MakananCara Mudah

Tips Simpan Sayur Tahan Lama. Masih Segar Walaupun Berminggu. Jimat Duit

Petua Simpan Sayur Tahan Lama Walaupun Dah Lama Masih Segar

Mesti ada yang tak tahu tips simpan sayur tahan lama. Ye lah kita pergi pasar kadang dua minggu sekali atau tak sempat nak pergi hari-hari kan. Jadi sayur ni bila dah beli mestilah kena simpan dalam peti ais atau dalam bekas. Kadang tu memang bila dah simpan dalam peti sejuk pun sayur tu boleh jadi layu atau tak segar dah. Jadi macam mana nak buat kan? Takkan nak pergi kedai hari-hari bukan ada masa sangat.

Jangan risau sebenarnya ada petua yang kita boleh buat untuk elakkan daripada sayur yang kita beli dan simpan tu cepat rosak. Caranya berbeza untuk setiap jenis sayur jadi perlulah ikut betul-betul. Lepas dah buat macam ni, tak perlu lah risau jika terpaksa simpan sayur lama kerana tak sempat nak masak. Nanti bila nak masak tu, sayur masih lagi kelihatan dan rasa segar macam baru beli.

Petua Simpan Sayur Tahan Lama Walaupun Dah Berminggu Masih Segar

Sebenarnya bukan hanya ada satu cara sahaja untuk simpan sayur agar tahan lama. Ada pelbagai cara tapi ini adalah salah satu cara yang dikongsikan saudari Azlin di laman Facebook beliau. Cara-caranya adalah seperti berikut:

Sayuran Hijau

  1. Rendamkan semua sayur yang dibeli dalam air selama 5 hingga 10 minit. Kalau sayur kangkung atau bayar, korang boleh rendam tapi asingkan dengan sayur lain. Ini kerana bayam dan kangkung berpasir, tapi tak perlu pun potong akar dia dulu, nanti potong masa nak guna je. Tapi kalau dah basuh betul-betul bayam tu dan yakin dah tak berpasir boleh je rendam sekali.
  2. Campurkan sesudu garam ke dalam air rendaman (mengikut jumlah sayur yang direndam). Ini bertujuan untuk membuang bahan kimia pada sayur.
  3. Kemudian, bilas dan toskan sayur sehingga kering
  4. Selepas itu boleh simpankan sayur dalam bekas yang kedap udara atau ziplock bag.

 

Serai, Halia, Kunyit & Lengkuas

Untuk sayuran ini, sebab jarang digunakan jadi boleh simpan dalam balang berisi air. Caranya adalah:

  1. Isikan air penuh-penuh dalam balang
  2. Kemudian rendamkan lengkuas / serai dalamnya
  3. Pastikan tutup balang dengan rapat
  4. Tidak perlu tukarkan air setiap hari, hanya tukar 2 minggu sekali pun boleh

 

Daun Sup

Bagi daun sup pula boleh tahan sehingga sebulan, caranya adalah:

  1. Gunakan bekas atau botol air mineral yang dipotong
  2. Letakkan sedikit air di dalam bekas / botol
  3. Masukkan daun sup ke dalamnya dan pastikan hujung akar sahaja yang kena air. Ini kerana kalau batangnya yang terkena air, daun sup akan cepat lembik dan rosak.
  4. Simpan bekas / botol tersebut dalam peti sejuk

 

Tomato

Untuk tomato pula, cara simpannya adalah:

  1. Pastikan bahagian tangkai tomato diletakkan menghala ke atas.
  2. Jangan golek-golek atau alihkan posisi tersebut untuk elak cepat rosak atau lembik.

Ini kerana bahagian tangkai tomato adalan kawasan yang paling sensitif dan di situlah bahagian yang akan mula rosak

 

Bawang

Ini adalah bahan masakan paling asas iaitu bawang. Petua untuk menyimpan bawang adalah:

  1. Simpan bawang di tempat yang kering (mampu bertahan 2-3 bulan)
  2. Jangan simpan bawang bersama kentang keran ianya akan merosakkan bawang dengan cepat. Ini kerana gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak

 

Kentang

Untuk kentang pula agak unik sikit cara simpannya iaitu:

  1. Simpan kentang di tempat yang tak panas. Ini kerana kentang tak elok jika kena pancaran matahri yang terus kerana ianya akan cepat rosak.
  2. Boleh juga simpan kentang bersama epal. Kentang akan tahan lebih lama tau! Tak percaya? Kena cuba dulu

 

Cili Merah dan Cili Padi / Api

Untuk cili atau cabai pula, cara simpanan adalah:

  1. Sebelum simpan dalam peti ais, tanggalkan dulu tangkai cili. Ini keranan selalunya ia akan rosak dahulu dan menyebabkan semua cili rosak.
  2. Selepas cabut tangkai, balutkan dalam tisu atau surat khabar.
  3. Masukkan bawang putih untuk cili tahan lebih alam.

Bila nak guna, ambil beberapa batang sahaja, pastikan sentiasa kering

 

Tak susah pun nak simpan sayur yang kita beli agar tahan lama. Cuma perlu buat beberapa langkah sahaja, tak de lah balik shopping terus sumbat je dalam peti ais tu kan. Tak perlu beli alatan lain pun semua bahan dah ada dekat rumah. Kalau nak tahu beberapa tips atau petua makan yang lain boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button