PermohonanKewangan

Pengeluaran Bersyarat KWSP – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Ini Apa Yang Perlu Tahu

Cara Pengeluaran Bersyarat KWSP Fasiliti Sokongan Akaun 2 Dan Syaratnya

Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah inisiatif terkini yang diumumkan kerajaan susulan permintaan orang ramai untuk pengeluaran KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan media mengenainya pada 21 Mac 2023. Terkini pada 3 April 2023, KWSP telah pun memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi kemudahan ini yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2.

Apa Itu Fasiliti Sokongan Akaun 2? 

Fasiliti Sokongan Akaun 2 atau FSA2 merupakan sebuah kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli pencarum KWSP bagi mendapatkan bantuan kewangan menerusi pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Oleh itu, simpanan dalam akaun 2 KWSP pencarum akan dijadikan sebagai asas untuk pembiayaan ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Cara Pengeluaran Bersyarat KWSP Fasiliti Sokongan Akaun 2 Dan Syarat-Syaratnya

Berikut adalah maklumat mengenai cara pengeluaran bersyarat KWSP, Fasiliti Sokongan Akaun 2, syarat-syarat dan juga perincian lain yang berkaitan:

Mekanisme FSA2

Di bawah kemudahan ini, pencarum yang membuat permohonan akan dapat:

  • Membuat pembiayaan peribadi atau pinjaman bank daripada institusi perbankan
  • Membayar pembiayaan peribadi tersebut menggunakan simpanan dalam akaun 2 KWSP menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun
  • Pembayaran hanya akan dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun kerana pengeluaran ini bersyarat

Kelebihan FSA2

  • Kemudahan ini menawarkan penyelesaian praktikal bagi ahli KWSP yang menghadapi isu ketidakcukupan wang tunai sementara dengan menyediakan aliran tunai menerusi pembiayaan peribadi.
  • Simpanan ahli akan kekal dalam Akaun 2 dan tetap terus menerima dividen tahunan KWSP
  • Ahli boleh mendapat manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan mereka

Tempoh Permohonan FSA2

Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan. Tarikh pelaksanaan adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 (Permohonan bagi ahli berumur 40 tahun ke atas) : Mulai 7 April 2023
  • Fasa 2 (Permohonan bagi ahli berumur di bawah 40 tahun) : Akan dimaklumkan kelak

Syarat Permohonan

Untuk membolehkan ahli membuat pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan, syarat-syarat permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada ahli KWSP yang masih belum mencapai umur 55 tahun
  2. Merupakan warganegara Malaysia
  3. Permohonan adalah sekali sahaja
  4. Permohonan tidak  boleh dibatalkan setelah diluluskan
  5. Permohonan dibuka dalam tempoh masa setahun iaitu 12 bulan bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak
  6. Amaun simpanan minimum pemohon adalah RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP
  7. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi jumlah RM50,000 (tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP)
  8. Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50 hingga 55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran yang dipilih ahli
  9. Memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon

Cara Permohonan

Permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun melalui intitusi perbankan boleh dibuat secara dalam talian atau online menerusi institusi perbankan yang mengambil bahagian. 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh pemohon adalah:

  1. Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP menerusi portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian
  2. Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan
  3. Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan

Bermula 5 April 2023, ahli boleh melawat laman sesawang khas KWSP untuk menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon. Pautan adalah seperti berikut:

Baca Juga: Cara Daftar i-Akaun KWSP

Cara Semak Kelayakan FSA2 (Fasa 1)

Bank Yang Mengambil Bahagian

KWSP akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan. Buat masa ini, bank yang mengambil bahagian adalah:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • MBSB Bank

Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.

Kadar Faedah Yang Dikenakan 

Berdasarkan kenyataan KWSP, kadar faedah yang akan dikenakan untuk pembiayaan peribadi adalah seperti berikut:

  • Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) antara 4% hingga 5%

Ianya adalah lebih rendah dan berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15%

Pembayaran Balik Pembiayaan 

Menurut pertanyaan kepada pihak KWSP, jawapannya adalah seperti berikut:

“Memandangkan ia adalah pinjaman yang dibuat dengan pihak bank, ahli perlu membuat bayaran semula secara bulanan kepada pihak bank berkenaan. Amaun yang dimohon akan diasingkan ke dalam akaun khas sehingga anda mencapai umur 50 tahun. Sekiranya pada umur 50 Tahun, pembiayaan anda dengan pihak bank telah selesai, amaun Akaun 2 anda yang diasingkan akan dikembalikan ke Akaun 2 anda dan layak untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun”

Jawapan melalui soalan lazim FSA2 KWSP adalah seperti berikut:

  • Sekiranya ahli membuat notis awal untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun, KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank pada mana-mana peringkat umur iaitu antara 50 dan 54 tahun. mengikut pilihan ahli.
  • Jika memilih Pengeluaran Umur 55 Tahun, KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank pada umur 55 tahun.
  • Jumlah yang dibayar akan digunakan untuk menjelaskan baki pembiayaan peribadi (jika ada) sebelum memulangkan sebarang lebihan kepada ahli.

Jika difahamkan, sekiranya pemohon tidak dapat menyelesaikan pinjaman setelah mencapai umur bagi pengeluaran awal sama ada 50 hingga 55 tahum, maka baru lah akaun 2 KWSP akan digunakan untuk menjelaskan baki pembiayaan peribadi yang tinggal.

Kemaskini Terkini KWSP (7 April 2023):

Video Penjelasan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumant lanjut dan sebarang pertanyaan, sila rujuk soalan lazim atau hubungi terus KWSP di perincian berikut:

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button