MakananCara Mudah

5 Cara Masak Telur Guna Microwave. Boleh Buat Dekat Office Je 2 Minit Siap!

Cara Mudah Masak Telur Guna Ketuhar Gelombang Mikro

Macam mana cara masak telur guna microwave? Bila bercakap pasal makanan, telur merupakan salah satu makanan yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia malah seluruh dunia. Tipu lah kalau cakap seumur hidup korang tak pernah makan telur kan. Telur yang selalu digunakan untuk makanan adalah telur ayam. Ini kerana harganya yang murah 10 biji boleh dapat dalam RM4 sahaja. Selalunya orang masak telur dengan cara goreng, rebus atau campur masakan lain. Pernah tahu tak ada cara masak telur guna microwave juga?

Menurut sebuah laporan, penggunaan telur oleh rakyat Malaysia sebanyak 295 seorang setahun. Banyak tu kan! Malah merupakan kadar yang tinggi di kalangan negara Asia. Ye lah, kita bukan je makan telur begitu sahaja, tapi nak buat masakan lain macam kuih-muih, kek, roti, biskut dan lain-lain juga menggunakan telur kan. Kalau masakan telur tu sahaja pun ada macam-macam jenis kan macam telur mata, telur dadar, telur rebus dan lain-lain.

Cara Cepat Masak Telur Guna Microwave – 5 Jenis Masakan Telur

Pernah tak kadang-kadang tu korang rasa nak cepat sebab terlambat bangun nak pergi kerja ke apa kan? Lepastu sarapan atau bekal anak tak sempat lagi nak buat pulak. Nak masak kat dapur kang kena tengok api pulak kalau tertinggal lama habis hangus terbakar ke. Jangan risau! Ini 5 cara masak telur guna microwave je. Masa nak buat pun sekejap je dalam 2 hingga 6 minit. Resipi untuk setiap jenis masakan telur akan dikongsikan di bawah.

PERINGATAN: Sebelum memasak menggunakan microwave, pastikan peralatan digunakan adalah yang boleh digunakan untuk ketuhar gelombang mikro. Kalau tak nanti boleh meletup ataupun pecah. Gunakan juga sarung tangan tahan panas untuk lebih selamat. Kalau belum tahu lagi boleh rujuk panduan di pautan berikut:

 

1. Telur Rebus

Sumber Gambar Startupbox

Bahan:

  • 1 biji telur ayam
  • 1 mangkuk / mug (microwaveable)
  • Sedikit air
  • Sedikit garam

Cara:

  • Isikan mangkuk/mug dengan air
  • Campurkan sedikit garam dan kacaukannya (untuk mengelakkan telur meletup)
  • Masukkan telur ke dalam air
  • Letakkan selama 6 hingga 10 minit di dalam microwave
  • Siap, sedia untuk dimakan

2. Telur Hancur (Scramble Egg)

Bahan:

  • 2-3 biji telur ayam
  • 1 mangkuk / mug (microwaveable)
  • Sedikit mentega / minyak masak
  • Sedikit air
  • Sedikit garam & lada hitam (ikut citarasa)

Cara:

  • Sapukan mentega atau minyak di sekeliling kawasan dalam mangkuk
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk
  • Masukkan garam & lada hitam dan gaul rata
  • Tutupkan mangkuk dengan penutup (gunakan napkin jika tiada)
  • Letakkan selama 1 hingga 2 minit.
  • Setiap 3o saat boleh hentikan microwave untuk lihat telur dan gaulkan sedikit.
  • Siap dan sedia untuk dihidang

 

3. Telur Mata Rebus (Pouched Egg)

Bahan:

  • 1 biji telur ayam
  • 1 mangkuk / mug (microwaveable)
  • Sedikit air
  • Sedikit garam

Cara:

  • Masukkan air ke dalam mangkuk
  • Campurkan sedikit garam dan gaulkannya
  • Pecahkan telur ke dalam air
  • Terus masukkannya ke dalam microwave selama 2 minit

 

4. Telur Mata (Sunny Side Up Egg)

Bahan:

  • 1 biji telur ayam
  • 1 pinggan (microwaveable)
  • Sedikit mentega / minyak masak

Cara:

  • Sapukan mentega atau minyak di sekeliling kawasan dalam pinggan
  • Pecahkan telur ke dalam pinggan
  • Masukkan ke dalam microwave selama 1 minit jika ingin telur lebih keras boleh tambah 15 saat lagi
  • Siap dan sedia untuk dimakan

 

5. Telur Dadar (Omelette)

Bahan:

  • 1 biji telur ayam
  • 1 pinggan (microwaveable)
  • Sedikit garam & lada hitam
  • Susu / keju (ikut citarasa)

Cara:

  • Sapukan mentega atau minyak di sekeliling kawasan dalam pinggan
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan gaulkan dengan garam & lada hitam bersama susu atau keju
  • Tuangkan ke atas pinggan tadi
  • Masukkan ke dalam microwave selama 1 minit
  • Sekiranya telur telah naik kembang boleh terus berhentikan microwave
  • Siap dan sedia untuk dimakan

Mudah je kan cara masak telur guna microwave ni? Dah lah jimat masa, lepastu boleh tinggal kan je bila tengah masak tu buat benda lain. Kalau masak atas dapur api nak kena jaga lagi lepastu nak basuh kuali lagi, leceh kan. Jadinya jangan jadikan alasan tak sempat nak sediakan sarapan untuk anak atau tak sempat nak sarapan sendiri pun. Cara ni buat dekat office pun boleh, tak berasap dan bau satu pejabat. Nak tahu cara mudah cuci bekas berminyak? Boleh tengok panduan di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button