KewanganCara Mudah

Cara Daftar Akaun Semasa untuk Perniagaan & Senarai Deposit Minimum Setiap Bank

Cara Daftar Akaun Semasa Untuk Bisnes

Sejak kebelakangan ni, semakin ramai orang nak mencuba untuk memulakan bisnes tapi tak ramai tahu perlu daftar akaun semasa. Adalah amat digalakkan untuk membuka akaun semasa bagi memudahkan urusan perniagaan. Korang tak digalakkan untuk menggunakan akaun simpanan peribadi yang sedia ada sebagai akaun perniagaan sebab akaun tersebut boleh disekat kalau terlalu banyak transaksi duit yang berlaku dalam sesuatu masa. 

Lagi pun, dengan adanya akaun semasa, korang boleh asingkan terus duit yang mana untuk kegunaan syarikat dan perniagaan, duit mana untuk kegunaan peribadi. Kalau nak buka akaun semasa, caranya tak semudah nak buka akaun peribadi. Ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi dulu, iaitu:

  • Mempunyai salinan sijil SSM (bermaksud korang kena daftar dulu syarikat korang dengan SSM. Boleh ikuti cara-caranya di SINI).
  • Minimum deposit.
  • Ada introducer/pencadang (seorang pemegang akaun semasa yang masih aktif dan berusia sekurang-kurangnya 2 tahun).
  • Mempunyai cop syarikat.

Cara Daftar Akaun Semasa Maybank Tanpa Introducer/Pencadang

Kalau nak ikutkan, syarat-syarat buka akaun semasa yang lain senang je, kecuali satu; perlu bawa introducer/pencadang. Ya lah, kita ni kadang-kadang bukannya ada kenalan yang mempunyai akaun perniagaan juga.

Kalau korang nak daftar akaun semasa tanpa introducer/pencadang, Maybank adalah salah satu pilihan bank yang boleh dicuba. Maybank tak perlukan introducer/pencadang masa nak buka akaun semasa, kalau korang daftar secara online. Cara-caranya, korang boleh ikut je macam di bawah ni:

  • Layari laman web Maybank2U di SINI. Di laman utama, klik di bahagian Recommend Me an Account.

Sumber Gambar Geng Borak

  • Isikan segala maklumat yang diminta seperti jualan perniagaan, jumlah pekerja, jenis akaun, jenis perniagaan dan lokasi perniagaan. Lepas dah lengkap semuanya, boleh klik Recommend Me an Account.

  • Maybank mempunyai 10 jenis akaun perniagaan, dan lepas menjawab survei ringkas tadi, ia akan mencadangkan akaun apa yang sesuai dengan jenis perniagaan yang korang nak buat. Antara contoh akaun perniagaan adalah seperti di bawah ni.

  • Kalau korang dah berpuas hati dengan penjelasan akaun tersebut, boleh klik I Want to Apply Now.
  • Maybank akan meminta maklumat perniagaan yang lebih terperinci. Korang boleh isikan semuanya dengan lengkap. Tekan Save & Next sampailah selesai.

Lepas dah berjaya daftar di Maybank2U, korang kena hadirkan diri di mana-mna cawangan bank yang berdekatan untuk melengkapkan proses permohonan. Jangan lupa bawa salinan sijil, duit deposit, dan cop syarikat juga! Tak perlu bawa introducer/pencadang dah.

Jumlah Deposit Minimum untuk Buka Akaun Semasa Bagi Setiap Bank

Macam yang korang tahu, nak buka akaun semasa memang perlu sediakan duit deposit. Duit deposit ni akan dimasukkan dalam akaun perniagaan korang. Jadi tak perlu risau kalau ia akan hilang diambil bank ke apa. Tapi lain bank, lain jumlah deposit yang diperlukan. Dekat bawah ni kitorang senaraikan jumlah deposit minimum untuk buka akaun semasa bagi setiap bank:

 

  • Affin/Affin Islamic Bank

 

      • Individu RM2,000 (perlu introducer)
      • Syarikat RM2,000 (perlu introducer)

 

  • Alliance/Alliance Islamic Bank

 

      • Individu RM500 (tidak perlu introducer)
      • Syarikat RM500 (tidak perlu introducer)

 

  • Ambank/Ambank Islamic Bank

 

      • Individu RM500 (tidak perlu introducer)
      • Syarikat RM500 (tidak perlu introducer)

 

  • Bank Islam

 

      • Individu RM500 (perlu introducer)
      • Syarikat RM1,000 (tidak perlu introducer)

 

  • CIMB Bank

 

      • Individu RM1,000 (perlu introducer)
      • Syarikat RM1,000 (perlu introducer)

 

  • CIMB Islamic Bank

 

      • Individu RM500 (perlu introducer)
      • Syarikat RM500 (perlu introducer) jika ada premis. Jika tiada premis, RM1,000.

 

  • Hong Leong/Hong Leong Islamic Bank

 

      • Individu RM500 (tidak perlu introducer)
      • Syarikat RM500 (perlu introducer)

 

  • Maybank/Maybank Islamic 

 

      • Individu RM500 (perlu introducer) atau tak perlu introducer kalau daftar secara online.
      • Syarikat RM2,000 (perlu introducer)

 

  • Public/Public Islamic Bank

 

      • Individu RM3,000 (perlu introducer)
      • Syarikat RM5,000 (perlu introducer)

 

  • RHB/RHB Islamic Bank

 

    • Individu RM1,000 (perlu introducer)
    • Syarikat RM1,000 (perlu introducer)

Sebenarnya mudah sahaja kan untuk daftar akaun semasa sebagai akaun perniagaan. Ianya amatlah penting agar bisnes korang terurus dengan baik. Daftar perniagaan dengan SSM juga amatlah penting tau bagi yang belum tahu tu. Kalau korang nak tahu, boleh bacanya di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button