaya campuran sabun dan air larut dan sebati

Siap! Boleh tuangkan air ke dalam botol spray kecil untuk lebih mudah anak-anak bawa ke sekolah.

Jadi, dengan persediaan-persediaan di atas ni, korang tak perlulah risau lagi bila anak mula belajar secara fizikal di sekolah nanti! Selain daripada tips di atas ni, korang juga kena tahu tips jimat nak beli peralatan sekolah anak yang boleh dibaca di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button