Informasi

Perdana Menteri Umum Berita Gembira Sempena Aidilfitri

Pengumuman Berita Gembira Menjelang Aidilfitri 2023 Oleh PM

Perdana Menteri umum berita gembira sempena perayaan Aidilfitri dijangka akan dibuat pada hari ini, jam 2 petang. Sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini akan menjadi tumpuan orang ramai disebabkan ianya bakal melibatkan pengumuman berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia menjelang perayaan Aidilfitri beberapa hari lagi.

Sidang Media PM ini dijangka akan disiarkan secara langsung atau live melalui saluran media sosial termasuklah laman Facebook PMO (Pejabat Perdana Menteri). Terdahulu, pada Jumaat lepas, Perdana menteri dalam program Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh ada memberitahu bahawa beliau akan membuat beberapa pengumuman baik untuk semua rakyat kelak.

Perdana Menteri Umum Berita Gembira Sempena Aidilfitri Tahun 2023

Sebelum ini juga, pada Selasa yang lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerusi ciapannya di media sosial Twitter turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Menurut ciapannya, “Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!”

Pastinya orang ramai sedang tertanya-tanya apakah berita gembira berkenaan dan ramai telah menjangkakan bahawa ianya adalah berkaitan pemberian tol percuma sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sumber: Buletintv3


TERKINI: Kerajaan Perpaduan bersetuju:

๐Ÿ“Œ 1. Tol Rahmah Percuma

Pengecualian bayaran tol selama 4 hari

19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat)

dan 24 April 2023 (Isnin)

๐Ÿ“Œ 2. Kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih telah bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu RAHMAH pada kadar diskaun khas.

Info lanjut: Lokasi Menu Rahmah

๐Ÿ“Œ 3. Kadar Khas Bayaran Saman PDRM bermula 21 April – 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (Kesalahan tahun 2022 dan tahun Sebelumnya

Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023

Info lanjut: Cara Bayar Saman Menerusi MyBayar

๐Ÿ“Œ 4. Sempena Aidilfitri yang mulia, Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).

๐Ÿ“Œ 5. Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik.

Ikhtiar ini menumpukan kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah yang akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dengan pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah.

๐Ÿ“Œ 6. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera.

๐Ÿ“Œ 7. Kerajaan bersetuju memberi hari kelepasan am tambahan (Cuti)

Jika 1 Syawal jatuh pada Hari Sabtu, maka 21 April 2023 (Jumaat) sebagai Hari Kelepasan Am

Jika 1 Syawal pada Hari Jumaat, maka 24 April 2023 (Isnin) sebagai Hari Kelepasan Am

Bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Untuk Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Panduan lanjut: Senarai Cuti Panjang

*Kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa setelah pengumuman dibuat.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button