RumahCara Mudah

Tips Elak Tombol Pintu Terkunci Dari Dalam. Barulah Tak Perlu Umpil Atau Pecah Tombol

Cara Atasi Tombol Pintu Terkunci Daripada Dalam

Kita mesti pernah menghadapi situasi tombol pintu terkunci daripada dalam tak kira lah di rumah, pejabat atau mana-mana pun. Boleh jadi puncanya disebabkan angin tolak begitu kuat sehingga pintu tertutup dan terkunci, ataupun ada juga kes di mana anak kecil yang sedang bermain terkunci tanpa sengaja. Kalau pintu yang terkunci tu tak ada orang dalamnya tak apa juga tapi kalau ada budak atau bayi kecil ke memang boleh jadi tak keruan dibuatnya.

Kesudahannya bila pintu terkunci tanpa sengaja ni memang nak tak nak terpaksalah dipecahkan pintu tersebut atau diumpil selaknya sehingga boleh dibuka. Bila dah cabut atau kopek tombol pintu ni faham-faham jelah kan lepasni kena tukar tombol pintu baru pula. Dah perlu tambah kos guna duit pula lagi, dan kalau sekali dua berlaku tak apa juga, tapi kalau kerap berlaku memang tak berbaloi. Sebenarnya ramai tak tahu ada benda boleh dilakukan untuk elakkan perkara sebegini berlaku.

Cara Elak Tombol Pintu Terkunci Daripada Dalam

Untuk mengelakkan daripada berlakunya situasi tak diingini sebegini berlaku, boleh ikuti langkah yang dikongsikan saudara Rusyaidi Husni Abdul Latib seperti di bawah ini:

Tombol Pintu Sentiasa Terkunci? 

Pernah tak korang mengalami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa perlu dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walaupun ianya sudah dibuka, kadang kala ia akan terus terkunci juga apabila pintu ditutup.

Kunci Pada Tombol Ada 2 Settings

Mungkin masih ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 ketetapan atau settings iaitu:

  1. Keadaan yang sentiasa kunci
  2. Keadaan normal

Setting Boleh Ditukar Dengan Cara Ini

Sebenarnya untuk menukar setting kunci pada tombol ini mudah sahaja, langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Tekan punat kunci dengan ibu jari
  2. Putarkan punat kunci ke kiri atau ke arah lawan arah jam untuk tetapan normal (tidak berkunci)
  3. Putar punat kunci ikut arah jam atau ke kanan bagi tetapan sentiasa kunci

Rujuk gambar di bawah untuk lebih mudah faham

Settings atau tetapan ini boleh digunapakai untuk kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci

Kenapa sering terjadi? 

Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita secara tidak sengaja terpusing punat tersebut justeru menyebabkan pintu dalam keadaan mode sentiasa kunci

 

Lepasni dah tahu cara nak elakkan tombol pintu daripada sering terkunci tanpa sengaja bolehlah praktikkan. Lagi-lagi yang ada budak kecil kat rumah tu memang wajib buat benda ni. Barulah selamat dan tak membahayakan anak-anak kita. Jadi jangan lupa share tips ni pada orang lain agar ramai dapat manfaat. Nak elak rumah mudah dimasuki pencuri boleh tengok tips di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button