Rumah

3 Kesan Buruk Sidai Baju Dalam Rumah Dan Cara Alternatif Untuk Dicuba!

Kesan Buruk Sidai Baju Dalam Rumah Yang Harus Dielak & Cara Alternatif

Sidai baju dalam rumah

Sumber Gambar Theasianparent

Sidai baju dalam rumah mungkin kerap dibuat oleh kita apabila musim tengkujuh di mana cuaca sentiasa hujan jika dijemur di luar, ataupun untuk mereka yang tiada laman rumah seperti yang tinggal di rumah flat dan kondomonium. Namun, korang tahu tak yang menyidai baju di dalam rumah boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap rumah dan kesihatan korang.

Kesan buruk ini termasuklah peningkatan kadar kelembapan, bau yang tak menyenangkan dan menjadi tarikan hama yang boleh mendatangkan alahan. Artikel ini akan menerangkan kepada korang apa tiga kesan buruk menyidai baju di dalam rumah dan dua alternatifnya untuk korang cuba!

1. Kadar Kelembapan Meningkat, Bahaya Untuk Kesihatan!

Sumber Gambar Peppers Heating and Air

Salah satu kesan buruk utama apabila menyidai pakaian basah di dalam rumah ialah tahap kelembapan dalam ruangan rumah akan meningkat akibat dari pakaian basah tersebut. Pakaian basah yang disidai akan melepaskan wap air ke dalam ruangan udara di rumah, di mana menyebabkan tahap kelembapan bertambah.

Tahap kelembapan yang tinggi dalam ruangan rumah boleh menyebabkan kulapuk dan kulat mudah untuk membiak, di mana boleh mendatangkan bahaya untuk kesihatan kita. Kulat dan kulapuk boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti asthma dan keradangan, juga boleh merosakkan dinding, siling dan permukaan dalaman lain di rumah korang.

Sumber Gambar Property Gur

2. Sidai Baju Dalam Rumah, Baju Kering Rumah Berbau

Pakaian basah yang digantung di dalam rumah melepaskan bau yang lembap dan hapak, dan sangat tidak menyenangkan bagi sesiapa yang menghidunya. Bau yang tidak menyenangkan ini akan kekal berlarutan di dalam rumah sehingga menjadikan ruangan-ruangan lain dalam rumah korang turut berbau lembap dan hapak. Bagi rumah yang mempunyai ruangan yang terhad seperti pangsapuri atau rumah yang mempunyai pengudaraan yang terhad, ini akan menjadi masalah yang sangat besar bagi penghuni rumah tersebut. Kalau korang sidai baju dalam rumah di ruangan yang tertutup seperti tandas, bau hapak dan lembap yang dihasilkan akan menjadi lebih kuat dalam ruangan tersebut kerana hampir tiada pengudaraan dalam ruangan tersebut.

3. Alergi dan Keradangan, Lagi Teruk Boleh Dapat Hama

Sumber Gambar Wikipedia

Ruangan yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi juga akan menarik perhatian hama kerana persekitaran tersebut sangat sesuai untuk hama membiak. Hama sangat sesuai membiak dalam ruangan yang lembap dan suam. Masalah seperti alergi dan asthma juga boleh disebabkan oleh pembiakan hama dalam ruangan rumah. Simptom seperti hidung berair, mata gatal, selalu bersin boleh terjadi akibat pembiakan hama. Mereka yang mempunyai masalah asthma, mereka akan lebih sukar bernafas berbanding biasa disebabkan masalah ini. Sidai baju dalam rumah mungkin nampak remeh, tetapi mampu mendatangkan masalah bagi semua penghuni.

Setelah melihat kesan-kesan buruk ini, sangat penting untuk korang mempertimbang pilihan atau alternatif lain untuk mengeringkan baju selain sidai dalam rumah. Dua alternatif yang mudah dan diketahui ramai ialah:

1. Guna Mesin Pengering

Sumber Gambar Isocoolza

Menggunakan mesin pengering untuk mengering pakaian adalah salah satu pilihan yang mudah dan cepat bagi kita semua, tapi korang kena ingat, berwasapada dengan penggunaannya. Jika cuaca di luar rumah selalu hujan, maka mengeringkan baju dengan menggunakan mesin ini ialah pilihan yang sangat ideal. Namun begitu, mesin pengering ini menggunakan sangat banyak tenaga elektrik dan boleh menyebabkan bil elektrik rumah korang naik.

Penggunaannya pula mestilah betul-betul mematuhi arahan dalam buku manualnya terutama tempat lokasi tempat pelepasan haba dari mesin tersebut bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kebakaran. Cara lain yang lebih mudah, selamat dan secara relatifnya murah untuk mengeringkan pakaian menggunakan mesin pengering ialah dengan menggunakan mesin yang terdapat di kedai dobi layan diri, kerana semuanya sudah tersedia untuk digunakan.

2. Guna ‘Transparent Roof’ untuk ‘Awning’ Rumah

Sumber Gambar MuiFatt

Selalu kalau kita lihat di rumah-rumah orang akan menggunakan atap jenis zink apabila nak buat awning rumah. Alternatif yang lebih elok ialah sekiranya menggunakan atap jenis transaparent supaya mudah untuk menjemur baju di luar rumah. Hal ini kerana apabila hujan, baju korang tak basah, apabila panas pula baju korang akan tetap terdedah dengan cahaya matahari untuk dikeringkan. Sinaran UV dalam cahaya matahari mampu membunuh kuman dan bakteria pada pakaian korang menjadikannya lebih bersah dan berbau segar.

Nak disimpulkan, korang dah tahu beberapa kesan buruk jika sidai baju dalam rumah dan sebaik-baiknya elakkan dari melakukan perkara tersebut demi kesihatan diri sendiri dan mengekalkan rumah dalam keadaan elok. Alternatifnya pula, ikuti langkah mengikut kemampuan dan kesesuaian masing-masing. Cuci baju sekolah guna sabun buku je boleh bersih putih, tak percaya tengok SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button