RumahCara Mudah

Nak Elakkan Kucing Berak Merata Di Rumah? Cuba 5 Tips Berkesan Ini!

Tips Elak Kucing Berak Merata Di Kawasan Rumah

Masalah kucing berak merata terutamanya di rumah ialah satu masalah yang lumrah dihadapi oleh sesiapa yang mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan. Kadang-kadang kalau kucing korang berak merata-rata, luar dari kebiasaannya, mungkin kucing tersebut mengalami masalah kesihatan. Ataupun baru-baru lagi seperti kucing tu masih kecil dan tak biasa lagi untuk berak di pasir yang korang sediakan tu.

Terdapat pelbagai faktor sebenarnya yang menyebabkan kucing suka berak di halaman rumah, termasuklah kucing yang berbuat demikian kerana memikirkan halaman rumah ialah ‘tandas awam’ yang lebih selesa bagi mereka. Penting untuk korang cuba tips ini bagi mengelakkan kucing berak di halaman rumah sekaligus membantu korang untuk tahu faktor kucing korang berbuat demikian.

 

#1 Kucing Berak Di Tempat Yang Selesa Untuknya

Sumber Gambar All About Cats

Kita kena tahu yang kucing ini haiwan yang mementingkan keselesaan dan tidak suka keadaan yang kotor. Jadi untuk mengelakkan kucing berak di halaman rumah atau merata-rata, sediakan tempat yang selesa untuknya kencing dan berak seperti di dalam gambar. Pasir kucing atau ‘Cat Litter’ itu pula mestilah dibersihkan selalu dan ditambah atau ditukar pasir dari masa ke semasa, terutamanya jika sudah terdapat tahi atau air kencing kucing di dalamnya.

Menyediakan tempat yang selesa ini penting bagi memupuk dan melatih tabiat kucing korang untuk berak di tempat yang betul dan bukannya di halaman rumah. Pastikan pasir kucing itu juga sesuai, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu kurang, mengikut keselesaan kucing korang. Kotak pasir ini pula letakkan jauh dari halaman rumah korang

 

#2 Kucing Mungkin Ada Masalah Kesihatan, Bawa Berjumpa Doktor Haiwan.

Sumber Gambar Catster

Kalau korang dah sediakan tempat yang selesa untuk kucing korang berak, tapi kucing tu masih memilih untuk berak di halaman rumah. Benda pertama yang korang boleh buat ialah bawa kucing korang berjumpa dengan doktor haiwan. Kadang-kadang kucing korang jadi nakal dan berak merata bukan disebabkan perangai atau tabiatnya memang sebegitu, tetapi boleh jadi disebabkan ada masalah kesihatan.

Menurut Dr Jo de Klerk, doktor pakar haiwan, dia memberitahu dua masalah utama yang boleh menyebabkan kucing berbuat demikian ialah mempunyai masalah kesihatan fizikal atau masalah kesihatan mental terutamanya yang melibatkan rasa kebimbangan (anxiety). Masalah kesihatan fizikal boleh terjadi disebakan perubahan diet dan pemakanan atau mempunyai kecederaan, ini perlu diperiksa oleh doktor selanjutnya. Kesihatan mental pula boleh terjadi apabila kucing tersebut berasa bimbang dan tidak selamat. Bawa kucing korang berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis lebih tepat bagi menyelesaikan masalah ini.

#3 Sembur Cat Repellent Spray Di Halaman Rumah!

Sumber Gambar Shopee

Kalau kucing korang sudah dipastikan sihat oleh doktor tapi masih suka berak di halaman rumah, korang boleh beli cat repellent spray, boleh dapatkan di Shopee. Sembur cat repellent ini di halaman rumah korang. Cat repellent spray ini membantu untuk menjauhkan kucing dari tempat yang korang tak nak kucing tersebut ada, terutamanya di halaman rumah kerana tidak menyukai baunya.

Bagi yang bimbang akan keselamatan kucing korang dengan produk seperti ini, jangan risau, cat repellent ini selamat digunakan untuk kucing korang.

DIY Penyembur Halau Kucing

Kalau nak buat sendiri pun penyembur ni boleh ikut cara ni:

Bahan-bahan:

  • 2 Labu bawang putih
  • 3/4 batang serai
  • Sedikit air

Cara-caranya: 

  1. Kisar kesemua bahan tersebut
  2. Tapis dan ambil airnya lalu tuang ke dalam botol penyembur
  3. Semburkan sahaja ke kawasan kucing selalu berak

 

#4 Anti Cat Spike Mat Pun Boleh Menjauhkan Kucing Dari Halaman Rumah!

Sumber Gambar Ubuy

Selain cat repellent spray, korang pun boleh gunakan anti cat spike mat ini di halaman rumah korang bagi mengelakkan kucing berak di halaman tersebut. Seperti yang kita ketahui, kucing tidak suka tempat yang tidak selesa baginya. Spike mat ini tidak akan mencederakan kucing korang, namun boleh menjauhkan kucing korang dan juga kucing-kucing lain dari halaman rumah kerana produk ini memberikan ketidakselesaan pada bahagian tapak kaki kucing.

Lampirkan spike mat ini di halaman rumah korang yang telah disembur cat repellent tadi, keberangkalian untuk kucing berak di halaman rumah korang tadi akan menjadi sangat rendah. Mereka juga akan lebih memilih tempat untuk mereka kencing dan berak, iaitu kotak pasir tadi kerana lebih selesa buat mereka.

 

#5 Kalau Kucing Berak Di Halaman Rumah, Bersihkan Segera!

 

Sumber Gambar The Spruce Pets

Ini langkah penting untuk mengelakkan kucing berak merata-rata terutamanya di halaman rumah. Kalau korang tengok ada tahi kucing korang di halaman rumah, bersihkan dengan segera dan sebersihnya. Paling elok sekiranya korang bersihkan dengan menggunakan cecair ‘enzymatic cleaners’. Cecair ‘enzymatic cleaners’ ini bukan sekadar membantu menghilangkan kesan tahi, tetapi juga mengilangkan baunya secara menyeluruh kerana terdapat tindakan kimia bahan ini berlaku sehingga pada tahap molekul.

Apabila kucing korang melihat tiada kesan dan bau tahi mereka, kucing tadi tidak akan berfikir bahawa mereka ‘boleh’ untuk berak di tempat tersebut atau tempat itu sememangnya ‘tandas awam’ mereka. Secara tidak langsung, ini akan melatih kebiasaan kucing korang untuk berak di tempat yang betul dan bukannya tempat seperti halaman rumah.

 

Tips Tambahan : Guna Bawang Putih & Serai 

Berdasarkan Saudari Zuriaty Musa, terdapat petua untuk kucing yang berak merata iaitu menggunakan bawang putih dan serai. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Ambil dua labu bawang putih bersama 3-4 batang serai
  2. Potong dan kemudian kisarkan ia sehingga hancur
  3. Setelah ianya hancur, campurkan dengan air dan tapiskan ia
  4. Tadahkan air yang telah ditapis dan masukkannya ke dalam botol penyembur
  5. Semburkan di tempat yang selalu kuncing kencing atau membuang najis

Nota: Sekiranya musim hujan, digalakkan buat rutin ini 2 minggu sekali, jika musim panas atau kemarau hanya perlu sembur sebulan sekali.

Memelihara kucing bukanlah perkara yang mudah tapi dengan tips ini, korang boleh memastikan kebersihan rumah bebas paling tidak kurang dari tahi kucing merata-rata. Selamat mencuba! Nak tahu cara hilangkan bau busuk tong sampah? Ikut panduan di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button