RumahMakanan

Ini 10 Barang Tak Perlu Simpan Dalam Peti Sejuk, Boleh Rosak Nanti!

Senarai Barang Tak Perlu Letak Di Dalam Peti Sejuk

Sebenarnya ada banyak barang tak perlu simpan dalam peti sejuk tapi ramai lagi tak tahu. Kalau ikutkan memang semua benda nak letak dalam peti sejuk supaya tahan lagi lama kan. Macam makanan tak habis makan pun selalunya kita simpan dalam peti sejuk supaya tak rosak dan esok nak makan boleh panaskan semula. Memang betul pun ada boleh buat macam tu tapi janganlah sampai semua benda pun nak sumbat letak dalam peti sejuk.

Kalau ada barang yang tak sepatutnya diletakkan dalam peti sejuk tapi korang letak juga, ianya bukan sahaja boleh merosakkan makanan tersebut, malah mungkin boleh memberi kesan kepada makanan lain yang ada dalam peti sejuk seperti bau, dan sebagainya. Malah ada yang boleh menyebabkan peti sejuk itu sendiri cepat rosak. Kalau sekali dua buat mungkin tak apa lagi tapi kalau kerap buat memang sekejap je boleh jadi.

Barang Tak Perlu Simpan Dalam Peti Sejuk

Jadi apa antara barang yang tak perlu simpan dalam fridge atau peti sejuk ni? Ini antaranya:

1. Sos

Ini mungkin benda yang paling ramai buat. Sos tidak kira lah sos cili ataupun sos tomato kebiasaannya orang letak dalam peti sejuk. Ianya akan menjadikan tekstur sos lebih pekat dan kemudian sukar untuk dituang semasa hendak digunakan (dalam bentuk botol). Sebenarnya ianya boleh sahaja disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik cuma pastikan penutup botolnya ditutup dengan rapat. Ianya tak akan rosak, cuma kalau korang memang tak selalu guna tu boleh simpan dalam peti sejuk agar tahan lebih lama.

Sumber Gambar Oversixty

2. Roti 

Ini pula makanan yang mungkin ramai letak dalam peti sejuk sebab takut dekat luar ianya cepat rosak. Sebenarnya kalau simpan roti dalam peti sejuk akan menyebabkan ianya lebih keras dan kurang enak. Roti juga akan menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk tu. Jadi boleh menyebabkan roti kita pula yang berubah tekstur dan bau. Letak di luar sahaja dah memadai. Cumanya bila roti tu dah hampir expired atau tarikh luput, ada yang letakkan dalam peti sejuk supaya nanti boleh dimakan lagi dengn buat puding roti dan sebagainya.

Sumber Gambar Repairaid

3. Bawang

Bawang juga antara makanan yang paling tidak digalakkan letak dalam peti sejuk. Ini kerana menyimpan bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi kalau meletakkan bawang yang telah dipotong atau dihiris. Mesti bau bawang tu akan pergi ke seluruh bahagian peti sejuk korang. Jadi tak perlu pun letak bawang dalam fridge, hanya simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.

4. Kentang

Selain bawang, sayur lain yang tak perlu disimpan di dalam peti sejuk adalah kentang. Walaupun kentang tidaklah berbau kuat seprti bawang tetapi ianya tidak sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk. Ini kerana apabila menyimpannya dalam peti sejuk akan menyebabkan kanji nya bertukar menjadi gula menjadikan rasanya manis yang tak diinginkan daripada rasa kentang. Jadi simpan saja kentang di luar peti sejuk di tempat yang berada dalam keadaan kering.

5. Mentega 

Yang ini pun mesti kita pernah buat kan, letakkan mentega dalam peti sejuk. Lepastu bila nak ambil untuk makan dah keras kena tunggu lama pula. Menyimpan mentega dalam peti sejuk sememangnya akan menyebabkan mentega jadi keras dan juga menjejaskan rasanya. Seeloknya hanya simpan mentega dalam bekas yang ditutup ketat dan diletakkan di suhu bilik sahaja.

Sumber Gambar Repairaid

6. Madu

Madu juga antara makanan yang tidak perlu atau tak boleh diletakkan dalam peti sejuk.  Sekiranya disimpan dalam peti sejuk, madu akan menjadi butiran kristal dan akhirnya boleh menjadi keras seperti batu. Ini bukannya kerana ia madu tiruan, tetapi disebabkan kandungan madu yang mempunyai gula yang semulajadi. Letakkan madu di kawasan suhu bilik sahaja tapi elakkan pula dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.

7. Rempah Ratus 

Ini pula barang yang sangat tidak digalakkan simpan dalam peti sejuk iaitu rempah ratus. Rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Sebaliknya herba nya perlu disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.

8. Makanan Dalam Tin

Ramai yang buka makanan dalam tin seperti tuna dan kacang panggang selepas itu tak habis makan dan terus letakkannya di dalm peti sejuk. Ada yang beranggapan ianya akan membantu tahan lebih lama tetapi sebenarnya logam daripada tin tersebut mungkin akan larut ke dalam makanan dan memberikannya rasa berbeza. Maka lebih baik keluarkannya dahulu daripada tin dan masukkan ke dalam bekas kaca atau plastik sebelum diletakkan dalam peti sejuk.

9. Makanan Panas 

Makanan panas adalah makanan yang paling tidak digalakkan untuk diletakkan dalam peti sejuk. Ini kerana ianya akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.

Sumber Gambar Facebook

10. Bahan Bukan Makanan

Barang ini juga dilarang atau perlu dielakkan sama sekali diletakkan dalam peti sejuk iaitu bahan bukan makanan. Barang seperti bahan kosmetik, gam, dan sebagainya perlulah dikeluarkan dan tidak disimpan dalm peti sejuk. Ini kerana ianya boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tersebut. Ianya juga berbahaya di mana anak-anak boleh ingat ianya makanan dan termakan dan menyebabkan keracunan pula.

Sekarang ni dah tahu apa barang yang tak perlu simpan dalam peti sejuk lepasni bolehlah check peti sejuk korang tu, takut ada benda yang tak sepatunya letak dalam tu kan. Kalau peti sejuk korang tu dah busuk sebab macam-macam sangat letak dalamnya, jangan risau boleh rujuk cara nak hilangkan bau busuk peti ais di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button