MakananCara Mudah

4 Tips Pilih Buah-Buahan Elok Dan Tahan Lama! Tak Ada Lah Sekejap Je Busuk!

Cara Pilih Buah Elok Agar Tak Dapat Yang Busuk Dan Cepat Rosak

buah-buahan

Sumber Gambar Happy Fresh

Apa tips pilih buah-buahan elok? Korang tahu tak masyarakat di negara kita semakin berkurang makan buah-buahan, malah menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), masyarakat kita makan buah-buahan 8 kali lebih rendah dari jumlah yang sepatutnya. Mungkin ada di antara kita mengelak untuk membeli buah kerana takut terbeli buah rosak atau bila dah beli, tak tahan lama pula.

Sebenarnya ada cara untuk korang pilih dan beli buah-buahan yang elok dan pastikannya tidak mudah rosak atau tahan lebih lama. 4 tips ini khas untuk korang:

Tips Pilih Buah-Buahan Elok Agar Tak Dapat Yang Busuk Dan Cepat Rosak

1. Jangan Beli Buah-Buahan Yang Sudah Dipotong!

Sumber Gambar Mashed

Menurut Keith Warriner, profesor sains pemakanan di University of Guelph, beliau mengatakan buah-buahan potong yang dijual mempunyai risiko lebih tinggi terdedah pada pencemaran. Contohnya buah tembikai susu, isi buah tembikai susu yang terdedah sangat sesuai menjadi tempat pembiakan bakteria salmonella.

Kalau korang beli buah-buahan potong di pasar raya, kebiasannya buah tersebut sudah lama atau tidak lagi segar. Tujuannya dijual dalam bentuk sedemikian supaya buah-buahan tersebut cepat dijual bagi menghabiskan stok lama. Bukan tak boleh makan langsung tapi bila beli seeloknya terus makan.

2. Nilailah Buah Dari Rupanya

Sumber Gambar My-VB.Com

Menggunakan deria penglihatan kita sangat penting untuk memilih buah yang elok. Contohnya buah pisang, korang boleh tengok gambar di atas keadaan buah pisang yang berbeza-beza ketika fasa belum masak, cukup masak atau terlebih masak. Antara tanda-tanda buah yang sudah masak ialah warnanya yang terang dan cerah. Walaupun kita perlu melihat keadaan luaran buah-buahan bagi memastikannya elok, sedikit cela atau benjol pada buah tak bermaksud buah tersebut sudah rosak.

Buah yang sudah rosak biasanya mempunyai kulit yang berkedut, tompokan hitam yang berlebihan dan ada yang mempunyai tompokan putih bermaksud sudah dijangkiti kulat. Elakkan membeli buah yang sudah kelihatan begini.

3. Hidu Buah Yang Hendak Dibeli!

Sumber Gambar My-VB.Com

Selain mengggunakan deria penglihatan, korang juga harus menghidu buah-buahan yang korang nak beli. Buah yang sedang elok masak dan ranum kebiasannya akan mempunyai aroma yang manis dan sedap dihidu. Bagi buah yang belum cukup masak kebiasannya tiada atau kurang aroma. Tapi kalau korang hidu bau yang tengik dan busuk, itu bermaksud buah tersebut sudah rosak dan elakkan dari dibeli.

Bau tengik dan busuk ini akibat berlakunya proses perubahan biokemikal melalui enzim pada buah tersebut juga terhasil akibat pengoksidaan, bermaksud buah tersebut sudah mula mereput. jangan sesekali membeli buah-buahan dalam keadaan ini kerana boleh membawa kepada keracunan makanan walaupun kebiasaannya pasar raya akan menjual buah-buahan dalam keadaan ini dengan harga yang sangat murah.

4. Sentuh Buah Yang Hendak Dibeli

Sumber Gambar MindOverMunch

Satu lagi deria yang kita perlu gunakan bagi memastikan buah yang kita beli masih elok dan cukup masak ialah deria sentuhan. Antara perkara yang kita perlu perhatikan ketika menyentuh buah ialah:

  • Buah yang cukup masak kebiasannya mempunyai tekstur yang pejal dan tidak keras.
  • Permukaan luaran buah tersebut berasa lembut apabila dipegang dan ditekan sedikit menggunakan jari. Buah juga tidak akan akan kemek setelah ditekan sedikit, pada masa yang sama tidak keras seperti batu.
  • Buah yang sudah masak biasanya lebih berat dari buah yang belum masak walaupun mempunyai saiz yang sama.

Tapi kalau korang sentuh buah tersebut dan teksturnya terlalu lembut, senang penyek dan terasa lembik, itu bermaksud buah tersebut sudah terlebih masak dan besar kemungkinan sudah rosak. Elakkan dari beli walaupun rupanya masih kelihatan elok. Walaupun harganya mungki murah sewaktu promosi dan sebagainya, percayalah rasanya dah tak sama dan boleh jadi tak sedap lagi dah pun.

 

Itu sahaja 4 tips yang korang boleh gunakan untuk pastikan buah-buahan yang korang beli masih elok dan tidak rosak. Pentingnya bagi memastikan buah-buahan yang korang beli elok lagi untuk dimakan bagi mengelakkan sakit perut kemudian akibat keracunan makanan.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button