Makanan

Lambat Bangun Sahur? Ini 5 Makanan Wajib Ada Di Dapur. 5 Minit Pun Sempat!

Makanan Paling Cepat Untuk Yang Lambat Bangun Sahur Last Minute

Sumber Gambar Kompas

Masalah paling utama selalu berlaku bila berpuasa ini adalah lambat bangun sahur. Tak kira waktu budak kecil atau dah dewasa sekali pun pastinya pernah terjadi dekat kita kan. Bukan apa kadang-kadang tu dah penat beribadah semalaman ataupun mengemas rumah sebab tak lama lagi nak raya, tak pasal-pasal terlajak pula tidurnya kan. Kalau dah bangun lambat untuk sahur memang boleh jadi huru hara kadang-kadang tu. Kalau seorang je tak apa juga, ini nak sediakan untuk seisi keluarga lagi memang tak sempat dah kalau tinggal 5 minit je lagi nak masuk waktu subuh kan.

Kalau nak masak tu memang tak sempat mana lah kan, mee segera pun ambil masa juga nak masak dalam 2 hingga ke 5 minit. Kalau nak minum air kosong je takut tak kenyang pula kan nanti penat seharian berpuasa dengan dahaga nya lagi. Jadi apa makanan yang paling cepat boleh kita sediakan untuk sahur kalau masa dah tinggal sikit je sebelum azan subuh berkumandang? Ada ke makanan yang mudah ringkas tapi mengenyangkan untuk bersahur sehinga tahan waktu berbuka nanti?

Makanan Paling Cepat Untuk Yang Selalu Lambat Bangun Sahur Atau Last Minute

Jangan risau sebenarnya ada beberapa makanan yang korang boleh makan kalau lambat bangun sahur tapi boleh kenyang sampai ke waktu berbuka dengan izinNya. Makanannya antaranya adalah:

1. Roti. Bukan Roti Canai Tapi Roti Buku Atau Roti Bun

Memang tak dapat dinafikan roti adalah pilihan makanan yang paling mudah dan cepat untuk mereka yang bangun lambat untuk bersahur tu. Ya hanya perlu sediakan roti tak kira lah roti buku atau loaf tu, atau lagi senang roti bun hanya buka plastik dan terus makan. Ramai juga tak tahu roti bijirin penuh atau wholegrain boleh buat kita rasa kenyang lebih lama. Ini disebabkan roti handum mempunyai kanduangan karbihidrat yang kompleks dan serat yang tinggi.

 

2. Bijirin Sarapan Atau Brakfast Cereal. Kegemaran Anak Ni!

Ini pula makanan yang sememangnya mudah dan menyelerakan. Bukan untuk kita je tapi untuk anak-anak sekali. Kadang kan bangun awal pagi tekak tak rasa macam nak makan, jadi bila makan bijirin ni paling kurang pun boleh telan juga sebab dimakan bersama susu kan. Menariknya lagi, bijirin ini lazimnya datang dengan pelbagai nutrisi dan mampu untuk membekalkan tenaga bagi kita semua. Mudah je, tuangkan bijirin di mangkuk, masukkan susu dan makan. Mesti sempat punya lah!

Sumber Gambar Remaja

3. Kurma. Bukan Sahaja Makanan Sunnah Tetapi Mudah!

Apa lah puasa jika tanpa kurma kan. Tapi kelazimannya orang berbuka puasa dengan kurma kerana mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu berbuka dengan makanan manis. Walau bagaimanapun, kurma atau buah tamar ini tidak dapat dinafikan lagi khasiatnya berikutan kadar nutrisi yang terkandung di dalamnya justeru menjadi antara buah paling berkhasiat dalam dunia. Antaranya mempunyai kandungan mineral yang tinggi sekaligus membantu agar kita tidak cepat dahaga. Tak percaya? Cuba dulu dan rasakan keajaibannya.

 

4. Buah-Buahan, Berkhasiat Dan Lebih Sihat!

Untuk mereka yang tak berapa gemar makan buah kurma, boleh sahaja untuk makan buah-buahan yang lain seperti pisang, anggur, epal dan sebagainya. Buah-buahan ini memang tak boleh dinafikan lagi khasiatnya antaranya baik untuk pencernaan dan pastinya pilihan makanan lebih sihat kerana bebas pewarna dan perasa tambahan. Buah juga dapat membantu kita kenyang lebih lama. Tak susah pun kupas je kulit pisang atau terus makan buah anggur atau epal, mesti sempat punya nak sahur walaupun 5 minit je tinggal!

Sumber Gambar Pixabay

5. Susu. Meskipun Bukan Makanan, Tapi Kenyang!

Susu pula adalah antara minuman yang paling berkhasiat dan amat sesuai untuk bersahur lagi-lagi untuk mereka yang lambat bangun atau last minit tu! Susu yang tinggi dengan kandungan protein pastinya mampu menjadikan perut kenyang dengan lebih lama tanpa perlu makan (contohnya ketika berpuasa). Ini mungkin pilihan terakhir kalau dah kesuntukan masa sangat untuk sahur kerana tak perlu ambil masa mengunyah. Hanya tuang, minum dan telan!

Mudah sahaja kan untuk sediakan makanan kalau kita lambat bangun sahur. Kadang tu boleh je sediakan siap-siap tepi katil takut-takut terlambat bangun atau lambat sedar untuk sahur. Bak kata pepatah “Sediakan Payung Sebelum Hujan”. Maksudnya beringat lah dahulu kita sebelum terkena. Kalau takut tak bangun sahur pula boleh baca panduan lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button