PermohonanCara Mudah

Nak Daftar Perniagaan Dengan SSM Percuma Secara Online Je? Ini Cara & Syaratnya

Cara Daftar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Macam mana cara nak daftar perniagaan? Memang tak dapat disangkal lagi bahawa penularan Covid-19 telah memberi kesan kepada semua orang, lagi-lagi golongan B40 seperti kita. Pandemik ni memang telah membuatkan sumber pendapatan kebanyakan B40 terjejas teruk, sampaikan kita terpaksa mencari jalan lain untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Jadi makin ramailah yang mencuba untuk memulakan perniagaan, memandangkan modal perniagaan boleh didapati melalui i-Sinar.

Nak mulakan perniagaan ni, kita kenalah daftarkan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dulu agar senang kalau apa-apa urusan yang melibatkan perniagaan, kita dah ada dokumen pendaftaran rasmi. Nak buat akaun perniagaan pun perlukan salinan sijil SSM, jadi agak penting juga daftarkan syarikat di SSM ni kalau korang nak mula berniaga.

Cara Daftar Perniagaan : Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Pada Disember yang lepas, SSM telah mengumumkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang membenarkan bakal peniaga untuk mendaftar syarikat secara percuma. Dan baru-baru ni, SSM telah memperluaskan kategori yang layak kepada semua orang di dalam golongan B40 (sebelum ni cuma ibu tunggal, belia, dan pelajar je yang layak untuk memohon SPPP).

Antara kategori yang layak untuk memohon SPPP adalah:

  • Kategori Usahawan Golongan B40
    • Pemegang MyKad/MyPR.
    • Berumur 18 tahun ke atas.
    • Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi Golongan B40. Boleh semak di status di panduan SINI.
    • Tak ada rekod perniagaan yang masih aktif di SSM.
  • Kategori Pelajar IPTA/IPTS
    • Pemegang MyKad/MyPR.
    • Berumur 18 tahun ke atas.
    • Pengajian kursus sepenuh masa di mana-mana institusi pengajian Malaysia.
    • Tak ada rekod perniagaan yang masih aktif di SSM.

Kalau termasuk dalam dua kategori di atas ni, korang boleh nikmati kelebihan pengecualian fi dan daftar syarikat secara percuma!

Cara Membuat Pendaftaran Syarikat di SSM Online

Sebelum ni, kalau nak daftar perniagaan, perlu hadirkan diri di pejabat SSM. Tapi musim-musim Covid ni, kalau boleh kita nak kurangkan risiko jangkitan dengan orang awam. Jadi korang boleh daftar perniagaan secara online di rumah je!

  • Untuk mendaftar perniagaan, korang boleh layari laman web EzBiz : https://ezbiz.ssm.com.my
  • Masa nak daftar akaun baru, pastikan nama penuh sama dengan yang dalam MyKad. Bila dah selesai daftar akaun, baru boleh log masuk.

  • Klik di bahagian New Business dan lengkapkan semua maklumat yang diminta. Pastikan nama syarikat yang diisi tu sama dengan apa yang korang nak. Antara maklumat yang perlu diisi adalah:
    • Nama perniagaan
    • Tarikh mulakan perniagaan
    • Alamat utama perniagaan
    • Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
    • Maklumat pemilik dan rakan kongsi (jika ada)
    • Jenis perniagaan yang akan dijalankan
    • Salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

  • Pada bahagian Business Information, letakkan maklumat perniagaan korang. Apa jenis produk yang korang mahu jual. Nak letak lebih daripada satu pun tak apa. Pastikan korang isi betul-betul supaya tak adalah kena kemas kini banyak kali nanti.

  • Di bahagian Business Code pula, pilih mana-mana kod yang berkaitan dengan perniagaan korang. Tak semestinya pilih kod produk yang korang mahu jual sekarang je. Nak pilih kod produk yang korang mahu jual di masa akan datang pun boleh. Tapi kalau tak pasti barang apa yang korang nak jual nanti, boleh je tambah semula lepas ni.

  • Bila dah selesai isi semua, korang bolehlah tunggu e-mel pengesahan permohonan daripada SSM. Atau nak semak secara manual pun boleh. Pilih My Business Service > List New Business Registration. Kalau dah diluluskan SSM, barulah pendaftaran syarikat dikira berjaya.
  • Pastikan korang muat turun semua sijil yang SSM beri sebab sijil-sijil ni akan hilang lepas tempoh 14 hari dari tarikh terima.

Kredit Gambar Hello Kerja

Bila dah daftarkan perniagaan dengan SSM, barulah pelanggan akan lebih percaya sebab ada bukti pendaftaran syarikat dan diorang yakin yang korang ni bukannya scammer. Bila dah ada sijil pendaftaran perniagaan dari SSM, bolehlah daftar akaun semasa perniagaan pula! Tak susah pun nak buat akaun semasa untuk perniagaan, boleh baca lanjut dekat panduan di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button