KenderaanCara Mudah

Cara Renew Roadtax & Insurans Kenderaan Online Mudah Cepat Dan Jimat!

Tutorial Cara Perbaharui Cukai Kenderaan & Insurans Secara Atas Talian

Tak ramai lagi yang tahu cara renew roadtax & insurans kenderaan secara online. Cara ini pastinya lebih mudah dan cepat untuk mereka yang tak ada masa untuk buat urusan terutamanya dalam waktu pejabat. Yang lagi menarik apabila kita buat sendiri secara online, ianya adalah lebih jimat di mana kita tak perlu bayar caj ejen apatah lagi keluar kereta dan pergi ke pejabat insurans, jimat duit minyak dan juga parking. Siapa tak nak kan senang macam ni?

Bagi yang pertama kali renew cukai jalan, jangan risau di sini akan dikongsikan setiap cara daripada perbaharui insurans atau takaful kenderaan sehingga lah kepada renew roadtax. Satu lagi kelebihan apabila buat secara online ini adalah kita boleh bandingkan harga daripada setiap syarikat pengeluar insurans & takaful selain daripada memilih yang mana satu kita berminat atau bagus untuk kita. Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok macam mana caranya.

Cara Renew Roadtax & Insurans Kenderaan Online Mudah, Cepat Dan Jimat!

Sebelum memperbaharui roadtax kenderaan, kita perlu terlebih dahulu renew insurans takaful barulah boleh untuk meneruskan renew roadtax. Caranya adalah seperti berikut:

Cara Renew Insurans Takaful Kenderaan Online

Untuk renew insurans atau takaful kenderaan secara online, terdapat pelbagai syarikat pengeluar insurans dan takaful serta platform yang menyediakan perkhidmatan secara atas talian. Antaranya adalah seperti berikut:

Syarikat Pengeluar:

Platform:

Pilih sahaja daripada senarai di atas ataupun syarikat insurans takaful yang lain dan masukkan No. kenderaan serta maklumat peribadi anda dan ikuti langkah seterusnya sehingga selesai proses bayaran dan polisi insurans takaful dikeluarkan (dihantar kepada emel yang didaftarkan)

 

Kelebihan Renew Menggunakan Etiqa

Antara kelebihan menggunakan syarikat takaful insurans Etiqa adalah seperti berikut:

1. Bayaran secara ansuran menggunakan kad Maybank

Sekiranya korang pengguna Maybank, korang boleh memilih untuk menggunakan Ezypay Maybankard dengan 0% faedah. Ansuran boleh dibuat sehingga 6 bulan. Ini bermaksud sama juga lebih kurang kita kumpul duit selama 6 bulan tetapi kali ini kita bayar atau kumpul selepasnya.

2. Pulangan tunai dengan faedah Pandu Kurang Lebih Jimat

Dalam situasi pandemik Covid-19 ini, ramai yang mengalami sekatan pergerakan dan jarang memandu, justeru Etiqa memahami masalah kewangan dan menawarkan rebat tunai untuk pengurangan kekerapan perjalanan. Semakin kurang memandu, lebih banyak penjimatan korang! Pilih sahaja tambahan Takaful Pandu Kurang Lebih Jimat sewaktu mendaftar pelan Takaful Motor Etiqa


 

Cara Renew Cukai Jalan Online

Sebenarnya terdapat pelbagai cara juga untuk memperbaharui cukai kenderaan. Antaranya adalah seperti berikut:

 

Renew Roadtax di MySikap

MySikap adalah portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan memperbaharui cukai jalan, lesen kenderaan, tukar hak milik kenderaan dan pelbagai lagi. Ianya lebih mudah kerana bayaran boleh dibuat secara atas talian dan anda hanya perlu hadir ke mana-mana JPJ berdekatan atau kiosk JPJ untuk ambil roadtax tanpa perlu ambil nombor dan tunggu lama. Caranya adalah seperti berikut:

1. Layari MySikap di pautan berikut:

2. Klik pada tab atau pilihan Kenderaan

3. Pilih transaksi Pembaharuan Lesen Kederaan Motor (LKM)

4. Masukkan No. Plat Kenderaan (tanpa jarak) dan klik Carian

5. Paparan kenderaan akan ditunjukkan dan klik Teruskan

6. Sahkan maklumat kenderaan dan klik Sah & Teruskan

7. Pilih Tempoh LKM dan Pengisytiharan Kawasan

8. Pilih Kaedah Penghantaran sama ada Kaunter JPJ atau Kiosk

*Disarankan menggunakan Kiosk sahaja kerana boleh walk-in tanpa mengambil nombor.

9. Tiba ke laman pembayaran, pilih jenis bayaran sama ada menggunakan kad kredit atau perbankan internet

10. Selesai bayaran, laman transaksi berjaya akan dipaparkan. Klik cetak dan simpan atau cetak slip untuk dibawa ke kaunter JPJ atau Kiosk.

Video Panduan

Renew Roadtax di Pejabat Pos

Untuk mereka yang jauh daripada pejabat JPJ, mungkin boleh pergi ke pejabat pos berhampiran rumah sahaja untuk renew roadtax. Lagi jimat masa kerana dekat dan juga lagi cepat jika pejabat pos tersebut tak ramai orang maka tak perlu tunggu lama lepas ambil nombor. Caranya mudah sahaja:

1. Pastikan bawa bersama dokumen berikut:

  • Kad pengenalan
  • Sijil pemilikan kenderaaan atau salinan geran
  • Polisi insurans / takaful (cover note insurance)

2. Ambil nombor giliran, tekan butang untuk renew roadtax.

3. Tunggu nombor dipanggil dan hadir ke kaunter dengan menunjukkan dokumen.

4. Buat bayaran dan selesai.

 

Renew Roadtax di MyEG

Untuk mereka yang betul-betul tiada masa, korang boleh sahaja buat pembaharuan cukai jalan di laman web MyEG. Keistimewaannya adalah MyEG boleh menghantar terus ke rumah atau pejabat korang, maksudnya tak perlu pergi ambil sendiri dan hanya tunggu roadtax sampai kepada kita, mudah sahaja kan. Langkahnya adalah seperti berikut:

1. Log masuk ke MyEG

2. Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan

3. Pilih Perbaharui Cukai Jalan

4. Pilih Pembaharuan Cukai Jalan Kereta atau Motosikal

5. Isikan maklumat peribadi yang diperlukan dan pilih collection method sama ada ingin dihantar terus ke rumah atau ambil sendiri di pejabat MyEG

6. Masukkan alamat rumah jika memilih Home/Office Delivery

7. Tandakan kotak setuju, masukkan kata laluan dan klik Proceed

8. Buat pembayaran secara online dan Selesai. Tunggu roadtax sampai ke alamat yang diisikan.

Caj & Waktu Penghantaran Roadtax MyEG

  • RM 6 – Lembah Klang (2 hari bekerja)
  • RM 8 – Semenanjung Malaysia
    *Kawasan Bandar (2 – 3 hari bekerja)
    *Kawasan Luar Bandar (5 hari bekerja)
  • RM 10 – Sabah & Sarawak (5 hari bekerja)
  • RM 20 – Lembah Klang [Priority Delivery] (Keesokan hari bekerja)

 

Sebenarnya banyak dah kemudahan yang disediakan untuk kita apabila teknologi dah ada ni cuma tinggal kita rajin tak rajin untuk belajar. Memang lah pada mulanya susah tapi lama-lama dah biasa sikit kan. Lepasni boleh lah renew roadtax dengan mudah je dekat rumah. Kalau nak renew lesen memandu pun sebenarnya boleh buat online je sekarang. Ikuti panduan lanjut di

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button