KenderaanCara Mudah

Nak Naik LRT / MRT / Monorel RM5 Je Sehari Tanpa Had? Ini Cara Beli 1 Day Pass RapidKL Sesuai Bawa Anak Jalan Pusing KL

Cara Beli MyCity Pass RapidKL Untuk Naik LRT, MRT, Monorel & BRT

Ramai lagi tak tahu boleh naik LRT, MRT, Monorel dan BRT RapidKL menggunakan MyCity Pass iaitu tiket tanpa had bagi 1 hari atau 3 hari. Bila guna pass ni, kita akan lebih jimat kerana boleh pergi ke mana-mana destinasi dengan hanya membayar sekali bayaran sama ada RM5 (1 hari) atau RM15 (3 hari). Contohnya kalau kita hendak bersiar-siar di Kuala Lumpur, boleh beli pass ini dan turun di mana-mana stesen tren yang dikendalikan RapidL tanpa had. Memang untung sangat!

MyCity Pass ini meruparakn pas perjalanan yang ditawarkan hanya kepada rakyat Malaysia bagi penggunaan tanpa had untuk rel Rapid KL termasuklah LRT, MRT, Monorel dan rangkaian BRT selama 1 hari atau 3 hari. Ianya adalah berdasarkan kiraan kitaran hari, dan boleh membeli pas pada bila-bila masa sepanjang bulan. Namun ianya terhad kepada Warganegara sahaja. Sangat berbaloi sebab boleh beli hari-hari mana yang kita nak kan? Waktu cuti sekolah pun bagus guna benda ni.

Cara Beli MyCity Pass RapidKL Untuk Naik LRT, MRT, Monorel & BRT

Berikut adalah cara untuk membeli dan menggunakan MyCity Pass RapidKL:

Jenis Pas

Pas 1 Hari MyCity

  • Harga: RM5
  • Tempoh Sah: 1 hari
  • Minimum baki nilai dompet: RM5 

  • Pembelian kali pertama : RM15 termasuk nilai dompet RM5 dalam kad Touch N ‘Go dengan harga kad RM5

Pas 3 Hari MyCity

  • Harga: RM15
  • Tempoh Sah: 3 hari
  • Minimum baki nilai dompet: RM5 
  • Pembelian kali pertama : RM15 termasuk nilai dompet RM5 dalam kad Touch N ‘Go dengan harga kad RM5

Lokasi Pembelian

Untuk membeli MyCity Pass, bolehlah mendapatkannya daripada Pejabat Pelanggan Rapid KL di:

  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen MRT
  • Semua stesen Monorel
  • Semua stesen BRT

Cara Beli MyCity Pass

  1. Pemohon hendaklah membawa MyKad ke mana-mana Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL Rail atau BRT
  2. Tunjukkan Mykad kepada pegawai Khidmat pelanggan semasa pembelian pas untuk tujuan pengesahan
  3. Setelah disahkan, kemukakan kad Touch ‘N Go (boleh gunakan Mykad juga jika tidak ingin membeli kad TNG) untuk dikodkan dengan MyCity Pass.
  4. Pastikan baki minimum RM5 tersedia dalam kad Touch N’ Go tersebut bagi memasuki rangkaian rel atau BRT Rapid KL

Jika tiada kad Touch ‘N Go, boleh membelinya di semua kaunter perkhidmatan pelanggan LRT, MRT, Monorel dan BRT dan juga di:

  • Farmasi
  • Kedai Serbaneka
  • Kiosk Petrol
  • TNG Spot
  • TNG Hub
  • Pusat Pengalaman Pelanggan TNG, (CEC)

*Harga kad Touch ‘n Go adalah RM15.00 (Harga kad RM5 dan nilai dompet RM10)

 

Pas Perjalanan Tanpa Had My50

Bagi mereka yang sering menggunakan pengangkutan awam RapidKL seperti LRT, MRT & Monorel ini, adalah lebih berbaloi jika menggunakan Pas Perjalanan Tanpa Had My50. Pas My50 adalah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk warganegara Malaysia bagi perkhidmatan Rapid KL, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang.

Cara memohon Pas Perjalanan My50 boleh rujuk pautan di bawah:

 

Berbaloi kan nak beli MyCity Pass RM5 atau RM15 ini,  lebih mudah untuk kita guna jika ingin bersiar-siar di bandar Kuala Lumpur atau Selangor. Tak perlu beli tiket di setiap stesen malah lebih jimat kerana sekali bayaran sahaja. Jika ingin membawa anak-anak berjalan makan ingin sewaktu cuti sekolah juga amatlah sesuai menggunakan pas ini. Tips jimat sewaktu bercuti boleh rujuk panduan di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button