MakananCara Mudah

Ini Cara Sediakan 6 Pes Masakan Mudah & Cepat Untuk Masak Lauk Sahur. Tak Perlu Bangun Awal-Awal Pagi!

Cara Mudah Sediakan Lauk Sahur Dengan 6 Resepi Pes Masakan

Senangnya kalau ada pes masakan dah siap tinggal nak masak je. Ramadhan pun semakin dekat. Selalunya, kita kena bangun sejam lebih awal daripada ahli keluarga yang lain untuk memasak lauk sahur terlebih dulu, dan benda ni kadang-kadang meletihkan. Ada cara sebenarnya untuk memudahkan kerja memasak lauk sahur setiap hari iaitu dengan menyediakan pes masakan siap-siap. Pes masakan ni korang sediakan pada sehari sebelum mula puasa pun boleh sebab ia tahan lama. 

6 Pes Masakan Untuk Memudahkan Kerja Memasak Lauk Sahur

Dengan adanya pes masakan ni, nanti tak perlulah korang bangun awal sangat untuk memasak sebab pes nak memasaknya dah tersedia ada pun. Tinggal nak mula menumis saja lepastu masukkan ayam atau daging ke seafood yang korang nak masak tu. Di bawah ni, kitorang senaraikan cara menyediakan 6 jenis pes masakan untuk memudahkan kerja memasak lauk sahur hasil perkongsian saudari Rarra Sakura.

Sumber Gambar Facebook

1. Pes Sambal Ijo

Pasti selera naik kalau waktu sahur dapat makan makanan bersambal. Mengantuk pun terus hilang! 

  • Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
    • 20 biji cili hijau besar*
    • 10 biji cili api hijau*
    • 10 ulas bawang merah*
    • 8 ulas bawang putih*
    • 5 biji tomato hijau muda*
    • 1 kiub bilis
    • 3 helai daun limau purut
  • Rebus bahan yang bertanda (*) sehingga sedikit lembut. Kemudian tumbuk dengan lesung batu ataupun kisar dengan menggunakan blender
  • Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumis semua bahan tadi hingga pecah minyak. 
  • Masukkan kiub bilis dan daun limau purut. Jangan lupa untuk letak garam dan gula secukup rasa. 
  • Masak sehingga kering atau menjadi pekat. Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum pindahkan ke dalam bekas kedap udara untuk disimpan di dalam freezer.

2. Pes Tom Yam

Satu lagi masakan yang boleh buat kecur liur dan hilangkan mengantuk di pagi hari.

  • Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
    • 20 biji cili kering (rebus terlebih dulu ataupun goreng sampai garing dengan minyak)*
    • 15 ulas bawang putih*
    • 10 ulas bawang merah*
    • 10 batang serai*
    • 8 helai daun limau purut*
    • 2 inci lengkuas*
    • 2 inci halia*
    • 3 sudu besar udang kering*
    • 3 cm belacan yang dibakar*
    • ¼ gula melaka
    • Air asam jawa
    • 3 sudu besar sos ikan
  • Kisar semua bahan yang bertanda (*) dengan sedikit air atau minyak goreng cili tadi.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat. 
  • Masukkan air asam jawa, sos ikan, gula melaka, dan garam secukup rasa.
  • Masak sampai pecah minyak dan teruskan memasak sehingga kering. 
  • Bila dah sejuk, boleh masukkan di dalam bekas kedap udara dan dimasukkan di dalam freezer.

3. Pes Masak Kicap Berempah

Pes kicap berempah ni korang boleh gunakan ayam, daging ataupun ikan untuk dijadikan lauk sahur.

  • Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
    • 20 biji cili kering (goreng dengan minyak sehingga garing)*
    • 10 ulas bawang merah*
    • 8 ulas bawang putih*
    • 2 inci halia *
    • Goreng tanpa minyak bahan-bahan di bawah:
      • 2 sudu besar jintan manis
      • 2 sudu besar jintan kasar
      • 1 sudu besar lada hitam biji
      • 1 sudu besar biji ketumbar
    • Air asam jawa
    • Kiub bilis
    • 4 sudu besar sos cili, sos tiram, kicap manis, dan kicap masin
  • Kisar bahan bertanda (*) dan rempah ratus dengan menggunakan minyak goreng cili tadi sehingga lumat.
  • Tumis bahan kisar sampai garing dan pecah minyak.
  • Masukkan sos-sos tadi dan perasakan dengan kiub bilis dan garam secukupnya.
  • Masak sehingga kering dan masukkan di dalam bekas kedap udara setelah sejuk sebelum disimpan dalam freezer.

4. Pes Asam Pedas

  • Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
    • 20 biji cili kering (rebus dulu)*
    • 10 biji cili merah (rebus dulu)*
    • 5 biji cili padi (rebus dulu)*
    • 15 ulas bawang merah*
    • 10 ulas bawang putih*
    • 2 inci lengkuas*
    • 2 inci halia*
    • 2 inci belacan bakar*
    • 1 sudu besar biji ketumbar
    • 1 sudu besar jintan manis
    • Air asam jawa
  • Kisar bahan bertanda (*) sampai lumat. Panaskan minyak dan tumis sampai garing dan pecah minyak.
  • Perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula. Masak sehingga pekat atau kering.
  • Bila dah sejuk, masukkan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer.

5. Pes Cili Padi

Pes ni sangat sesuai untuk memasak gulai yang tak gunakan bawang.

  • Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
    • 20 biji cili padi merah (rebus)
    • 20 biji cili merah besar (rebus)
    • 2 inci kunyit hidup
  • Kisar semua bahan dengan sedikit air. Pastikan guna air panas.
  • Boleh simpan terus dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam freezer.

6. Pes Sambal Serbaguna

Selain daripada memasak sambal, pes ni juga boleh digunakan untuk memasak kuetiau atau mi goreng.

  • Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
    • 20 biji cili kering (rebus)*
    • 20 biji cili merah (rebus)*
    • 4 biji tomato*
    • 15 ulas bawang merah*
    • 10 ulas bawang putih*
    • 2 inci halia*
    • ¼ gula melaka
    • 4 sudu besar sos cili dan sos tiram
    • 1 kiub bilis
  • Kisar semua bahan (*) dengan sedikit air.
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak atau garing.
  • Masukkan gula melaka, kiub bilis, air asam jawa dan sos. Jangan lupa perasakan dengan garam secukupnya.
  • Masak sehingga jadi kering. Lepas dah sejuk, boleh masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam freezer.

Bila dah ada pes masakan, semuanya lebih mudah! Selain itu, ada beberapa lagi tips dan petua masakan yang korang boleh ikut untuk jadikan waktu memasak korang menjadi lebih cepat dan mudah, boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button