MakananResepi

Sahur Paling Mudah Dan Berkhasiat Malah Boleh Tahan Lapar Lebih Lama Tanpa Makan Nasi, Susu Kurma Homemade

Cara Mudah Sediakan Sahur Paling Cepat Tetapi Bertenaga

Macam mana nak buat resepi susu kurma homemade? Dah beberapa hari puasa ni, pasti ada hari yang korang terlambat bangun sahur ataupun terlepas sahur kan? Yelah semalam nya mungkin dah penat solat tarawikh 20 rakaat, malam tu tidur hujan lebat pula pasti terlena lebih. Lepastu kadang-kadang kita sibuk kerja dan beribadat sampai tak sempat nak sediakan makanan sahur.

Sahur itu bukan sahaja penting untuk tenaga, malah untuk keberkatannya juga. Seperti Hadith diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095). Jadi penat macam mana pun kita mesti cuba untuk bersahur.

Cara Mudah Sediakan Hidangan Sahur Paling Cepat Tetapi Bertenaga, Susu Kurma Homemade

Korang tahu tak ada sejenis hidangan yang amat ringkas dan mudah untuk disediakan bagi bersahur namun khasiatnya adalah amak baik malah lebih bertenaga. Ini adalah pengalaman sendiri saudari Nana Ruzanna menerusi perkongsiannya di Facebook. Berdasarkan pengalamannya, beliau tidak makan nasi pada waktu sahur tetapi perutnya tetap kenyang sepanjang hari malah tidak letih.

Malah pada ketika itum beliau yang tengah mengandung tetap mampu bertahan 19 jam berpuasa tanpa masalah. Beliau juga berkata minuman ini sesuai untuk diminum oleh anak-anak yang baru mahu belajar berpuasa. Dengan hanya tiga bahan sahaja, berikut adalah cara untuk menyediakan susu kurma homemade:

Resepi Susu Kurma Homemade

Bahan-bahannya adalah:

  • 5 biji kurma
  • Susu segar satu cawan
  • Air masak setengah cawan

Jumlah bilangan kurma tersebut adalah mengikut citarasa tetapi digalakkan dalam bilangan ganjil untuk mengikut sunnah nabi

Cara-caranya adalah:

1. Kurma dibuang bijinya, dicarik-carikkan isinya dan rendam dalam air

Masukkan kurma yang telah dibuang biji dan dicarik isi ke dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendaman sehingga kurma kembang. Boleh rendam sebelum tidur ataupun sekejap sahaja asalkan kurma itu kembang

2. Kisar rendaman kurma bersama secawan susu segar

Kalau ada pengisar atau blender untuk jus ataupun pengisar tangan boleh gunakan dan kisar sehingga sebati. Hidangan siap untuk diminum.

Boleh lah minum ketika penutup sahur. Maksudnya dah dekat nak imsak lah baru minum. Diingatkan juga jangan lupa berselawat ke atas nabi dan mohon Allah mempermudahkan puasa kita. InshaAllah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.

Mudah je kan nak sediakan makanan sahur ni? Ada orang jadi kreatif sikit mereka tambahkan oat dan buah-buahan lain yang sesuai seperti pisang, strawberi dan sebagainya. Boleh cuba dulu dan lihat hasilnya nanti! Rasa susah nak siapkan makanan sahur untuk keluarga? Boleh buat pes masakan sahur siap-siap dan tinggal tumis sahaja pada waktu sahur, baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button