PermohonanRumah

Cara Mohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Bina Rumah & Baik Pulih

Panduan Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah salah satu bantuan yang disediakan dalam program pembasmian kemiskinan luar bandar di bawah komponen Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Ianya bertujuan meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina rumah ataupun membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asasa perkembangan sesebuah keluarga.

Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuatkuasa. Buat tahun 2022, kadar garis kemiskinan di peringkat nasional untuk sebuah keluarga adalah RM2,208. Untuk kriteria kelayakan pula akan dijelaskan secara lanjut di bawah. Jadi kalau ibu bapa atau saudara mara kita kat kampung tu layak boleh lah mohon.

Cara Mohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Bina Rumah & Baik Pulih

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai rumah PPRT seperti jenis bantuan, cara mohon dan maklumat lain yang berkaitan.

TERKINI: PPRT Dijenamakan Kepada Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PPRKM)

Pada 12 September 2022, Menteri Pembangunan Luar Bandar telah mengumumkan penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PPRKM)

Kadar Projek Bina Baru Dinaikkan

Selain itu kadar baharu untuk projek bina baru PPRKM dinaikkan daripada RM56,000 kepada RM66,000 seunit di Semenanjung. Untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Labuan) dinaikkan daripada RM68,000 kepada RM79,000 seunit

Kadar Projek Baik Pulih Dinaikkan

Untuk projek baik pulih rumah pula, kadar maksimum juga dinaikkan daripada RM13,000 kepada RM15,000 di Semenanjung, sementara di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar maksimum dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM17,000.

Jenis Bantuan PPRT

Menurut laman web Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan juga kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak kerajaan.

Skop Bantuan PPRT terbahagi kepada 2 jenis atau kategori iaitu:

1. Bina Baharu

Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah ataupun rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

2. Baik Pulih 

Untuk jenis baik pulih, ianya melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:

  1. Penyelenggaraan
  2. Penambahbaikan; dan
  3. Requisition;
  • Skop bantuan untuk baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah. (Sila rujuk lampiran A untuk senarai yang dibenarkan)
  • Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu

 

Kriteria Pemohon

Seperti dimaklumkan, kumpulan sasar PPRT adalah:

  • Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuatkuasa.

Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang layak pula adalah seperti berikut:

  • Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); ataupun
  • Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di               peringkat negeri; ataupun
  • Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; ataupun
  • Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

 

Syarat Bantuan PPRT

Bina Baharu

Untuk bantuan jenis Bina Baharu, ianya boleh diberikan kepada peserta yang:

  • Tidak mempunyai rumah;
  • Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
  • Tidak ekonomik untuk dibaiki;
  • Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  • Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah

Baik Pulih

Untuk bantuan jenis Baik Pulih pula, ianya boleh diberikan kepada peserta yang:

  • Mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Mendapat kebenaran untuk membaik pulih untuk kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.

 

Keutamaan Bantuan PPRT

Selain daripada memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan juga akan diberikan kepada:

  • Warga emas;
  • Orang kurang upaya (OKU);
  • Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  • Mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang

 

Kadar Bantuan

Bina Baharu

Bil

Kawasan

Jenis Rumah

Kadar Rumah* (RM)

1

Semenanjung

3 Bilik

(660 kps)

56,000 66,000

2

Sabah / Sarawak / W.P. Labuan

3 Bilik

(660 kps)

68,000 79,000

Rumah Panjang

(715 kps)

 

Baik Pulih

WILAYAH

Kos Maksimum Baik Pulih (RM)

Semenanjung

13,000 15,000

Sabah / Sarawak / W.P. Labuan

15,000 17,000

 

Cara Mohon PPRT

Untuk memohon skim bantuan PPRT, pemohon boleh membuat secara online mengikut langkah berikut:

1. Layari Portal eSPKR seperti di bawah dan klik Program Perumahan Rakyat Termiskin :

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Semak

3. Isikan maklumat peribadi yang diperlukan dan klik seterusnya

4. Isikan maklumat pemilikan harta ketua isi rumah dan klik seterusnya

5. Isikan maklumat perhubungan dan klik seterusnya

6. Isikan maklumat permohonan (muat naik gambar tapak) dan klik seterusnya

7. Sahkan perakuan pemohon dan klik Hantar Permohonan


Nota: Permohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (jika ada) sebelum menghantar permohonan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

Baca Juga: Cara Mohon Rumah PPR (Sewa Serendah RM124 sebulan)

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button