KewanganPermohonan

Cara Mohon Bantuan BINGKAS Selangor 2022 RM300 Sebulan/12 Bulan (RM3600)

Bantuan Kewangan Dalam Belanjawan Selangor 2022: Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor

Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan inisiatif Bantuan Bingkas Selangor iaitu bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022 pada Jumaat lepas. Bantuan ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari khusus untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan bagi mendepani cabaran pasca pandemik yang telah melanda seluruh dunia iaitu COVID-19

Pengumuman bantuan ini telah diumumkan Kerajaan Negeri setelah melihat keperluan untuk meluaskan capaian dan menambah baik program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT). Ianya juga bakal dilaksanakan agar manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja bagi golongan ibu tetapi juga tuntuk keseluruhan keluarga. Siapa yang layak menerima bantuan BINGKAS Selangor ini dan berapa jumlah bantuannya? Baca lanjut di bawah

TERKINI:  Bantuan RM300 sebulan – Belanjawan Selangor 2023


Belanjawan Selangor 2022: Bantuan Bingkas Selangor – Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

Berikut adalah informasi lanjut mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS):

Kadar Bantuan

  • RM 300 sebulan / RM 3,600 setahun
  • Untuk beli barangan runcit atau keperluan rumah, pembayaran yuran sekolah dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.

Jumlah Penerima

  • 180,000 penerima manfaat iaitu;
  • 30,000 keluarga di Selangor

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ketua keluarga yang mempunyai anak atau tanggungan di bawah umur 18 tahun ke bawah
  3. Berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  5. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor

Cara Mohon

1. Layari Portal Bingkas Selangor di pautan:

2. Klik Daftar Permohonan

3. Masukkan nombor telefon dan klik butang ‘Teruskan’

4. Jika mempunyai akaun Selangkah, klik butang ‘X’. Log masuk dengan nombor telefon dan kata laluan. Kemudian, klik ‘Log Masuk’

5. Sekiranya tiada akaun Selangkah, klik pautan ‘Daftar Sekarang’ dan daftar untuk teruskan.

6. Jika terlupa kata laluan:

  • Klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’
  • Masukkan Nombor Telefon dan klik ‘Teruskan’
  • Kemudian masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon. Tekan ‘Sahkan OTP’
  • Berjaya log masuk ke Portal

7. Isi borang Maklumat Peribadi & Pendapatan,  Klik butang ‘Teruskan’

8. Isi borang Maklumat Anak-Anak. Klik butang ‘Tambah Anak’ dan kemudian klik butang ‘Teruskan’

*Hanya perlu masukkan info anak yang berumur 18. tahun ke bawah sahaja kecuali mereka berstatus OKU

9. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang ‘Teruskan’

10. Muat naik salinan dokumen rasmi yang diperlukan. Klik butang ‘Teruskan’

11. Klik pada kotak persetujuan dan klik butang ‘Hantar’

12. Pendaftaran BINGKAS telah berjaya! Nantikan makluman pengesahan yang akan diberikan.

Dokumen Permohonan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran ahli:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Pemegang Kad KISS Terdahulu

Untuk pemegang kad KISS terdahulu iaitu bukan mereka yang pernah memohon KISS dan telah diterminate, langkah yang perlu dibuat adalah:

1. Muat turun Aplikasi Selangkah & WavPay:

2. Isikan semua maklumat pemohon di aplikasi Selangkah dahulu. Aplikasi e-wallet WavPay boleh digunakan kalau pemohon telah diluluskan untuk menggunakan BINGKAS

3. Layari Portal BINGKAS Selangor mulai 1 Julai 2022 untuk mengemaskini maklumat bagi pemegang kad KISS terdahulu.

4. Pastikan aplikasi SELANGKAH dimuat turun terlebih dahulu dan diisi semua maklumat pemohon. Kalau tak dikemaskini di portal BINGKAS, nama akan digugurkan selepas 1 September 2022 dan pemohon sedia ada perlu mohon semula.

5. Setelah selesai kemaskini di BINGKAS

 

Cara Pengaktifan Akaun BINGKAS di WavPay e-Wallet

Buka aplikasi SELANGKAH, klik kad BINGKAS. Terus buka aplikasi WavPay dan ikuti langkah berikut:

  1. Masukkan OTP yang diterima melalui SMS
  2. Klik pada Profile
  3. Klik pada My Akaun
  4. Tetapkan pin pembayaran (Payment pin)

*Amaun RM300 akan dimasukkan terus tetapi mengambil masa sedikit

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang persoalan sila hubungi perincian lanjut di bawah:

  • Telefon : 1-800-22-6600
  • Pengaktifan e-Wallet : 016-3254199 (Whatsapp)
  • Emel : bingkasbantuan@wavpay.net

Selain bantuan BINGKAS Selangor, ada juga bantuan untuk kelahiran anak di Selangor boleh baca di SINI. Untuk melihat bantuan-bantuan lain di Selangor boleh rujuk panduan di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button