PekerjaanInformasi

Kalau Baru Nak Berniaga, WAJIB Buat Akaun Simpanan. Ini Sebabnya…

Kepentingan Mempunyai Akaun Simpanan Untuk Mula Perniagaan

Sekarang ni, semakin banyak orang yang menceburi dalam bidang perniagaan tapi ada yang tak tahu kepentingan buat akaun simpanan. Semua orang pun nak berbisnes, tak kiralah sama ada sebab keadaan ekonomi yang semakin goyah dan harga barang makin tinggi menyebabkan gaji yang sedia ada tak mampu untuk menampung perbelanjaan sekeluarga, ataupun kehilangan kerja disebabkan COVID-19 yang membuatkan korang untuk mula berbisnes pula. 

Dan seperti yang semua orang tahu, nak berniaga ni memang kena bersedia untuk menanggung risiko untuk rugi. Kalau tersilap langkah, alamatnya terpaksalah gulung tikar. Ramai orang yang baru berbisnes masih tak tahu kepentingan untuk mengasingkan duit modal dan duit untung, sampaikan sewaktu nak menambah stok jualan, duit modal dah tak ada sebab tak asingkannya awal-awal.

Kepentingan Buat Akaun Simpanan Untuk Mula Perniagaan

Asyrawi Ruslan telah berkongsi tips mengasingkan antara duit modal dan duit untung di Twitter, dan kitorang kongsikan secara ringkas di bawah ni supaya korang tak melakukan kesalahan dalam berbisnes:

1. Wajib Ada Akaun Semasa (Current Account)

Nak berniaga ni, korang tak boleh gunakan satu akaun je, di mana akaun tu lah yang dimasukkan duit jualan, akaun tu jugalah yang dikeluarkan duit untuk dijadikan modal. Bila buat macam ni, nanti korang akan timbul kekeliruan apabila nak bezakan antara duit untuk syarikat dan duit untuk kegunaan peribadi.

Untuk daftar akaun semasa ni, korang kena sediakan 3 benda ni iaitu:

i. Nombor syarikat (maksudnya kena daftar syarikat di SSM dulu)
ii. Cop syarikat (boleh buat dekat kedai alat tulis je)
ii. Deposit (Dicadangkan untuk mendaftar akaun semasa di CIMB ataupun Maybank memandangkan dua bank ni antara yang sering digunakan oleh peniaga. Deposit yang diperlukan untuk Maybank adalah RM2,000 manakala untuk CIMB pula RM1,000)

2. Akaun Simpanan (Saving Account) Pun Perlu Ada

Jangan terkejut kalau ada orang yang masih belum mempunyai akaun simpanan. Nak daftar akaun simpanan ni lebih murah je bayarannya. Akaun simpanan ni lah digunakan untuk menyimpan sebahagian daripada untung perniagaan korang. Cara nak buat akaun bank boleh rujuk panduan di SINI.

Sumber Gambar The Vocket

3. Duit Jualan HANYA Dimasukkan ke dalam Akaun Semasa

Semua duit yang korang dapat daripada berniaga, perlu dimasukkan ke dalam akaun semasa. Pembeli mestilah membuat bayaran ke akaun semasa dan bukannya ke dalam akaun simpanan. 

Jadi apa yang nak dibuat dengan duit di dalam akaun semasa ni? Duit dalam akaun semasa ni lah yang korang akan gunakan untuk:

  • Ambil stok jualan atau rolling modal.
  • Bayar bil-bil yang berkaitan dengan syarikat.
  • Gaji pekerja, kalau ada.
  • Cukai dan zakat.
  • Lain-lain seperti duit minyak dan tol, ataupun apa-apa bayaran yang berkaitan dengan syarikat SAHAJA.

4. Jangan Lupa Bayar Gaji untuk Diri Sendiri

Takkanlah dah penat lelah berbisnes, tak nak beri gaji pada diri sendiri pula kan? Tapi macam mana nak kira berapa jumlah gaji yang perlu diberi kepada diri sendiri? Korang kena ambil sebahagian daripada BAKI yang tinggal dalam akaun semasa lepas dah buat pembayaran untuk semua perbelanjaan syarikat.

Maksudnya, baki yang tinggal adalah untung yang korang dapat dalam perniagaan, tapi ambil sebahagian je daripada keuntungan tu, contohnya 40% saja. Baki 60% untung tu WAJIB SIMPAN semula dalam akaun semasa. Duit tu nanti boleh digunakan untuk tambah stok bila perlu ataupun digunakan semasa tiba masa-masa kecemasan.

Bila dah mampu beri gaji kepada diri sendiri secara konsisten, secara tak langsung korang boleh create slip gaji atas nama syarikat sendiri. Slip gaji ni nantilah yang akan membantu korang kalau nak buat loan dengan bank. 

Sumber Gambar Borak Daily

5. Kenapa Akaun Semasa Ni Penting?

Akaun semasa ni penting sebab ia dapat membantu untuk memudahkan pengurusan perniagaan korang nanti. Antara kepentingan buat akaun semasa ni adalah:

  • Memudahkan Urusan Peminjaman Bank

Kalau yang berniaga sepenuh masa, korang tak ada slip gaji. Jadi nak mohon loan di bank pun jadi susah. Tapi dengan adanya akaun semasa, pihak bank boleh tengok transaksi keluar-masuk yang berkaitan perniagaan dan kalau beri gaji pada diri sendiri setiap bulan pun, korang dah boleh cipta slip gaji.

  • Tak Bercampur dengan Duit Bisnes

Pening sebenarnya kalau semua duit jualan dimasukkan ke dalam satu akaun je. Nanti bila nak keluar duit untuk perbelanjaan peribadi, kita tak tahu duit yang tengah digunakan tu duit sendiri ke duit syarikat. Nanti tahu-tahu je masa nak stok semula barang, duit jadi tak cukup pula.

  • Akaun Takkan Kena Block

Kalau korang jadikan akaun simpanan sebagai akaun syarikat, boleh jadi akaun tersebut kena block sebab boleh melebihi had transaksi untuk hari tu. Akaun semasa takkan alami masalah ni.

Tips ni sesuai untuk orang yang baru nak mula berniaga. Mungkin mula-mula je rasa leceh sebab nak daftar SSM dan buka akaun bank baru dengan nak sediakan depositnya lagi. Tapi bila dah lama berniaga nanti, korang sendiri akan perasan kelebihan bila melakukan tips-tips ni. 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button