InformasiPermohonan

Cara Semak Program PRIHATIN Kasih: Bantuan RM100/bulan Untuk 3 Bulan Melalui MyKad

Semakan Kelayakan Bantuan Program Prihatin Kasih (MyKasih)

Terkini menerusi Kenyataan Media Kementerian Kewangan Bertarikh 5 Julai 2021, kementerian memaklumkan bahawa projek perintis Program PRIHATIN Kasih telahpun bermula pada 1 Julai 2021 di Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pelaksanaan PKPD. Program ini bertujuan menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar.

Inisiatif bantuan barangan dapur ini disalurkan dengan cara tanpa tunai atau cashless menerusi penggunaan MyKad dan akan memberi manfaat kepada 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara. Program ini juga telah diumumkan sebagai salah satu langkah pakej PEMERKASA, bagi membantu kos sara hidup bagi golongan miskin bandar

TERKINI: Bayaran SARa Mulai Isnin, 17 Julai 2023

Panduan lanjut: Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Semakan Kelayakan Bantuan Program Prihatin Kasih

Sebagai makluman semua, menerusi pemerhatian MysumberTV, tiada permohonan akan dibuka bagi program ini. Ini kerana menurut kenyataan media tersebut, keluarga yang menerima PRIHATIN Kasih telah dipilih daripada keluarga miskin bandar, dengan mengambil kira pangkalan data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan e-Kasih yang seterusnya disemak silang dengan pengkalan data BPR.

Justeru penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status masing-masing sebagai penerima manfaat di bawah program ini. Mesej juga akan mengandungi tarikh serta masa bagi sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh layari pautan di bawah:

Kadar Bantuan

Program PRIHATIN Kasih melibatkan bantuan bulanan iaitu:

  • RM100 untuk sebulan
  • Diberikan selama 3 bulan
  • Dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad
  • Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya
  • Baki elaun boleh digunakan sehingga akhir tahun

Barangan makanan asas yang boleh dibeli termasuklah:

  • makanan dalam tin
  • susu bayi
  • beras
  • minyak masak
  • telur
  • dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah

Program PRIHATIN Kasih ini melibatkan lebih daripada 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara termasuklah:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • serta kedai-kedai runcit

Fasa Pertama yang telah pun dilaksanakan bermula pada 1 Julai 2021 di Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan maklumbalas positif dari penerima. Fasa selanjutnya akan dilancarkan seperti berikut:

NegeriBulan Pelaksanaan
Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan TerengganuOgos 2021
Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan SarawakSeptember – Oktober 2021

 

Menurut kenyataan media yang sama juga, Program MyKasih ini adalah pelengkap kepada Program Bakul Makanan yang telah pun diumumkan dalam pelbagai pakej-pakej bantuan termasuk:

  1. PERMAI: Program Bakul Makanan bernilai RM50 juta;
  2. PEMULIH: Program Bakul Makanan nasional di mana RM80 juta telah diperuntukkan, dengan agihan RM300,000 bagi setiap Ahli Parlimen, termasuk dari Parti Pembangkang. Peruntukan ini telahpun disalurkan kepada semua ahli Parlimen bermula 1 Julai 2021. Bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi, peruntukan ini akan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik dan Majlis Perbandaran Sandakan. Baki selebihnya adalah untuk pengagihan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli.

Selain itu, bagi rakyat yang memerlukan juga boleh memanfaatkan program agihan makanan yang dikelolakan oleh pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat; Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Program Gerobok Rezeki).

Untuk mendaptkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi MyKasih di talian 03-7720188 atau hantarkan emel ke info@mykasih.com. Boleh juga layari laman web rasmi mereka di http://www.mykasih.com.my/

Semoga berjaya dan terpilih dalam mendapat bantuan ini. Sebarang maklumat lanjut boleh terus hubungi pihak Kementerian Kewangan Malaysia untuk info lebih jelas.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button