PekerjaanCara Mudah

Nak Keluar Cari Kerja? Korang WAJIB Lakukan 3 Perkara Ni!

3 Tips Asas Wajib Buat Apabila Keluar Cari Kerja

Nak cari kerja memang tak mudah. Lagi-lagi kalau korang daripada kampung, datang ke bandar besar macam Kuala Lumpur buat pertama kali untuk cari kerja baru. Orang kata kat KL ni banyak peluang pekerjaan, tapi betul ke? Korang pun mesti tertanya-tanya, macam mana nak cari kerja dan di mana nak mula? Paling penting sekali, apa yang perlu korang buat untuk menyediakan diri sebelum mula memohon kerja?

Macam Mana Nak Mula Cari Kerja?

Kalau korang tak biasa dengan laman web cari kerja seperti Jobstreet, ada banyak je cara lain untuk korang mohon kerja. Yang paling senang, korang boleh masuk je mana-mana kedai yang korang berminat nak kerja, dan tanya terus pada pekerja dalam kedai tu, kalau-kalau diorang ada kerja kosong. Sebab kadang-kadang, ada kedai yang tak iklankan kerja kosong di mana-mana.

Cara kedua untuk cari kerja kosong, cari dalam surat khabar! Mesti korang terfikir, ada lagi ke orang baca surat khabar sekarang? Sebenarnya, ada banyak je kedai atau syarikat yang masih iklankan kerja kosong dalam surat khabar. Macam mana nak apply kerja tu? Pergi je terus ke kedai tu ataupun telefon nombor dalam iklan tu.

Yang ketiga pula, korang boleh gunakan Facebook! Ya, siapa sangka aplikasi yang orang guna untuk buat kawan secara online boleh digunakan untuk cari kerja. Korang boleh taip je ‘kerja kosong’ di bahagian search dan akan keluar beratus-ratus peluang pekerjaan yang korang boleh pilih untuk mohon dengan cara hubungi nombor yang diorang letak dalam post tu.

Sumber Gambar Facebook

Perkara WAJIB Buat Sebelum Mula Cari Kerja

Sebelum korang nak keluar cari kerja, ada beberapa benda yang wajib dibuat dulu. Kalau benda-benda ni tak dilakukan sebelum pergi cari kerja, mungkin peluang korang untuk diterima tu boleh jadi rendah!

1. Pakai Pakaian Kemas – Pandangan Pertama Majikan Tu Penting

Sumber Gambar Mstar

Salah satu benda yang mungkin buatkan korang rasa tak bersemangat nak pergi cari kerja sebab tak ada baju baru untuk dipakai masa temuduga. Nak beli baju baru tak ada duit pula sebab belum ada gaji. Sebenarnya tak penting pun baju tu baru, tapi yang lagi penting baju yang korang pakai tu digosok untuk nampak kemas. Pilih baju yang paling cantik korang ada, kalau tak ada pun boleh je korang pinjam dekat adik atau kawan.

Perlu diingat, pakaian yang korang pakai tu nanti mestilah sesuai dengan kerja yang korang nak minta tu. Jangan pulak korang pakai baju kemeja sekali dengan tali leher kalau nak minta kerja sebagai pelayan kedai makan. Nampak pelik pula, kan? Cukuplah sekadar memakai baju berkolar. Yang perempuan pun boleh pakai kemas seperti baju kurung atau baju dan seluar yang bergosok serta tidak berlebihan dalam berdandan atau make-up. Takut nanti orang tanya nak cari kerja ke nak cari jodoh?

2. Sediakan Pen dan Dokumen Wajib – Kalau Tertinggal Kena Patah Balik

Sumber Gambar PTDinamika

Sebelum keluar dari rumah untuk pergi cari kerja, jangan lupa masukkan pen dalam poket! Selalu kalau nak minta kerja, kedai tu mesti akan minta isi borang-borang. Jadi lagi baik kalau korang bawa pen sendiri dari rumah. Dapatlah tunjuk dekat bakal majikan yang korang ni jenis yang sentiasa bersedia dan berdedikasi.

Selain tu, bila nak minta kerja, dokumen wajib yang diperlukan adalah kad pengenalan atau IC. Jangan korang lupa nak bawa IC pula, habis nanti diorang ingat korang pendatang haram ke. Lagi bagus kalau korang dah sediakan awal-awal salinan IC, nampaklah yang korang betul-betul bersedia nak bekerja. Ini kadang-kadang tertinggal IC dah susah kena balik rumah semula, majikan pun tak suka menunggu tau!

3. Datang Awal – Temuduga Pun Dah Lambat, Kerja Nanti?

Sumber Gambar mforum1

Kalau korang dah ada tarikh dan masa untuk temuduga, pastikan korang ikut masa yang ditetapkan. Kalau boleh datang lagi awal. Kalau korang belum pernah pergi kedai atau pejabat tu lagi, pastikan beberapa hari sebelum tu korang dah ambil tahu awal-awal jalan mana yang korang patut ambil. Tak adalah korang tersesat pula nanti, kan?

Malam sebelum temuduga tu pulak, korang boleh dah siapkan segala persiapan, macam gosok baju ke, atau sediakan apa-apa dokumen yang patut. Barulah tak terkejar-kejar. Korang kena datang tepat pada masanya sebab nak tunjukkan dekat bakal majikan yang korang ni memang betul-betul nak bekerja dan seorang yang berdedikasi dan berdisiplin dalam kerja. Kalau buat perkara-perkara asas ni dengan betul, pasti peluang dapat pekerjaan lebih tinggi buat korang. Tak tahu apa nak jawab masa temuduga nanti? Baca sini

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button