KewanganPekerjaan

Gaji Minimum Malaysia RM1,500 Mulai 1 Mei 2022 – Perintah Gaji Minimum 2022

Gaji Minimum Di Malaysia Terkini Bagi Pekerja Sektor Swasta

Isu gaji minimum Malaysia masih lagi menjadi perbualan hangat seluruh rakyat Malaysia dan masih lagi tidak berjaya diselesaikan. Sebelum ini banyak permintaan dan desakan daripada pelbagai pihak agar kerajaan menaikkan kadar gaji minimum di Malaysia. Jika dahulu dikatakan kerajaan akan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan, tetapi ianya masih belum lagi dilaksanakan sehingga kini.

Pada tahun 2019, kerajaan telah mengumumkan dasar di mana gaji minimum pada kadar permulaan RM1,050. Namun ianya memberikan respon negatif daripada majoriti kerana dilihat sudah tidak relevan lagi. Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) turut merasakan penetapan gaji sebanyak RM1,500 adalah lebih releven sekiranya mengambil kira beban kos sara hidup di Malaysia serta keuntungan berlebihan yang dinikmati majikan selama ini.

Gaji Minimum Di Malaysia Terkini Bagi Pekerja Sektor Swasta

TERKINI: Pelaksanaan kuat kuasa gaji minimum RM1.500 untuk majikan menggajikan pekerja kurang dari 5 orang ditangguhkan

TERKINI: Warta Kerajaan Persekutuan Perintah Gaji Minimum 2022

KEMASKINI: Kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022

Setelah desakan yang diterima daripada pelbagai pihak, kerajaan telah mengumumkan dalam pembentangan bajet 2019 iaitu akta gaji minimum swasta dinaikkan ke angka terkini pada kadar minimum seperti berikut:

  • Gaji Minimum Bandar Utama : RM 1,200
  • Gaji Minimum Selain Di Bandar Utama : RM 1,100

Sumber: Warta Kerajaan Persekutuan : Perintah Gaji Minimum 2020

Senarai Bandar Utama di Malaysia

Menurut Warta Kerajaan Persekutuan, kadar gaji minimum sebanyak RM1,200 perlu dibayar kepada seseorang pekerja yang bekerja di suatu tempat kerja dalam mana-mana kawasan bandar utama iaitu Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran seperti berikut:

Kawasan Majlis Bandaraya

  1. Johor Bahru
  2. Iskandar Puteri
  3. Alor Setar
  4. Melaka Bersejarah
  5. Pulau Pinang
  6. Seberang Perai
  7. Ipoh
  8. Shah Alam
  9. Petaling Jaya
  10. Kuala Terengganu
  11. Kuching Utara
  12. Kuching Selatan
  13. Miri
  14. Kota Kinabalu
  15. Kuala Lumpur
  16. Seremban

Kawasan Majlis Perbandaran

  1. Batu Pahat
  2. Kluang
  3. Kulai
  4. Muar
  5. Segamat
  6. Pasir Gudang
  7. Kulim
  8. Sugai Petani
  9. Langkawi
  10. Kubang Pasu
  11. Kota Bharu
  12. Alor Gajah
  13. Jasin
  14. Hang Tuah Jaya
  15. Port Dickson
  16. Jempol
  17. Kuantan
  18. Temerloh
  19. Bentong
  20. Manjung
  21. Kuala Kangsar
  22. Taiping
  23. Teluk Intan
  24. Kangar
  25. Ampang Jaya
  26. Kajang
  27. Klang
  28. Selayang
  29. Subang Jaya
  30. Sepang
  31. Kemaman
  32. Dungun
  33. Padawan
  34. Sibu
  35. Kota Samarahan
  36. Bintulu
  37. Sandakan
  38. Tawau
  39. Labuan
  40. Putrajaya

Sekiranya bekerja selain dari 56 buah bandar yang dinyatakan dalam senarai di atas maka gaji minimum yang perlu dibayar adalah bermula RM1,100

Denda Tidak Patuh Bayaran Gaji Minimum Malaysia

Sekiranya didapati ada majikan yang tidak membayar gaji pada kadar minimum yang diwartakan, majikan boleh didakwa di mahkamah seperti yang termaktub di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan juga untuk negeri Sarawak iaitu Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).

Apa yang boleh dibuat oleh pekerja adalah melaporkan salah laku majikan ini kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Untuk ketahui hak pekerja daripada majikan yang lain boleh baca lanjut di pautan berikut:

 

Gaji Minimum di Malaysia Tercorot di Asia Tenggara

Menurut laporan akhbar Utusan, Ketua Dewan Pemuda Parti Ikan bangsa Malaysia (Ikatan), menyatakan gaji minimum sebulan di Malaysia adalah antara negara di kedudukan tercorot berbanding negara-negara serantau yang lain.

Menurut beliau jika dibandingkan dengan negara jiran yang lain adalah seperti berikut:

  • Malaysia : RM1,200 : AS$287
  • Indonesia : 4.6 juta rupiah : AS$326
  • Thailand : THB 13,440 : AS$414

Melalui perbandingan ini, jelas menunjukkan Malaysia berada dalam kedudukan antara negara tercorot bagi gaji minimum di rantau ini. Sekiranya gaji minimum di Malaysia dinaikkan kepada RM1,500 sebulan, ianya bersamaan AS$357 secara tak langsung meletakkan Malaysia antara kelompok negara dengan gaji minimum tertinggi di rantau ini.

Justeru beliau menyarankan kerajaan supaya menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 secepat mungkin tanpa perlu menunggu hingga penghujung tahun 2022. Beliau berkata lagi bahawa peningkatan gaji akan meningkatkan kos operasi, namun turut meningkatkan permintaan barangan dan perkhidmatan domestik, sekaligus akan memberi impak besar kepada ekonomi tempatan oleh kerana rakyat akan mempunyai lebihan wang untuk berbelanja.

Utusan Malaysia juga pernah melaporkan majika di negara ini ‘paling kedekut’ di Asia Tenggara dari segi bayaran upad apabila hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji. Maka diharapkan kerajaan boleh memberi keutamaan dalam isu gaji minimum baharu bagi membantu golongan yang amat memerlukan khususnya golongan B40.

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button