InformasiKesihatan

Selamat Ke Tidur Dalam Kereta? Ada Yang Mati Sebab Gas Bocor. Ini Penjelasannya.

Tips Jika Ingin Tidur Dalam Kereta Apa Perlu Buat

Mesti ada di antara kita yang pernah tidur dalam kereta kan? Kadang tu bukan nak tapi terpaksa sebab dah penat sangat kalau tak tidur mungkin lagi bahaya sebab boleh kemalangan akibat micro sleep. Jadi mahu tak mahu kena juga tidur seketika dalam kereta. Kalau memang sekejap je tak ada masalah tapi kalau dah penat tu terlajak tidur bahaya juga. Sebab banyak kes  meninggal dalam kereta kerana terhidu gas monoksida sewaktu tidur dalam kereta.

Kalau nak tidur buka tingkap memang bagus, cumanya kalau dah malam macam bahaya pula nak biarkan tingkap terbuka lepastu ada nyamuk lagi. Kalau siang pula mungkin panas kalau buka tingkap jadi memang buka aircond kereta je untuk lebih selesa tidur dalam kereta. Tapi ramai antara kita yang tak tahu sebenarnya bahaya jika tidur lama di dalam kereta dengan pendingin hawa dihidupkan tanpa membuka tingkap.

Tips Jika Terpaksa Tidur Dalam Kereta Kerana Mengantuk

Kenapa tidur dalam kereta berbahaya dan apa yang kita boleh buat? Penjelasan lanjut di bawah.

Kenapa Bahaya Dan Boleh Membunuh?

Jika enjin kenderaan dihidupkan untuk tempoh masa yang lama, kebarangkalian kebocoran gas daripada ekzos dan masuk ke kabin boleh berlaku. Keracunan karbon monoksida berlaku selepas menghirup karbon monoksida (CO) iaitu sejenis gas yang sangat toksik. Karbon monoksida ini tidak berbau dan juga tidak berwarna. Jadi memang tak akan sedar jika sedang menyedut gas tersebut.

Karbon monoksida yang disedut akan bergabung dengan hemoglobin dan membentuk karboksihemoglobin (HbCO) di dalam darah. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke sel-sel badan. Hemoglobin ini lah yang menghantar atau mengangkut gas yang disedut dari paru-paru dan dibawa ke seluruh badan.

Justeru pembentukan karbosihemoglobin akan menghalang oksigen daripada bergabung dengan hemoglobin. Jadi tiada oksiden akan dihantar pada sel badan seterusnya kerosakan organ boleh berlaku dan lebih teruk menyebabkan kematian.

 

Betul Ke Turunkan Tingkap Dapat Kurangkan Risiko? 

Ada juga yang kata kalau turunkan tingkap sikit boleh elakkan risiko lemas ini daripada terjadi. Tapi sebenarnya walaupun tingkap dah dibuka, pengumpulan karbon monoksida tetap boleh berlaku jika enjin dibiarkan dalam keadaan idle. Tambahan lagi gas ini tak dapat dilihat, dihidu atau didengar.

Berbanding kalau kita berjaga, mungkin perubahan dan tandanya akan dapat dirasai seperti berasa tidak selesa, mual, pening, loya dan sebagainya. Tetapi apabila sedang tidur, badan akan terus berasa lemah sehingga ia digelar ‘pembunuh senyap’ dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death)

Ini pentingnya pengaliran oksigen untuk memastikan tubuh kita dapat berfungsi. Seperti yang semua maklum, asap ekzos mengandungi pelbagai jenis gas berbahaya. Walaupun tak berlaku kebocoran, gas-gas tersebut tidak dapat dibebaskan dengan lancar ke persekitaran disebabkan kenderaan tidak bergerak.

Selain boleh menyebabkan pencemaran, gas-gas beracun ini juga boleh masuk ke dalam kereta dengan tingkap yang dibuka. Bila kereta tak bergerak, tiada udara baru yang masuk. Pengaliran oksiden juga tidak berlaku dengan baik. Risiko untuk berlaku keracunan karbon monoksida akan meningkat.

 

Tindakan Yang Betul Sepatutnya Dilakukan

Untuk mencegah perkara ini daripada berlaku, pastikan lakukan perkara berikut:

1. Pastikan Pendingin Hawa (aircond) kenderaan diperiksa dan diselenggara mengikut jadual atau sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan

2. Jangan amalkan tidur di dalam kenderaan dalam keadaan enjin masih hidup walaupun tingkap telah dibuka

3. Berehatlah di tempat yang sesuai dengan keluar dari kenderaan untuk segarkan dan rehatkan badan seperti di pondok dan sebagainya.

4. Tolong elakkan daripada meninggalkan anak-anak bersendirian di dalam kenderaan. Ini kerana risiko kanak-kanak lemas lebih tinggi daripada orang dewasa.

Sumber: Dr Ahmad Samhan

 

Jadi lepasni dah tahu selamat atau tidak tidur dalam kereta ni kan. Jangan lupa kongsikan info ini kepada orang lain agar lebih ramai tahu dan selamat daripada berlakunya kejadian yang tidak diinginkan. Kalau tak tahu gearbox kereta pun perlu pakai dengan betul agar tak mudah rosak. Baca lanjut di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button