Ada Kereta Wajib Tahu Ni! Apa Beza Timing Belt & Timing Chain, Elak Putus Tengah Jalan
Perbezaan Timing Belt & Timing Chain
Ramai kita mempunyai kereta sendiri tapi tak ramai yang tahu apa beza timing belt & timing chain kan? Mungkin ada antara kita yang pertama kali dengar tentang ini kan, tapi jangan risau di sini akan dikongsikan maklumat lanjut mengenainya. Apa yang penting sangat timing belt dan timing chain ni kan sampai perlu ambil tahu oleh setiap pemilik kereta? Ini kerana ianya merupakan kompenen kenderaan yang utama dalam sesebuah kenderaan dan perlu dijaga atau diselenggara dengan baik.
Menurut pakar atau mekanik kenderaan, jika ianya tidak diselenggara seperti ditukar apabila tiba masa hayatnya, ianya boleh menyebabkan kerosakan kepada kenderaan. Bila dah rosak, kos nak membaiki juga bukanlah sedikit tetapi mahal juga maka amatlah rugi jika berlaku. Memanglah untuk menukarnya juga bukanlah murah tetapi lebih jimat berbanding perlu menampung kos kerugian kerosakan komponen tersebut yang boleh menyebabkan kerosakan lain sekaligus melumpuhkan kenderaan tersebut.
Perbezaan Timing Belt & Timing Chain Yang Perlu Tahu Agar Tak Putus Tengah Jalan Dan Rugi!
Berikut penjelasan yang dikongsikan oleh saudara Ruzlan Bin Ab Rahman mengenai perbezaan timing belt dan timing chain:
Timing Chain
Timing chain tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain sesebuah kenderaan boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.
Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ianya terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan.
Pastikan ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul! Barulah timing chain bertahan lama
Timing Belt
Timing Belt perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal. Jika menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira.
Tanda Dan Cara Kenalpasti Timing Belt Rosak
Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau hint bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.
Antara tanda lain yang boleh dikesan menunjukkan timing belt rosak:
- Bunyi Enjin Kereta Kasar
- Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin Menyala
- Cetusan Enjin Tidak Normal seperti meletup-letup.
Jika Putus Kos Lebih Tinggi Untuk Baiki
Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak.
Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.
Timing belt – 60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sehingga 90,000km dan Honda CRV boleh tahan sehingga 160,000km. Jadi timing belt ini mengikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, bila sampai sahaja 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Rugi juga dekat situ kan.
Nota: Timing belt direkomen tukar 60000km atau 100000km bergantung kepada jenis belt yg dipakai.
- GEARBOX ATF (Automatic Transmission Fluid) mesti ataupun paling bagus tukar 20000km
- GEARBOX CVT (Continuously Variable Transmission) jangan main-main mesti tukar selalu pada 20000km.
Kos Harga Timing Belt
Secara puratanya, kos untuk menggantikan timing belt kereta adalah:
- Sekitar RM200 hingga RM400
- Contoh: Proton Persona (kos tukar timing belt sekitar RM310 dalam pasaran termasuk kos upah)
Bahaya Karbon Dalam Enjin
Karbon yang terbentuk dalam enjin kereta sekiranya dibiarkan menebal akan membuatkan :
1. Penggunaan minyak kereta anda bertambah
2. Kereta jadi kurang pick-up (kurang kuasa pecutan)
3. Kereta tersengguk-sengguk ketika menaiki bukit
4. Susah hendak dihidupkan terutama semasa enjin sejuk
5. Enjin terasa berat
6. Bunyi bising dan gegaran yang kuat pada enjin
Bertindak sekarang!!
Jadi dah tahu tips mengenai timing belt dan timing chain kenderaan ni bolehlah kongsi pada orang lain agar ramai lebih faham dan tidak membazir duit menukarnya sebelum perlu dan juga rugi kerana rosak dan tidak sempat tukar baru. Nak tahu tanda gearbox kereta rosak pula boleh baca lanjut di SINI.