MakananRumah

Ini Jenis Sayur-Sayuran Buat Yang Masih Tak Tahu & Tips Memilih Sayur Segar

Tips Mudah Pilih Sayur Segar & Jenis-Sayur-Sayuran

sayur segar

Sumber Gambar Britannica

Memilih sayur segar sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang rumit untuk sesetengah orang. Terutamanya bagi mereka yang jarang dan tak suka makan sayur. Walaupun mungkin ada antara korang yang tengah baca ni tak suka makan sayur, korang juga wajib baca dan tahu cara untuk memilih sayur segar kerana lambat laun, korang pasti akan disuruh oleh ibu bapa, isteri atau suami untuk membeli sayur di pasar.

Si suami khususnya bila isteri minta tolong belikan barang dapur mesti ada yang tersalah beli lah, beli yang dah tak elok dan sebagainya. Jika perkara itu terjadi, korang jangan risau dan panik, ini tips mudah yang korang boleh ikuti untuk memastikan sayur yang korang beli itu masih segar dan jenis-jenis sayuran agar tak tersalah beli.

Tips Mudah Pilih Sayur Segar

#1 Perhatikan Warna Sayur. Berubah Dari Warna Asal = Tidak Segar!

Sumber HGIC

Cara paling mudah untuk memastikan sayur yang korang pilih itu masih baik dengan segar ialah dengan menggunakan mata kita untuk melihat warna sayuran tersebut. Sayur-sayuran yang masih segar tidak akan berubah dari warna asal dan tidak kelihatan pucat. Contohnya bagi sayur-sayuran yang berdaun, kebiasaannya akan berwarna hijau terang. Namun jika warna hijau pada daun sayur tersebut mulai pucat dan berubah kekuningan, itu tanda sayur tersebut sudah tidak segar.

Begitu juga dengan sayur-sayuran seperti tomato, jika warnanya tidak lagi merah terang, dan mula kelihatan pucat, elakkan dari membeli. Sayur-sayuran yang berubah warna dan pucat menunjukkan kualiti sayur tersebut sudah menurun dan nutrisi di dalamnya sudah berkurang. Malah mungkin juga sudah dalam keadaan tercemar.

 

#2 Sayur Segar Tidak Akan Layu!

Sumber Gambar Domestic Soul

Selain warna sayur, benda lain yang korang boleh perhatikan ketika memilih sayur ialah daun dan tangkainya. Sayur yang masih baik dan segar mempunyai daun dan tangkai yang juga segar. Jika daun atau tangkai sayur tersebut kelihatan layu, itu tanda sayur tersebut sudah tidak lagi segar.

Lebih-lebih lagi jika daun sayur tersebut sudah berubah warna kekuningan atau kecoklatan. Daun dan tangkai yang layu, serta sudah berubah warna ini menandakan sayur tersebut sudah memasuki proses pereputan dan mungkin sudah tidak tahan lama untuk dimakan. Tips ini paling sesuai untuk dipraktikkan ketika memilih sayur berdaun seperti bayam, sawi dan kangkung.

 

#3 Belajar Dan Kenalpasti Tesktur Sayur-Sayuran

Sumber Gambar RGB Stock

Secara umumnya, setiap sayur-sayuran mempunyai teksturnya tersendiri. Penting untuk kita belajar dan mengenalpasti tekstur sayur-sayuran ini kerana jika sayur-sayuran yang kita hendak beli dari pasar mempunyai tekstur yang berbeza dari yang sepatutnya, itu bermaksud sayur tersebut bermasalah dan mungkin sudah tidak segar. Ini contoh tekstur bagi sayur segar dalam kumpulan sayuran berdaun, sayuran berbunga dan ubi-ubian:

  • Sayuran berdaun(bayam, sawi, kangkung): Sayuran berdaun yang masih segar akan mempunyai batang yang mudah dipatahkan dan tidak lembut.
  • Sayuran berbunga (brokoli, kubis cina, bunga kantan): Sayuran berbunga biasanya mempunyai tekstur berserat yang halus pada bahagian bunganya.
  • Ubi-ubian(Kentang, keladi, keledek): Sayur jenis ubi-ubian mempunyai tekstur kulit dan isi yang keras serta tidak berlubang.

Jika sayur-sayuran yang korang nak beli mempunyai tekstur berbeza dari yang sepatutnya, elakkan daripada membeli!

 

#4 Lembek, Berlendir Dan Berbau? Janganlah Beli!

Sumber Gambar Times Of India

Sayur-sayuran yang disimpan terlalu lama terutamanya dalam keadaan yang tidak sesuai akan melalui satu proses iaitu proses pereputan. Sayur yang mula atau sudah melalui proses pereputan ini tidak lagi segar dan berkemungkinan tidak selamat untuk dimakan. Secara kasar kita boleh perhatikan tiga tanda sayur-sayuran sudah melalui proses pereputan ini iaitu lembik, berlendir dan berbau.

Kalau korang beli sayur di pasar, jangan lupa turut menghidu sayur yang hendak dibeli kerana sayur yang berbau busuk bermaksud sudah mula mereput. Bagitu juga jika sayur tersebut terasa lembik terutamanya sayur-sayuran jenis ubi-ubian yang sepatutnya mempunyai kulit dan isi yang keras. Kalau korang pegang sayur tersebut dan rasa berlendir yang tidak sepatutnya, jangan beli.

 

Jenis Sayur-Sayuran

Selain itu, masih ramai juga yang tak tahu atau keliru jenis sayur-sayuran yang ada jual dekat kedai atau pasar raya tu. Ya lah kadang tu bukan apa ada je yang rupa lebih kurang sama kan. Jadi daripada tersalah tu, baik lah tahu dulu jenis sayur-sayuran yang ada kan. Rujuk infografik di bawah ini:

Sumber Gambar Sedapedia

Cukup semua tips ini korang praktikkan ketika membeli sayur akan mampu untuk memastikan korang memilih sayur segar untuk dibeli. Walaupun nampak mudah, perkara ini sangat penting untuk keselamatan makanan yang korang sendiri dan keluarga akan makan. Nak tahu tips simpan sayur agar kekal segar boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button