AgamaPermohonan

Mohon Rayuan Haji Kini Lagi Mudah dengan Aplikasi THiJARI. Buat Online Je, Ini Caranya!

Cara Mohon Rayuan Haji & Semakan Rayuan Haji Menerusi Aplikasi THiJARI

Semua orang yang beragama Islam, pasti mahu menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji dan pasti ingin tahu cara mohon rayuan haji. Tapi umumnya tahu bahawa tak semua orang mampu untuk menunaikan haji dengan menggunakan duit sendiri. Sebab itulah ramai yang mendaftarkan diri di bawah Lembaga Tabung Haji, supaya proses untuk menunaikan haji menjadi lebih mudah dengan bantuan Lembaga Tabung Haji.

Setiap tahun, Tabung Haji akan mengeluarkan senarai nama individu yang terpilih untuk menunaikan haji. Dan apabila ada nama yang terpilih, pasti akan ada juga yang tak terpilih. Kalau korang tergolong dalam golongan yang kedua, jangan bersedih, sebab permohonan rayuan boleh dilakukan! Lembaga Tabung Haji telah perkenalkan aplikasi THiJARI, yang membolehkan orang ramai untuk membuat permohonan rayuan haji secara online je. Dekat bawah ni, korang boleh baca langkah-langkah untuk memohon:

Panduan Memohon Rayuan Haji Melalui THiJARI

  • Setelah tarikh rayuan dibuka, Layari laman web THiJARI ataupun boleh download aplikasi THiJARI:

    Kemudian log masuk ke dalam akaun Tabung Haji korang.

  • Lepas dah log masuk, klik pada bahagian Perkhidmatan Haji dan kemudian klik pula pada Rayuan Haji.

  • Klik Permohonan Rayuan Haji dan seterusnya klik Berikutnya.

  • Baca Garis Panduan Pengurusan Rayuan Menunaikan Haji sampai habis, dan lepas tu klik Saya Faham.

  • Nanti akan ada pilihan di bawah Kategori Rayuan Haji. Boleh pilih salah satu yang bersesuaian dengan situasi korang.

  • Isikan Nombor Akaun Haji dan Nombor Kad Pengenalan korang. Bila dah selesai boleh klik Berikutnya.

  • Fahamkan soalan yang ditanya, dan kemudian jawab Ya atau Tidak.

  • Klik pada kotak Akad (Perakuan Istito’ah) dan klik Hantar untuk kemukakan rayuan kepada Tabung Haji.

  • Muat turun borang rayuan yang telah dihantar sebagai simpanan sendiri.

 

Panduan Semakan Rayuan Haji Melalui THiJARI

Bila dah hantar borang rayuan, mesti korang nak tahu kan sama ada permohonan rayuan korang diterima atau tak. Cara untuk semak permohonan rayuan korang adalah:

  • Setelah korang dah log masuk ke dalam akaun THiJARI, pada tab Perkhidmatan Haji, korang klik Rayuan Haji.

  • Klik Semak Status Rayuan dan klik Berikutnya.

  • Dekat sini boleh tengok status permohonan rayuan korang macam mana dan boleh muat turun juga slip status permohonan tu.

 

Untuk tahun 2023, rayuan haji dah boleh dibuat mulai 27 Mac 2023. Jadi bagi korang yang tak terpilih menjadi jemaah haji pada tahun ini, bolehlah cuba langkah-langkah di atas untuk memohon rayuan haji. Kalau nak tahu lebih lanjut atau ada apa-apa persoalan mengenai rayuan haji, boleh ke Laman web rasmi Tabung Haji ataupun hubungi 03 – 6207 1919 untuk bertanyakan soalan. Yang belum daftar THiJARI boleh lihat panduan lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button