InformasiCara Mudah

Kenapa Ibu Bapa Wajib Kemas Kini Maklumat APDM Untuk Anak? Ini Sebab Dan Caranya

Cara Daftar & Kemaskini Maklumat APDM Untuk pelajar KPM

Macam mana nak kemaskini maklumat APDM? Walaupun tak semua pelajar bakal menjalankan sesi persekolahan secara bersemuka disebabkan masih pengumuman terkini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia akibat penularan COVID19, ibu bapa masih perlu memastikan anak-anak dah bersedia untuk memulakan sesi persekolahan pada 20 Januari 2021 nanti, walaupun diorang hanya belajar di rumah je.

Dan salah satu persediaan yang ibu bapa kena lakukan adalah untuk mengemas kini profil murid di sistem APDM seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Apa itu APDM? Kenapa Ibu Bapa Kena Tahu?

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan semua aplikasi yang berasaskan penjaga utama di Kementerian Pendidikan Malaysia. Di dalam APDM ni, segala maklumat berkenaan murid akan disimpan dan boleh diakses pada bila-bila masa. Sebab tu amat penting bagi ibu bapa untuk memastikan maklumat anak di dalam APDM sentiasa dikemas kini.

Melalui APDM ini juga bantuan kepada pelajar sekolah yang memerlukan dapat diberikan. Kemas kini APDM boleh dilakukan secara online je oleh ibu bapa di rumah. Kalau ibu bapa yang tak ada capaian Internet pula, korang boleh minta tolong pihak sekolah untuk membantu kemas kini maklumat anak. Jangan lupa amalkan SOP kalau keluar nanti. 

Cara Kemas Kini Maklumat APDM

  • Layari laman web Sistem Pengurusan Sekolah KPM di SINI.
  • Log masuk dengan mengisi No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang betul jika dah ada akaun.
  • Kalau masih belum ada akaun, boleh daftar dengan cara klik Pengguna Baru dan isikan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan.
  • Bila dah berjaya, klik pada Kemaskini Maklumat.
  • Nanti akan keluar senarai nama anak jagaan korang. Boleh klik pada mana-mana nama anak dan akan keluar maklumatnya.
  • Kemudian korang boleh pilih jenis maklumat yang nak dikemas kini seperti:
    • Profil Anak Jagaan
    • Alamat Anak Jagaan
    • Maklumat Penjaga

  • Lepas dah lengkapkan maklumat untuk semua anak jagaan, korang boleh klik pada kotak kecil di bahagian Perakuan Maklumat.
  • Bila dah selesai semua, korang boleh simpan softcopy ataupun cetak borang APDM tadi sebagai simpanan peribadi.

Pastikan korang ikut satu per satu cara di atas supaya maklumat anak dah siap dikemas kini di dalam APDM. Nanti bila dah mula sesi persekolahan, tak adalah benda-benda kecil ni akan mengganggu proses pembelajaran anak pula. Lebih baik korang selesaikan benda ni awal-awal sebab KPM dah pun buka sistem ni sejak 11 Januari hari tu.

Persediaan lain yang diperlukan oleh anak sebelum memulakan sesi persekolahan adalah buku teks. Tapi bila anak terpaksa belajar dari rumah, susah pula nak dapat akses buku teks. Jangan risau, korang boleh dowload buku teks digital secara percuma, dengan mengikuti langkah-langkah INI!

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button