KenderaanInformasi

DILANJUTKAN: Pengecualian Pembaharuan Lesen Memandu Dan Roadtax Kenderaan Persendirian hingga 31 Julai 2021

Dibenarkan Tidak Renew Lesen Memandu & Kenderaan Persendirian

Berita baik buat semua rakyat Malaysia, baru-baru ini Menteri Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, telah mengumumkan pelanjutan inisiatif kelonggaran pembaharuan lesen memandu dan roadtax susulan Total Lockdown fasa pertama

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), kerajaan akan memberikan pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi tujuan memperbaharui Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Kenderaan Motor Persendirian (LKM) berkuatkuasa 1 Jun hingga 31 Julai 2021.

TERKINI: Kerajaan melanjutkan pengecualian untuk tujuan memperbaharui Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian iaitu mulai 1 Jun hingga 31 Julai 2021

Pengecualian Pembaharuan LMM Dan LKM Persendirian hingga 31 Julai

Pemberian ini diberikan susulan Total Lockdown Fasa 1 yang dilaksanakan bagi menurunkan kes COVID-19 di negara kita. Justeru inisiatif ini dapat membantu meringankan beban rakyat sekarang yang terkesan dan tidak dapat keluar bekerja (sektor bukan perkhidmatan perlu) mahupun berniaga yang kurang sambutan susulan semua digalakkan duduk di rumah jika tiada urusan di luar

Walau bagaimanapun, para pemandu diingatkan agar memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah serta menunjukkan salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans mereka kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.

Ingin diingatkan juga bahawa pemegang lesen memandu dan roadtax kenderaan yang telah atau bakal tamat tempoh mestilah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh pengecualian diberikan iaitu 1 Ogos hingga 30 September 2021

Baca Juga : Cara Renew Lesen & Roadtax Online

Pengecualian tesebut turut diberikan kepada pemilik Kenderaan Perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV). Jika sebelum ini tidak termasuk, pada kali ini dimasukkan sekali.

Jadi dengan pengumuman daripada JPJ ini, dapatlah kita jimat duit untuk dua bulan ini iaitu Jun dan Julai. Kalau lesen memandu nak renew dah RM30 untuk setahun lepastu roadtax kereta pun paling-paling kereta saga dah lebih kurang RM70 setahun. Jimat dekat RM100 juga tu. Boleh buat beli barang keperluan rumah.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button