Tips Jimat

Cuti Sekolah Nak Pergi Mana? Ibu Bapa Wajib Tahu 5 Tempat Bercuti Mesra Poket Ini

Tempat-Tempat Menarik Untuk Bawa Anak-Anak Sempena Cuti Sekolah

Tempat menarik cuti sekolah

Yeay cuti sekolah kembali lagi! Bila tiba musim cuti persekolahan, mesti ramai ibu bapa yang sudah merancang untuk membawa anak-anak mereka bercuti atau melakukan aktiviti santai dan menyeronokkan tapi masih nak jaga perbelanjaan kan?  Kita pun kalau boleh taknak lah pergi tempat dan buat aktiviti yang sama je setiap tahun. Takut anak-anak kita pun bosan.

Sebenarnya, macam-macam aktiviti boleh buat dengan anak-anak sempena cuti sekolah ini saja nak bagi mereka healing selepas penat setiap hari pergi sekolah dan hadap peperiksaan. Contohnya, bermandi-manda di taman tema air, melakukan aktiviti indooor dan sebagainya.

Apa salahnya kalau happy kan hati anak-anak kita dengan pergi bercuti kan? Kalau ada ibu bapa yang masih tak ada plan nak bawa anak-anak ke mana, jom kita bantu korang dengan menyenaraikan beberapa tempat menarik yang harganya murah dan berbaloi!

5 Tempat Menarik Ibu Bapa Kena Bawa Sempena Cuti Sekolah

1. Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

cuti sekolah

Pusat Sains Negara sebuah taman tema berkonsepkan sains dan teknologi di bawah institusi pendidikan tidak formal di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Di sini, terdapat pelbagai bahan pameran dan aktiviti yang direka khas terutamanya sempena cuti sekolah bagi tujuan merangsang, menarik dan menggalakkan para pengunjung untuk menaruh minat yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Confirm anak-anak kita seronok dan dalam masa yang sama anak-anak kita pun boleh dapat ilmu yang baharu.

cuti sekolah

Alamat: 50662, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 5.00pm) | Jumaat (Tutup)

Harga Tiket:

Kategori

Harga (RM)

Dewasa (13 – 54 tahun)

6.00

Kanak-kanak (7 – 12 tahun)

3.00

Warga Emas (55 tahun keatas)

3.00

Kanak-kanak & Bayi  (6 tahun kebawah) dan kumpulan murid sekolah masuk adalah percuma

2. Wet World Shah Alam, Selangor

Taman Air Wet World Shah Alam, Selangor menjanjikan keseronokan dan merupakan antara taman tema air yang harganya yang murah dan sangat berbaloi. Taman tema Wet World ini direka bertemakan suasana di kawasan Caribbean, ada kawasan berenang untuk kanak kanak & dewasa. Jadi tak perlu risau sekiranya anak anak tak boleh berenang. Acara berkumpulan, karnival, parti, hari keluarga, perkelahan sekolah, acara korporat dan aktiviti mengumpul dana semuanya sesuai untuk taman tema air ini. Perjalanan Monsoon Buster iaitu gelongsor air sepanjang 225 meter menjadi tarikan utama.

Alamat: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Beroperasi: Khamis – Selasa ( 10 .00 am – 6.00 pm) – last admission at 5.00 pm | Rabu (Tutup kecuali cuti umum dan cuti sekolah)

Harga Tiket:

Kategori

Harga (RM)

Kanak-kanak (Bawah 90cm)

Percuma
Kanak-kanak (90cm – 130cm)

32.00

Dewasa (130cm dan ke atas)

37.00

 

3. Zoo Negara, Kuala Lumpur

cuti sekolah

Zoo Negara ialah zoo terbesar di Malaysia, seluas 44 hektar (110 ekar) di Ulu Klang daerah Gombak. Zoo Negara menempatkan kira-kira 5,137 spesimen yang mewakili 476 spesies mamalia, burung, amfibia, reptilia dan ikan yang berbeza. Terdapat banyak paparan untuk dinikmati, yang terletak di sekeliling tasik yang ideal dengan bangau berkeliaran percuma, burung pelikan, burung kuntul, ibis dan angsa di dalam persekitaran berlandskap yang indah.

Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

Harga Tiket:

Kategori

Harga (RM)
Kanak-kanak (3 – 12 tahun)

Warganegara: 18.00

Pemegang i-Kad/Permit Kerja/Passport: 25.00

Bukan Warganega: 43.00

Dewasa

Warganegara: 45.00

Pemegang i-Kad/Permit Kerja/Passport: 50.00

Bukan Warganega: 88.00

Warga emas (60 tahun ke atas)

Warganegara: 23.00

Pemegang i-Kad/Permit Kerja/Passport: 50.00

Bukan Warganega: 88.00

 

4. Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan

Hutan Lipur Ulu Bendul menjadi tarikan disebabkan mempunyai sungai yang sesuai untuk aktiviti riadah pelbagai peringkat umur, selain dilengkapi kolam mandi yang sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Pastinya menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan sempena cuti sekolah. Kita boleh datang berkelah dengan membawa makanan ke sini. Masuk pun PERCUMA tau. Kan dah jimat tu. Selain itu, sudah pasti aktiviti utama adalah untuk mandi manda sambil melihat keindahan flora dan fauna.

Alamat: Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah, Ulu Bendul, Kuala Pilah, NS 72000.

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (7.00 am – 5.00 pm)

Harga masuk: Percuma

 

5. Happy Paradise, Pahang

Penginapan indah ini memiliki pohon-pohon berbuah mekar yang boleh dipetik untuk dinikmati dengan segar, zoo mini, taman permainan, kolam renang, kandang kuda, kawasan bbq dan banyak lagi. Anda dapat meluangkan masa berkualiti yang penuh santai sepanjang penginapan. Percayalah, seminit pun tak akan berlalu tanpa keseronokan. Rasanya, sesiapa yang dah pernah datang ke Happy Paradise, memorinya pastinya akan sentiasa terngiang-ngiang di ingatan.

Alamat: Lot 5596, Kg Cherenging Pahang, 28750 Kampung Janda Baik.

Harga: RM150+ semalaman lihat juga di Agoda dan Booking untuk membuat tempahan

Siapa kata orang T20 sahaja boleh bercuti? Rakyat marhaen pun boleh! Ada pelbagai tempat yang menarik dan berbaloi untuk bawa keluarga bercuti. Jadi apa tunggu lagi, rancanglah percutian anak-anak anda pada musim cuti persekolahan ini dengan membawa mereka bercuti. Cuti sekolah adalah peluang yang baik bagi ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak di sampind dapat mencipta kenangan indah.

Baca juga artikel 6 Lokasi Air Terjun & Pantai Sekitar Lembah Klang. Sesuai Untuk Plan Kast Minute!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button