Cara MudahRumah

Petua Senang Untuk Hilangkan Kotoran Degil Dekat Pinggan, Periuk dan Kuali

Cara Mudah Hilangkan Kotoran Degil Pada Pinggan Mangkuk, Periuk Dan Kuali

Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk memudahkan kita basuh pinggan yang masih ada sisa-sisa minyak dan kotoran degil. Pernah rasa macam nak buang je pinggan yang susah nak hapuskan minyak dan segala sisa lemak yang masih juga melekat walaupun dah berapa banyak kali bilas. Bila tengok periuk dengan kuali pula ada bekas-bekas hitam lepas kita masak tu. Wah! Jadi sakit mata tengok sebab dah cuci banyak kali pun, macam tu juga! Nak kena buat apa ni?

Tips Mudah Macam Mana Nak Basuh Pinggan Dan Periuk Ada Kotoran Degil Sampai Bersih Dan Berkilat

Sumber Gambar Theactivetimes

First sekali korang kena tau ada beberapa teknik kalau nak start basuh pinggan dengan mudah. Korang kena asingkan dulu perkakas ikut kategori macam pinggan, mangkuk, cawan, dan sudu. Basuh perkakas yang paling kecil dulu iaitu sudu dan cawan. Kenapa? Sebab nanti minyak daripada pinggan dan mangkuk semua tak melekat ke cawan. Lepas tu baru boleh teruskan dengan pinggan, mangkuk dan akhir sekali kuali.

Alat yang anda boleh gunakan untuk dapatkan pinggan bersih dengan mudah:

  1. Kena pandai pilih span yang bagus. Span yang bagus adalah bila letak sabun sikit pun, buih pada span tu akan kekal lama.
  2. Pakai cuka! Ya, cuka. Sediakan satu besen kecil yang dah ada air panas. Bukan air panas menggelegak ya! Air panas-suam macam tu. Lepas tu letak lah sabun pembersih pinggan kegemaran anda sekali dengan cuka dalam tu. Rendam kejap pinggan kotor dalam air yang dah dicampur tu lepas tu boleh lah bilas macam biasa. Kan senang?
  3. Serbuk soda penaik pun berkesan juga nak hilangkan bau bau yang tak diingini dekat pinggan mangkuk anda. Boleh campurkan dalam sabun basuh pinggan kegemaran anda.  Gunakan sikit sahaja tak perlu banyak.

Petua untuk hilangkan bekas-bekas hitam di kuali dan periuk

Bila masuk dapur ni, kuali tu dah jadi macam aset untuk nampakkan dapur nampak sentiasa bersih dan cantik je kan? Boleh sakit mata tengok kuali dengan periuk yang digantung tu ada kerak dan karat. Kita jenuh fikir macam mana nak kilatkan balik semua ni nak bagi nampak macam baru! Rupanya mudah je, tengok cara ni.

1. Pakai Sabun Cap Buruh Je!

Ni paling berkesan. Sabun ni pernah viral satu ketika dulu. Boleh dapatkan sabun ni dekat Mydin terdekat. Harga dia RM4.80 je! Dalam tu ada dalam 10 buku sabun yang saiz dia lebih kurang macam sabun mandi kita tu.

Dah ada sabun tu, boleh lah mulakan aktiviti menyental kuali untuk buangkan segala jenis hitam di kuali tu. Confirm berkilat balik ni! 

Sumber Gambar Yayaazura

2. Soda Bikarbonat Penyelamat Anda!

Memang rata-rata ramai cadangkan untuk guna Soda Bikarbonat kalau nak hilangkan segala jenis hitam dekat kuali dan periuk. Korang cuma perlukan air sikit sahaja dan juga berus dawai. Campurkan air yang sikit tu je dengan soda bikarbonat dalam dua sudu makan. Lepas tu boleh mula menggosok di kawasan hitam kuali sampai lah hilang. Dah habis tu, bilas lah dengan air! Selamat mencuba!

Sumber Gambar Xtra

3. Kulit Nanas Pun Boleh Hilangkan Hitam Kat Kuali! Macam Tak Percaya kan?

Eh kenapa jangan buang kulit nanas? Sebab kulit nanas ni pun boleh hilangkan bekas bekas hitam dalam kuali akibat air rebusan. Rebus kulit nanas tu dalam kuali anda. Make sure air kena lebih daripada bekas hitam rebusan tu. Rebus sampai mendidih. Gosok nanas tu di sekliling kuali tu gunakan senduk. Dah macam yakin hilang sikit, boleh buang air rebus nanas tu dan boleh mula menyental.

Sumber Gambar Iluminasi

4. Asam Keping Pun Boleh Buat Kuali Berkilat!

Rebus lebih kurang 8 asam keeping dalam periuk yang besar (yang korang boleh masukkan kuali atau periuk yang nak dibersihkan bagi berkilat tu). Lepas tu didihkan lah air asam keeping tu sampai mendidih. Boleh masukkan kuali ataupun periuk dalam air asam keping tadi dan rendamkan sekitar 4 ke 5 minit. Bila keluarkan kuali/periuk dari air asam tu dan korang boleh sental guna sabun dan juga berus dawai. Masa menyental tu jangan guna banyak air ya!

Dah tahu cara nak cuci pinggan dan periuk dengan mudah untuk hilangkan kotoran degil ni bolehlah rajin-rajin cuci pinggan ya tolong mak atau isteri di dapur tu. Kalau nak tahu cara cuci bekas berminyak dengan mudah boleh tengok SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button