ResepiMakanan

Popia Carbonara Viral, Memang Sedap! Senang Je Nak Buat Ini Resepinya

Resepi Popia Carbonara Mudah & Sedap

Bila ada makanan viral je mesti semua orang nak beli dan rasa antaranya popia carbonara. Sebenarnya dah lama juga orang jual popia carbonara ni sebab dah pernah viral dulu tapi disebabkan rasanya yang sedap masih ramai juga yang menggemarinya dan masih popular hingga sekarang. Popia ni sebenarnya salah satu kuih sejak zaman dulu lagi cuma intinya pada zaman dulu adalah sayur ataupun otak-otak.

Selaras peredaran zaman, banyak resepi yang telah diolah mengikut citarasa moden dan terkini tidak ketinggalan untuk kuih popia juga. Popia carbonara telah diperkenalkan di mana intinya adalah carbonara yang merupakan gandingan kuah untuk masakan itali seperti spaghetti. Kreativit rakyat tempatan ini bukan sahaja menarik malah mampu menjadikannya sebagai mata pencarian buat sesetengah peniaga.

Resepi Popia Carbonara Mudah & Senang Untuk Dibuat. Rasa Sedap Jual Pasti Laku

Untuk resepi popia carbonara, boleh rujuk perkongsian saudari AJ Rahayu seperti di bawah ini:

Bahan-bahan: 

  • Kulit popia (secukupnya)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 200 – 300 gram isi ayam (dicincang)
  • 4 – 5 batang sosej
  • 1 tin carbonara cendawan jenama Prego

  • 3 sudu mentega
  • 1 sudu besar lada hitam (tumbuk sehingga halus)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 keping keju

Cara-cara: 

1. Cairkan & panaskan mentega. Lalu tumiskan bawang besar.

2. Masukkan isi ayam. Tumiskan sehinga masak. Selepas itu masukkan pula sosej.

3. Masukkan 1 tin carbonara cendawan Prego dan 1 sudu besar gula (untuk seimbangkan rasa masin). Tak perlu letak garam kerana sos dan keju dah masin, Masukkan pula lada hitam yang telah ditumbuk.

4. Akhir sekali masukkan 1 keping keju dan masak sehingga kuah menjadi pekat. Tidak perlu letak air atau susu. Cukup dah sedap dan lemaknya.

5. Setelah siap inti, sejukkan dahulu. Kemudian baru gulungkan dalam kulit popia. Nak lagi cheesy boleh letak keju juga.

6. Pastikan lekat dengan baik popia, boleh gunakan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan air.

Nota: Resepi ini dapat menghasilkan dalam 22 hingga 25 batang popia mengikut banyak mana sukatan inti semasa ingin menggulung tersebut.

 

Tips Penting Menggoreng Popia Carbonara

Popia yang telah siap digulung hendaklah disejuk bekukan dahulu. Selepas dimasukkan dalam tempat beku itu sekejap, setelah itu baru digorengkan. Ini untuk mengelakkan inti daripada meleleh keluar dan meletus ketika menggoreng.

 

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button