KesihatanCara Mudah

Tips Melecur Terkena Minyak Panas Atau Api. Jangan Letak 4 Benda Ini!

Cara Mudah Rawat Kesan Lecur Tips Melecur

Bila bercakap mengenai tips melecur pasti ramai yang pernah dengar macam-macam petua kan. Melecur ni boleh berlaku dalam banyak situasi antaranya yang paling kerap terjadi apabila terkena minyak panas. Waktu menggoreng atau memasak di dapur tu tiba-tiba terpercik kena ke tangan ataupun kulit anggota badan kita yang lain. Selain itu terkena air panas seperti ingin membuat air panas atau susu anak juga boleh menjadi punca melecur.

Memang kadang tu waktu panik kita tak boleh berfikir dengan waras dan terus buat apa yang kita ingat betul. Ya lah siapa tak takut dan sakit bila terkena minyak atau air panas kan. Rasa perit dia bukan sahaja waktu terkena, malah akan lebih sakit setelah itu. Jadi kalau tak rawat dengan betul, makin tak tahan lah sakit yang terpaksa ditanggung selepas itu. Untuk mengelakkan perkara sebegitu terjadi, ikuti tips melecur yang akan dikongsikan di bawah ini.

Cara Mudah Rawat Kesan Lecur Tips Melecur

Antara tips yang boleh dilakukan dan petua yang harus dielakkan apabila melecur adalah seperti di bawah. Sebelum itu ketahui juga kategori melecur atau luka kebakaran seperti berikut:

Kategori Melecur / Luka Terbakar

Luka Terbakar Tahap Pertama 

Disebabkan oleh faktor risiko yang kurang berbahaya seperti terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama atau dipanggil sunburn.

  • Melibatkan permukaan kulit sahaja (epidermis)
  • Mengakibatkan kesakitan dan kemerahan yang tidak teruk
  • Memerlukan cara merawat luka melecur yang biasa seperti saranan doktor

Sumber Gambar Facebook

Luka Terbakar Tahap Kedua 

Disebabkan oleh faktor risiko yang agak berbahaya contohnya terkena air panas dan boleh mengakibatkan pelbagai jangkita kepada kulit.

  • Melibatkan lapisan kulit yang kedua (dermis)
  • Mengakibatkan kesakitan, kemerahan serta keluarnya lendir seakan nanah
  • Memerlukan kaedah graf kulit atau ganti kulit bagi merawatnya sekiranya teruk

 

Luka Terbakar Tahap Ketiga 

Disebabkan oleh faktor risiko yang sangat berbahaya seperti terkena minyak panas, besi panas, renjatan elektrik ataupun bahan kimia yang bersifat menghakis.

  • Membabitkan kesemua lapisan kulit
  • Mengakibatkan kesakitan pada kulit
  • Mengakibatkan perubahan warna kulit kepada coklat atau hitam
  • Menyebabkan penderita hilang deria sakit sekiranya sistem saraf terjejas dengan teruk
  • Memerlukan kaedah graf kulit atau ganti kulit bagi merawatnya sekiranya teruk

Cara Rawat Kulit Melecur

Sebagai panduan, berikut adalah cara untuk merawat kulit melecur.

Rawatan di Rumah

Sekiranya sebahagian kulit sahaja yang melecur (kurang daripada saiz tapak tangan), ianya bolehlah dirawat di rumah dengan:

  1. Melucutkan atau buka pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati
  2. Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit
  3. Sapukan krim atau losyen yang sesuai
  4. Minum ubat paracetamol (sirao) untuk mengurangkan kesakitan
  5. Jangan pecahkan gelembung. Jika ia pecah, biarkan ia sahaja
  6. Anda perlukan imunisasi bagi menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor

Rawatan di Hospital

Rawatan lanjutan perlulah dibuat di Hospital sekiranya:

  • Keseluruhan kulit terbakar
  • Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa
  • Sekiranya ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin
  • Melecur akibat renjatan elektrik
  • Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan

Balut kawasan yang melecur dengan kaun yang bersih atau pembalut. Suntikan tetanus diperlukan sekiranya belum pernah mendapat suntukan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih daripada 5 tahun

 

Elak Petua Ini Apabila Melecur

1. Elakkan Sapu Ubat Gigi

Petua paling popular ini yang sering diamalkan oleh orang ramai. Kononnya ianya boleh memberikan kelegaan kerana ianya sejuk. Sebenarnya ia tidak membantu langsung dalam menyembuhkan kesan lecur. Malah ianya boleh merengsakan lagi luka melecur dan seterusnya mendedahkan ia kepada jangkitan kuman.

2. Elakkan Letak Mentega

Menggunakan mentega juga merupakan satu lagi petua yang ramai orang amalkan. Ini juga merupakan satu tindakan yang tiada bukti keberkesanannya. Tambahan pula ianya boleh menyebabkan luka melecur tersebut menjadi lebih teruk

3. Minyak Rambut

Walaupun minyak ataupun gel rambut mempunyai rasa yang sejuk setelah diletakkan di kesan melecur. Ianya langsung tidak membantu menyembuhkan kesan melecur. Malah bahan kandungan dalam minyak rambut tersebut dikhuatiri tidak sesuai digunakan pada kulit. Jadi tak perlu lah guna ini.

4. Putih Telur

Satu lagi petua yang sering didengari apabila terkena melecur adalah menggunakan putih telur. Apabila putih telur tidak dimasak, ianya boleh membawa risiko jangkitan bakteria. Selain itu, telur juga boleh menyebabkan reaksi alergi kepada sesetengah orang. Jadi lebih elok untuk elakkan menggunakannya.

 

Lepasni semua dah tahu macam mana nak buat kalau ada kesan melecur akibat terkena minyak panas, air panas. ekzos motor dan sebagainya. Jangan pula buat petua-petua yang dikatakan sejak zaman dulu tapi tidak betul dan sebenarnya boleh mengeruhkan lagi keadaan. Tahu tak ada amalan yang boleh diamalkan jika ada kanser, dan InshaAllah berpeluang untuk sembuh. Baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button