Cara MudahRumah

Ramai Tak Tahu, Hanya Tekan Butang Soak, Keladak & Kotoran Mesin Basuh Akan Hilang Dengan Mudah

Cara Bersihkan Keladak Dan Kotoran Mesin Basuh

Mesin basuh adalah keperluan pada zaman kini dan masih ramai tak tahu cara untuk bersihkan keladak dan kotoran mesin basuh. Ya betul mesin basuh pun boleh jadi kotor tau! Bayangkanlah selama ni kita cuci pakaian kotoran semua tu pergi mana kan? Memang ada yang keluar sekali bersama air tetapi jenis habuk atau cebisan-cebisan yang besar tu mungkin akan tersangkut dan berkumpul setelah berapa banyak kali cucian yang akhirnya menjadi keladak.

Keladak ni kalau tidak dibersihkan lama kelamaan boleh menyumbang kepada kerosakan mesin basuh juga. Paling tidak pun dia boleh membuatkan cucian jadi kurang bersih. Tak nak lah cuci pakaian tapi pada hakikatnya pakaian tersebut tak bersih kan. Jadi mahu atau tidak kita mesti juga bersihkan mesin basuh kita paling tidak sebulan sekali atau lebih kerap lebih bagus jika selalu digunakan. Cara nak cuci mesin basuh hilangkan keladak ni tak susah pun sebenarnya. Ikuti langkah di bawah.

Cara Bersihkan Keladak Dan Kotoran Mesin Basuh Dengan Tekan Butang Soak

Sebenarnya terdapat pelbagai cara nak bersihkan mesin basuh ni, salah satunya menggunakan butang soak yang ada pada washing machine seperti dikongsikan saudari Ika Hazman ini:

Bau Tak Menyenangkan

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Kerak Hitam Melekat Pada Baju

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

Fungsi Butang Soak / Tub Cleaning

Fungsi Soak atau Tub Cleaning kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

Cara Cuci Mesin Basuh

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

  1. Tekan butang ON pada mesin basuh
  2. Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan butang START
  3. Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan Cuka dan Soda Bikarbonat
    Nota: Sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun boleh dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.
  4. Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan ia membuat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah.

Peringatan

Cuma bila buat sesi soak / tub cleaning janganlah mommy letak kain pulak. Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh.

Bila perlu buat? 

Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2 bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin. Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul.

Rugi jika tak jaga dengan betul 

Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8 tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya. Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe,

Boleh Guna Pencuci Mesin Basuh

Kalau nak lagi bersih sebenarnya boleh guna sabun pencuci mesin basuh macam dikongsikan di pautan di SINI. Sabun ni tak ada lah mahal sangat. Dekat kedai RM2 pun ada jual. Lagi murah dan berbaloi! Kalau nak bagus sikit boleh guna sabun Dettol khusu untuk cuci mesin basuh yang korang boleh beli online je macam kat SINI.

Semoga perkongsian yang diberikan saudari ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Lepasni baru lah pakaian kita diyakini bersih dan tidak kotor lagi kan walaupun dah dicuci menggunakan mesin basuh.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button