TeknologiCara Mudah

Boleh Sambungkan Telefon Pada Printer Tanpa Guna Laptop untuk Print! Ini Caranya

Cara Mudah Cetak Dokumen Di Printer Guna Telefon Sahaja Tanpa Komputer

Boleh ke sambungkan telefon pada printer? Sejak kes positif Covid yang asyik meningkat dan tak turun-turun, kebanyakan murid sekolah terpaksa menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Dan bila belajar dari rumah, semua benda perlu dilakukan di rumah, lagi-lagi kalau nak print atau cetak kerja sekolah ataupun nota yang cikgu bagi. 

Sebenarnya, kalau korang kira balik kos untuk print semua bahan-bahan sekolah anak di kedai, ia boleh mencecah sampai puluhan ringgit sebulan. Tu baru kos untuk satu anak. Lagi jimat kalau korang ada printer atau mesin cetak sendiri dan print di rumah je. Tak perlulah nak berulang-alik ke kedai untuk print.

Cara Sambungkan Telefon Pada Printer Tanpa Perlu Buka Laptop

Tapi kalau beli printer, kena beli laptop juga ke? Sebenarnya korang tak perlukan laptop pun untuk print kerja sekolah anak. Cukup hanya ada telefon pintar, kabel, dan printer, korang dah boleh cetak dah apa yang mahu dicetak. 

Saudara Fizie Joe di Facebook, telah berkongsi cara-cara untuk print terus daripada handphone je dan korang boleh ikuti cara-caranya di bawah ni:

  • Korang perlukan 3 benda di bawah ni:
    • Printer. Printer ni guna apa-apa jenama printer pun boleh. Dan printer yang biasa pun dah cukup. Tak perlu beli printer yang wireless.
    • Kabel OTG. Kabel ni korang boleh beli di Shopee ataupun beli dekat kedai Eco, Daiso ataupun Mr. D.I.Y.
  • Cucukkan kabel OTG pada printer dan sambungkan pula ke telefon korang.
  • Buka apps PrinterShare Mobile Print tadi, kemudian pilih dekat folder mana fail yang korang nak print tadi.

  • Bila dah pilih fail yang nak dicetak, korang tap pula pada Direct USB Connected.
  • Nanti dia akan keluar print preview macam ni. Korang boleh ubah format juga sebelum nak print.
  • Pilih berapa salinan yang nak dicetak. Lepas tekan OK, dokumen pun siap dicetak!

Printer nak beli pun mahal? Ini dia printer mampu milik buat korang:

Printer dengan Harga RM200 Je!

Kalau dekat rumah korang tak ada printer, dan sekarang tengah cari printer apa yang murah, dekat bawah ni kitorang senaraikan 3 buah printer yang boleh dibeli dengan modal dalam RM200 je!

1. Canon PIXMA TS207 (RM140)

 

Printer yang ini adalah antara printer yang paling murah yang korang boleh dapat. Kalau korang berminat dengan printer ni, boleh dapatkannya di SINI. Kekurangan printer ni cuma ia tak ada fungsi scan, tapi korang jangan risau. Nak scan sesuatu dokumen, boleh guna telefon je. Caranya korang boleh ikut di SINI.

2. Canon PIXMA TS307 (RM180)

Selain daripada fungsi untuk scan atau imbas dokumen, printer ni juga boleh disambung dengan telefon korang secara wireless. Jumlah helaian kertas yang mampu dicetak setiap bulan mungkin lebih sedikit iaitu hanya sehingga 100 helai, tapi dengan harga printer dan ink yang murah, ia tersangatlah berbaloi untuk dibeli. Kalau berminat, korang boleh belinya di SINI.

3. HP DeskJet Ink Advantage 2336 (RM219)

Printer yang serba boleh ni, korang bukan je boleh gunakan untuk cetak kerja sekolah anak je, malah ia juga boleh digunakan untuk scan dan photostat dokumen juga! Dengan kemampuan untuk mencetak sehingga 1000 helai, ia memang printer yang sangat berbaloi untuk dibeli. Kalau berminat, korang boleh belinya di SINI.

Jadi dah tahu cara sambungkan telefon pada printer lepas ni, dah tak perlulah nak berulang-alik ke kedai print. Satu lagi benda yang boleh mengganggu fokus anak semasa sesi PdPR adalah apabila diorang belajar menggunakan telefon, skrinnya terlalu kecil. Tahu tak, sebenarnya korang boleh sambungkan telefon dengan TV. Barulah anak-anak lagi seronok nak belajar dari rumah! Cara-cara nak sambungkan telefon pada TV, korang boleh ikut di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button