InformasiCara Mudah

Cara Kemaskini Status MySejahtera Kuning (Casual Contact) Tak Boleh Masuk Kedai Kepada Biru (Low risk)

Cara Kemaskini MySejahtera Tukar Status Kuning Kepada Biru

Sekarang ni nak pergi mana-mana pun status kesihatan dalam MySejahtera tu penting sebab tu perlu tahu cara kemaskini status MySejahtera kan. Ada beberapa kemudahan contohnya macam nak makan di kedai tu mesti kena lengkap vaksin. Tapi kalau dah lengkap vaksin pun, status kesihatan kita tiba-tiba tukar jadi status yang tak dibenarkan masuk premis susah juga kan. Bukan apa kadang-kadang tu lupacheck-out je dekat MySejahtera tu.

Siapa yang ada masalah macam ni? Ada kes tu kadang tempoh kuarantin yang dikenakan dah habis pun dan tidak bergejala tapi status masih lagi berisiko. Jadi nak buat macam mana ni? Takkan nak tunggu je dekat rumah tak boleh buat apa-apa kan. Jangan risau, di bawah ni akan dikongsikan cara untuk jadikan status kuning di MySejahtera kepada biru.

Cara Kemaskini Status MySejahtera Daripada Kuning Kepada Biru (Jika Tidak Bergejala & Negatif COVID19)

Sebelum pergi lebih lanjut, korang kena tahu dulu apa sebenarnya masuk status berubah menjadi kuning? Sebenarnya status kuning di MySejahtera memberi maksud bahawa korang dikenalpasti sebagai Kontak Kasual Tidak Bergejala.

Macam mana boleh bertukar status daripada biru kepada kuning? Ini adalah berdasarkan tempat dan masa yang korang ada check-in di MySejahtera. Maksudnya ada tempat yang korang pergi sebelum ini dilaporkan kes positif berlaku di situ.

Apa Perlu Buat Jika Kontak Kasual? 

Untuk pengetahuan, status Kontak Kasual akan berada dalam sistem selama 10 hari. Jadi apa yang perlu dilakukan adalah:

  • Tidak perlu kuarantin kendiri
  • Tidak perlu menjalani ujian pengesahan COVID-19 sekiranya tidak bergejala
  • Hanya perlu menjawab penilaian kesihatan kendiri selama 14 hari di MySejahtera
  • Dibenarkan hadir ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) untuk divaksin

Cara Menukar Status Kuning MySejahtera Kepada Biru

Berikut adalah perkongsian saudari Noura Khan di Facebook beliau mengenai cara tukar status MySejahtera daripada kuning kepada biru atau buat reassessment:

1. Buka aplikasi MySejahtera dan klik butang Helpdesk

2. Klik butang START

3. Klik butang huruf K – I have questions about my risk category 

4. Klik butang A – I would like to redo my assessment

5. Setelah itu klik butang A – My health assessment untuk diri sendiri atau BMy dependent’s health assessment 

6. Klik butang B – To redo your health assessment 

7. Tuliskan sebab kenapa ingin buat semula assessment ini. Isikan alasan yang munasabah dan klik Next

8. Sahkan semula emel yang didaftarkan semula dengan menulisnya di ruangan disediakan dan klik Submit

Nota: Pastikan emel yang dimasukkan adalah betul dan aktif kerana maklumbalas akan dihantar kepada emel tersebut

 

Video Panduan

 

Setelah itu, sila tunggu beberapa waktu kemudian untuk proses maklumat mengambil masa. Dalam kes saudari Nourra Khan ini, setelah 2 hari status MySejahtera beliau pun bertukar daripada kuning kepada biru. Mudah je kan cara kemaskini status MySejahtera ni, cuma perlu ikut proses yang dinyatakan di atas dan jawab semua soalan. Barulah mudah sikit untuk kita pergi ke kedai ataupun keluar bekerja. Jangan lupa sentiasa amalkan SOP walaupun tiada gejala. Kalau bergejala tu nak buat ujian saringan guna self-test kit boleh tengok panduan di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button