PermohonanCara Mudah

Cara Daftar Vaksin di MySejahtera Serta Tarikh Penting Vaksinasi COVID19 di Malaysia

Cara Apply Vaksin Melalui Aplikasi MySejahtera

21 Februari 2021 dah termasuk dalam antara tarikh yang penting dalam sejarah Malaysia,  disebabkan hari tersebutlah batch pertama vaksin Covid-19 tiba di negara kita. Dalam sedar tak sedar, dah setahun lebih pandemik Covid-19 menular di serata dunia, dan dalam setahun lebih ni jugalah kita dapat menyaksikan makin ramai orang yang mula putus harapan. Tapi kehadiran vaksin boleh diibaratkan sebagai satu sinar harapan, di mana satu hari nanti kehidupan kita boleh kembali kepada seperti dulu.

Kerajaan baru-baru ni telah melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, di mana matlamat kerajaan adalah untuk memberikan suntikan vaksin secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia lalu menghentikan terus penularan pandemik ni.

TERKINI:

Kemaskini: 

Kemaskini: 

Maklumat Penting Program Vaksin di Malaysia

Nak memastikan semua rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin bukanlah satu tugas yang mudah. Kerajaan memerlukan strategi yang teratur bagi memastikan pengagihan vaksin dapat dijalankan dengan sempurna. Kerajaan mahu memastikan sekurang-kurangnya 80% penduduk di Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022.

Terdapat 3 fasa dalam proses pengagihan vaksin ni, iaitu:

  1. Fasa 1 (Februari – April 2021)
  • Kumpulan Utama 1

Petugas barisan hadapan yang merangkumi petugas kesihatan kerajaan dan swasta.

  • Kumpulan Utama 2

Petugas barisan hadapan yang merangkumi perkhidmatan penting (essential services) dan pertahanan.

  1. Fasa 2 (April – Ogos 2021)
  • Kumpulan Utama 1

Baki kakitangan penjaga kesihatan serta perkhidmatan penting dan pertahanan.

  • Kumpulan Utama 2

Warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi dan orang kelainan upaya (OKU).

  1. Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022)
  • Penduduk berumur 18 tahun ke atas (warganegara dan bukan warganegara)
  • Keutamaan akan diberikan mengikut zon yang berwarna merah, kuning, dan kemudian hijau.

Penerimaan vaksin Covid-19 adalah dibuat secara sukarela, jadi korang amatlah digalakkan untuk mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin yang percuma ni. Pendaftaran penerimaan vaksin boleh dibuat melalui 5 cara:

  • Menerusi aplikasi MySejahtera
  • Talian Hotline
  • Program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar dan pendalaman
  • Menerusi laman sesawang www.vaksincovid.gov.my
  • Pendaftaran secara bersemuka di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta

Cara Daftar Diri untuk Terima Vaksin di MySejahtera

TERKINI: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, selain aplikasi Mysejahtera, orang ramai kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi melalui 2 lagi kaedah iaitu:

  1. Laman web: https://www.vaksincovid.gov.my/
  2. Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan: 1-800-888-828

Mengikut tarikh yang telah kerajaan tetapkan, mulai 1 Mac, semua orang dah boleh mula mendaftarkan diri untuk menerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Tapi nampaknya ia telah diawalkan sebab proses pendaftaran dah boleh dilakukan. Cara-cara untuk mendaftar adalah:

  • Pastikan korang dah update aplikasi MySejahtera kepada versi yang paling baru.

  • Kemudian pergi di bahagian halaman utama, korang boleh tap pada Vaksinasi Covid-19.

  • Korang akan nampak tiga pilihan. Pilih pilihan yang pertama, yang ada nama korang.

  • Semak maklumat diri. Pastikan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon, semuanya betul. Kemudian boleh tap Sahkan dan pilih OK.

  • Dan berjaya!

  • Tapi korang boleh klik Seterusnya untuk melihat sama ada tergolong dalam fasa 1 untuk program vaksinasi atau tidak. Jika tidak, korang boleh  tekan DI SINI unuk menjawab soalan ringkas.

  • Jawab semua soalan, pilih lokasi tempat tinggal dan tekan Hantar.

  • Paparan berikut akan ditunjukkan

Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan

Berikut adalah cara daftar vaksin melalui MySejahtera bagi tanggungan seperti anak, mak ayah dan sebagainya.

Cara Daftar Vaksin Bagi Kanak-Kanak Remaja

Proses Penerimaan Vaksin Covid-19

Kalau korang nak tahu dengan lebih terperinci macam mana proses untuk mendapatkan vaksin nanti, boleh rujuk di bawah ni:

Untuk Dos Pertama

  • Pendaftaran diri melalui 5 cara yang telah disebut di atas.
  • Terima tarikh temujanji.
  • Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditentukan.
  • Saring suhu dan daftar kod QR.
  • Konsultansi ringkas dan lengkapkan borang kebenaran.
  • Suntikan dah pengesahan penerimaan vaksin.
  • Pemerhatian selama 30 minit untuk tengok jika ada kesan sampingan.
  • Terima kad vaksin.
  • Kesan susulan vaksin dipantau. (Kalau vaksin yang diterima cuma satu dos je, proses akan tamat sampai sini je. Ia akan mengikut jenis vaksin yang akan diterima.)

Untuk Dos Kedua

  • Terima tarikh temujanji.
  • Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditentukan.
  • Saring suhu dan daftar kod QR.
  • Suntikan dah pengesahan penerimaan vaksin.
  • Pemerhatian selama 30 minit.
  • Terima sijil imunisasi vaksin Covid-19 secara digital. (Kalau vaksin yang diterima cuma satu dos, sijil boleh dapat sebaik je lepas terima dos pertama vaksin.)
  • Kesan susulan vaksin dipantau.

Kesan sampingan vaksin Covid-19 yang pernah dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara je. Lagipun, sangat sedikit jumlah orang yang mengalami kesan sampingan ni. Antara kesan sampingannya adalah:

  • sakit/bengkak/kemerahan di tempat suntikan
  • Penat
  • Sakit kepala
  • Menggigil
  • Sakit sendi
  • Demam
  • Loya
  • Rasa tak sihat
  • Bengkak kelenjar limfa

Tapi korang jangan risau, sebab Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin, telah menyatakan bahawa pampasan dalam bentuk bayaran ex gratia akan diberikan kepada mereka yang mengalami kesan sampingan serius yang disebabkan oleh suntikan vaksin Covid-19.

Jadi korang pun dah tahu macam mana proses nak dapatkan suntikan vaksin ni. Tak perlu rasa ragu-ragu dengan vaksin ni sebab Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam sendiri dah sahkan bahawa huku mengambil vaksin adalah harus. Jangan lupa untuk daftarkan diri sebagai penerima vaksin, supaya kita sama-sama dapat tamatkan penularan pandemik ni di negara kita! Kalau korang dulu pernah dijangkiti ataupun perlu kuarantin oleh KKM sebab COVID19, boleh mohon elaun penggantian pendapatan sehingga RM700, baca SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button