InformasiCara Mudah

Pertama Kali Mengundi Jangan Silap! Ini Apa Yang Perlu Buat Sebelum & Semasa Mengundi

Cara Mengundi Serta Tips Apa Perlu Buat Sebelum & Semasa Mengundi

Pasti masih ada yang tak tahu cara mengundi kerana pertama kali mengundi terutamanya untuk mereka yang berumur 18 tahun. Pilihan Raya kali ini akan menjadi pilihan raya yang pertama buat adik-adik yang baru sahaja melepasi syarat kelayakan mengundi iaitu had umur 18 tahun. Mesti ramai yang masih terpinga-pinga apa yang perlu dibuat jika pertama kali mengundi adakah perlu mendaftar ataupun sahkan apa-apa maklumat ataupun tidak perlu.

Jangan risau buat yang pertama kali mengundi tu, di sini akan dikongsikan cara mengundi seperti apa yang perlu dibuat sebelum mengundi dan juga semasa mengundi. Macam mana cara untuk pangkah undi dengan betul agar tak menjadi undi rosak. Apa pula perkara yang boleh dan tidak boleh untuk dilakukan semasa datang mengundi? Bagaimana proses mengundi dijalankan dan apa langkah yang perlu kita ikuti? Ikuti penerangan lanjut di bawah

Cara Mengundi Serta Tips Apa Perlu Buat Sebelum & Semasa Mengundi (Cara Pangkah Undi)

Berikut adalah cara mengundi dan tips sebelum serta semasa mengundi:

Sebelum Mengundi

1. Semak Tempat atau Pusat Mengundi 

Perkara paling utama perlu dibuat sebelum pergi mengundi adalah menyemak tempat atau pusat mengundi. Ini kerana pengundi tidak boleh mengundi di mana-mana sahaja tetapi hanya boleh membuang undi di pusat mengundi yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Untuk semak pusat mengundi boleh rujuk di panduan berikut:

2. Jangan Pakai Baju Ada Logo Parti!

Sila berpakaian kemas apabila hendak pergi membuang undi di pusat mengundi. Apa yang paling penting pastikan tidak memakai mana-mana pakaian tidak kira sama ada baju, seluar mahupun tudung yang mempunyai logo mana-mana parti.

3. Bawa Kad Pengenalan Diri

Apabila hadir ke pusat mengundi, pastikan bawa bersama salah satu daripada dokumen pengenalan diri iaitu:

  • Kad Pengenalan (MyKad)

Jika kehilangan kad pengenalan:

  • Resit JPN.KP9 atau;
  • Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara

Dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri:

  • Pasport Malaysia
  • Lesen Memandu Yang Bergambar
  • Kad Rasmi Pengenalan Diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar pemegangnya.

 

Semasa Mengundi

Berikut adalah 10 langkah semasa mengundi yang telah dikongsikan oleh SPR:

 

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh Anggota Polis yang mengawal selia pintu masuk

2. Serahkan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri dan Slip Semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa

3. Kerani Pengundian Pertama akan memberikan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri pengundi kepada Kerani Pengundian Kedua untuk pengesahan. Pastikan No. Kad Pengenalan dan nama anda yang diteriakkan oleh Kerani Pengundian Pertama adalah TEPAT.

4. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian kedua.

*Kerani Pengundian Pertama akan membuat penandaan nama anda dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya

5. Terima Kertas Undi daripada Kerani Pengundian Ketiga

6. Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit

7. Maju ke petak undi dan tandakan “X” pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam Kertas Undi dengan menggunakan pen. PILIH SATU CALON SAHAJA.

8. Masukkan Kertas Undi dalam Peti Undi yang betul

*Semua proses pengundian dijalankan dalam kehadiran Ejen-Ejen Tempat Mengundi yang bertugas

9. Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.

10. Segera tinggalkan Tempat Mengungi setelah selesai mengundi.

Infografik Langkah Mengundi 

 

Telefon Bimbit Tidak Dibenarkan Dibawa Ketika Membuang Undi

Adalah diingatkan bahawa telefon bimbit tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa ketika membuang undi di pusat mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

Pengundi perlu meletakkan telefon bimbit di meja Ketua Tempat Mengundi sebelum membuang undi seperti yang dijelaskan dalam infografik Langkah Mengundi SPR di atas.

Setelah selesai membuang undi, barulah pengundi boleh mengambil kembali telefon bimbit dan sekaligus keluar dari tempat mengundi.

 

Video Tutorial

Berikut adalah video tutorial proses mengundi untuk lebih mudah faham dan jelas:


Pangkah Selain Tanda ‘X’ Pada Kertas Undi Boleh Atau Tidak?

Dengar video penjelasan berikut seperti yang dikongsikan oleh Astro Awani:

Apa Itu Undi Rosak Dan Undi Ditolak?

Undi Rosak

  • Istilah undi rosak hanyalah terpakai kepada kertas undi yang tidak dimasukkan ke dalam tempoh pengundian

Undi Ditolak 

  • Istilah kertas undi ditolak pula berlaku semasa proses pengiraan kertas undi

Penjelasan lanjut mengenai contoh kertas undi rosak dan kertas undi ditolak adalah seperti di dalam infografik yang dikongsikan SPR di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk portal rasmi dan media sosial Suruhanjaya Pilihan Raya seperti pautan di bawah:

 

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button