Rumah

Ada Kesan Tahi Lalat Pada Baju? Ikuti 5 Tips Ini Untuk Hilangkannya Dengan Mudah

Tips Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Baju Dengan Mudah

Kesan Tahi Lalat

Sumber Gambar Washerman Laundry

Kesan tahi lalat pada baju ialah masalah sama yang dihadapi oleh kebanyakan orang apabila melibatkan baju atau pakaian, terutamanya jika baju berwarna putih. Kalau korang nak tahu, kesan tahi lalat ini bukanlah ‘kotoran’ tetapi merupakan sejenis kulat yang membiak pada pakaian korang. Kulat ini membiak disebabkan pelbagai faktor seperti kelembapan pada baju atau udara, juga sekiraanya tempat korang sidai baju yang baru dicuci itu tidak mempunyai pengudaraan yang baik.

Kalau baju korang ada tahi lalat, jangan panik dahulu. Terdapat pelbagai cara yang korang boleh guna untuk hilangkan kesan tahi lalat tersebut dengan mudah tanpa merosakkan baju. Tak perlu juga membazir untuk membeli pakaian baru lagi-lagi baju sekolah anak-anak kan. Kalau anak tak ramai tak apa juga tapi kalau ramai, banyak juga kos akan digunakan kan. jangan risau, di sini akan dikongsikan 5 tips hilangkan kesan tahi lalat:

Tips Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Baju Dengan Mudah

1. Hilangkan Kesan Tahi Lalat Dengan Cuka Dan Baking Soda

Sumber Gambar Mould In Homes

Salah satu cara paling mudah yang korang boleh cuba untuk hilangkan kesan tahi lalat pada baju korang ialah dengan mencucinya dengan menggunakan cuka dan baking soda. Isi mesin basuh korang dengan air panas dan masukkan satu cawan cuka putih. Masukkan pakaian yang mempunyai kesan tahi lalat tadi. Biarkan pakaian tersebut terendam selama 1-2 jam dalam mesin basuh tersebut. Kemudian masukkan satu cawan baking soda dan tekan butang ‘Start’ untuk mesin basuh mulakan ‘wash cycle‘ bagi mencuci pakaian korang tadi.

Gabungan dua bahan ini membantu untuk membunuh dan menghilangkan kulat pada pakaian tadi yang menyebabkan adanya kesan tahi lalat. Setelah selesai dibasuh, pastikan pakaian tersebut disidai pada tempat yang mempunyai pengudaraan yang elok dan terdedah dengan cahaya matahari. Kalau hari hujan, boleh keringkan gunakan mesin pengering namun harus pada kadar yang segera.

 

2. Guna Hydrogen Peroxide, Selamat Untuk Pakaian

Sumber Gambar The Spruce

Ada satu bahan yang disebut hydrogen peroxide yang korang boleh dapatkan kebiasannya di pasar raya atau farmasi. Paling mudah korang boleh dapatkan secara online di platform seperti Shopee di sini. Hydrogen peroxide ini bahan yang sangat berkesan yang boleh digunakan untuk menghilangkan tahi lalat atau kulat pada pakaian. Bahan ini juga merupakan pembasmi kuman semula jadi dan selamat digunakan di atas hampir semua fabrik pakaian.

Cara untuk menggunakannya ialah campurkan satu bahagian hydrogen peroxide dan satu bahagian air dalam botol penyembur dan sembur pada pakaian yang mempunyai kesan tahi lalat. Biarkan selama 3-5 minit sebelum cuci pakaian tersebut seperti biasa dengan menggunakan mesin basuh atau sental menggunakan tangan. Kulat yang menyebabkan tahi lalat tersebut akan hilang selepas cucian tersebut.

 

3. Pernah Dengar Pasal Boraks? Wajib Cuba Untuk Hilangkan Kulat

Sumber Gambar Airlucent

Kalau korang belum pernah dengar pasal boraks, korang wajib cuba untuk hilangkan kesan tahi lalat pada pakaian korang. Boraks atau sodium tetraborat adalah campuran garam mineral konsentrasi tinggi. Korang boleh dapatkan bahan ini secara langsung dari pengilang, namun cara paling mudah sudah tentu secara online melalui platform seperti Shopee. Sifat kimia pada boraks ini menjadikannya perencat kulat semulajadi dan boleh digunakan untuk menghilangkan tahi lalat pada pakaian.

Cara menggunakannya cukup mudah, campurkan secawan boraks ketika korang cuci pakaian bersama dengan serbuk atau cecair pencuci pakaian korang di dalam mesin basuh. Pastikan menggunakan air panas dan biarkan terendam selama 1-2 jam bagi meningkatkan keberkesanannya sebelum tekan butang ‘Start’ untuk mesin basuh mulakan ‘wash cycle‘ bagi mencuci pakaian korang tadi. Boraks bukan sahaja mampu menghilangkan dan membunuh kulat tersebut, namun juga mampu menghalang pembiakan kulat terjadi semula pada pakaian korang.

 

4. Kalau Ada Bajet Lebih, Cuba Dry-Cleaning!

Sumber Gambar Moldtutor

Korang pernah dengar dry cleaning atau cucian kering? Kalau belum pernah, cucian kering ini merupakan salah satu langkah yang sangat berkesan untuk menghilangkan kesan tahi lalat tanpa merosakkan pakaian terutamanya pakaian yang mempunyai fabrik yang halus dan mudah rosak seperti sutera. Cara terbaik ialah dengan menghantar pakaian korang ke kedai cucian kering dan biarkan mereka yang profesional dalam bidang tersebut mengendalikannya.

Cucian kering membunuh kulat hasil penggunaan cecair larut tetrachloroethylene dan proses pengeringan suhu tinggi dan “tekanan haba”, yang boleh mencapai sehingga 220 darjah di mana cukup kuat untuk membunuh kulat pada pakaian korang tanpa merosakkannya.

 

5. Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati

Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati apabila melibatkan kesan tahi lalat pada pakaian korang. Terdapat beberapa langkah yang korang boleh ambil bagi mencegah pembiakan kulat yang menjadi tahi lalat pada pakaian korang daripada berlaku:

  • Pastikan pakaian korang disimpan di tempat yang kering dan mempunyai pengudaraan yang baik
  • Elakkan meningglkan pakaian yang lembap setelah dicuci terlalu lama dalam mesin basuh
  • Sentiasa pastikan pakaian benar-benar kering sebelum dilipat atau disimpan
  • Segera sidai dan keringkan pakaian setelah dicuci
  • Jika kawasan rumah korang mempunyai udara terlalu lembap, gunakan ‘dehumidifier’ untuk mengurangkan kadar kelembapan.

 

Kesan tahi lalat pada pakaian boleh menjadi masalah yang sangat menyukarkan namun tidak mustahil untuk dihilangkan. Korang boleh hilangkan kesan tahi lalat pada pakaian dengan mudah sekiranya ikut tips-tips yang telah dikongsi seperti di atas tanpa merosakkan pakaian. Sentiasa ingat, mencegah sentiasa lebih baik dari mengubati. Kalau nak tahu kenapa tak elok sidai baju dalam rumah kena baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button