TeknologiCara Mudah

Jangan Letak Telefon di 5 Tempat Ini! Bahaya & Harus Dielakkan Daripada Situasi Tidak Diinginkan Berlaku

Lokasi Bahaya Untuk Simpan Atau Letak Telefon Bimbit

Mesti ramai tak tahu sebenarnya ada tempat yang patut kita elakkan untuk letak telefon bimbit. Ya betul nak letak atau simpan telefon pun ada tempat yang tidak sesuai. Ini kerana ianya boleh mengundang bahaya seperti kemalangan kebakaran dan sebagainya akibat tindakbalas dengan keadaan sekitar. Apa yang lagi menyedihkan adalah telefon bimbit tersebut berkemungkinan besar untuk rosak dan tidak boleh lagi digunakan pada masa akan datang. Dah membazir pula beli mahal-mahal tapi rosak akibat kecuaian sendiri.

Sekarang ini hampir setiap orang mempunyai telefon bimbit malah anak-anak juga mempunyai telefon pintar untuk mudah dihubungi. Telefon pintar pula tidaklah murah dan harganya mencecah ratusan ringgit. Jika rosak pula kos nak baiki juga tidaklah murah. Maka perlulah kita jaga dengan sebaiknya agar tidaklah membazir. Penjagaan telefon ni selain daripada tak boleh jatuh dengan teruk kita juga tak boleh letakkan ia di sembarangan tempat. Betul tu tak boleh letak sesuka hati kerana ianya boleh menyebabkan kerosakan malah kemalangan juga boleh berlaku.

Tempat Tidak Sesuai Letak Telefon Atau Simpan Handphone

Jadi ada beberapa tempat yang tidak sesuai sebenarnya untuk simpan telefon atau meletakkan handphone di situ.

Jangan Letakkan Berdekatan Gas Yang Mudah Terbakar

Telefon bimbit boleh menyalakan bahan api atau fumes wap apabila ia dihidupkan dan ketika ia berdering boleh melepaskan tenaga yang cukup untuk menyediakan percikan bagi pencucuhan. Disebabkan itu lah telefon bimbit tidak boleh digunakan di stesen minyak sewaktu mengisi minyak, ataupun berhampiran bahan api lain seperti ketika memotong rumput dan sebagainya.

Sumber Gambar Islamituindah

Elak Tinggalkan Phone Dalam Kereta

Mesti kita pernah tertinggal telefon kita dalam kereta kan? Kalau tertinggal sekejap dan kita ingat dan ambil semula tak apa, tapi kalau terus tertinggal lama bahaya juga. Lagi-lagi kalau kereta panas parking bawah terik matahari memang bahaya. Ini kerana apabila telefon terdedah kepada suhu berlebihan yang melebihi 35 darjah celcius boleh menyebabkan kehilangan atau kerosakan data. malah boleh menyebabkan kerosakan pada bateri telefon.

Di Bawah Bantal Atau Tilam

Dengan meletakkan telefon di bawah bantal ataupun tilam, ianya berkemungkinan akan menyebabkan haba terkumpul dan meningkatkan risiko untuk berlaku kebakaran terutamanya apabila sedang dicas ataupun mempunyai kerosakan kecil. Apabila ianya diletakkan berhampiran dengan benda yang mudah terbakar seperti kain dan sebagainya, ianya akan lebih membahayakan kerana api akan mudah merebah. Jadi jangan letakkan telefon di bawah bantal!

Sumber Gambar Diva

Di Dalam Poket Kenderaan Atau Beg

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, suhu yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada telefon bimbit. Kita pasti tahu apabila telefon diletakkan di dalam poket lama kelamaan ianya akan menjadi panas, apatah lagi jika material tersebut adalah kulit, maka lagi kurang pengaliran haba yang akan berlaku. Jika aplikasi yang banyak masih dibuka atau aktif di dalam telefon tersebut maka ianya akan menyebabkan telefon lebih panas kerana cip pemprosesan akan berjalan dengan lebih giat. Nak simpan boleh cuma jangan tinggalkan ia dalam satu tempoh yang lama.

Bawah Sinaran Matahari Secara Langsung

Haba yang berlebihan sememangnya mengundang risiko kerosakan pada telefon bimbit. Justeru itu apabila ianya diletakkan di bawah sinaran matahari secara langsung pastinya akan menyebabkan risiko tersebut berganda. Contohnya apabila kita berada di luar seperti di tepi pantai atau berkelah di air terjun, boleh jadi telefon kita diletakkan secara langsung di bawah cahaya matahari. Sedar tak sedar ianya akan menjadi panas kalau terus dipegang setelah dibiarkan berjemur. Jadi elakkan lah ia jika boleh.

 

Lepasni dah tahu tak boleh letak telefon dekat mana jadi sama-sama lah kita elakkan daripada melakukannya. Bukan sahaja dapat mengelakkan daripada kemudaratan berlaku seperti meletup dan sebagainya, tapi ianya juga dapat menjimatkan kita daripada terpaksa mengeluarkan duit untuk membaiki ataupun membeli telefon baharu. Jangan lupa share info ini kepada orang lain agar lebih ramai tahu dan tidak melakukannya. Kalau nak tahu cara jaga bateri telefon agar tahan lama boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button