TeknologiCara Mudah

Murah Je! Boleh Sambung Skrin Handphone Kepada TV Untuk Anak Belajar Online Atau Tengok Movie. Ini Caranya

Cara Mudah Papar Skrin Telefon Kepada TV

Boleh ke nak sambung skrin handphone kepada TV? Bagi golongan B40 macam kita ni, tak semua benda yang kita nak atau perlukan, boleh dapat. Kadang-kadang, untuk dapatkan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu yang lain. Seperti contoh, disebabkan tak mampu untuk membeli laptop, kita hanya belikan telefon pintar buat anak-anak supaya diorang senang nak ikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), dan itu je yang kita mampu untuk membelinya.

Tapi apa yang susah untuk menggunakan telefon pintar semasa sesi PdPR ni adalah skrinnya yang kecil membuatkan anak-anak menjadi susah untuk fokus. Lagi-lagi apabila cikgu menyiarkan atau menulis sesuatu di skrin. Habis terkebil-kebil mata anak kita cuba untuk baca apa yang ditulis cikgu.

Boleh Je Nak Sambung Skrin Handphone kepada TV. Macam Ni Caranya!

Kita tak naklah anak terkorban pemahamannya hanya kerana diorang tak nampak apa yang disiarkan di skrin telefon. Jadi, antara salah satu cara untuk atasi belajar melalui skrin yang kecil adalah dengan menyambungkan telefon dengan TV. Jadi apa yang tersiar di skrin telefon yang kecil, akan turut tersiar di skrin TV yang lebih besar!

Di sini, kitorang nak kongsikan cara-cara yang telah Cikgu Azman kongsikan di Facebook beliau. Melalui cara ni, beliau lebih fokus kepada cara-cara menggunakan sebuah peranti atau alat yang bernama MiraScreen

Kebanyakan rumah sekarang pasti menggunakan TV LCD, memandangkan ia dah semakin murah dan lebih moden. Kalau di rumah korang ada TV LCD, maka bolehlah gunakan MiraScreen ni. Korang boleh dapatkan Mirascreen ni di Shopee je dengan harga sekitar RM20 hingga RM50. 

Cara-cara untuk menyambungkan telefon dengan TV adalah:

  • Cucukkan MiraScreen ke port HDMI TV korang. Boleh gunakan wayar yang dah disediakan sekali di dalam kotak.
  • Kemudian, masukkan pula kabel USB ke adaptor USB pada TV.
  • Tukar siaran TV kepada siaran ‘HDMI’.
  • Pada telefon pintar korang, pastikan fungsi wi-fi sudah dibuka sebab alat ini disambung menggunakan wi-fi. Ia tak memerlukan Internet.
  • Cari fungsi screencast dalam telefon dan pastikan ia terpasang. Secara automatik telefon korang akan mengesan dan bersambung terus dengan MiraScreen di TV.

Kalau dekat rumah korang dah ada Android TV atau Smart TV, tu lagi senang sebab ia memang dah ada fungsi screen sharing dan boleh disambung dengan telefon secara wireless. Dan sebenarnya ada banyak lagi jenama lain yang mempunyai fungsi menyambungkan telefon dengan TV ni, dan MiraScreen cuma salah satu daripadanya. Boleh beli online je dekat Shopee atau mana-mana kedai elektronik. 

Video Panduan

Senang je kan sebenarnya nak memudahkan sesi pembelajaran anak di rumah? Cuma perlukan modal yang kecil je. Tapi kalau korang nak cari juga laptop atau tablet untuk anak, kitorang ada senaraikan beberapa buah yang boleh dibeli dengan harga bawah RM400 je! Senarainya korang boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button