KenderaanCara Mudah

Tukar Warna Cat Kereta Pun JPJ Boleh Saman! Sebenarnya Ada Prosedur Yang Perlu Ikut Iaitu…

Cara Mudah Tukar Cat Kereta Mengikut Prosedur JPJ

Baru-baru ni ada tular satu tweet di Twitter yang menunjukkan seorang pemandu disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tukar warna cat kereta tanpa kebenaran. Gambar tersebut mendapat reaksi yang berbagai daripada warganet, tapi rata-ratanya tak bersetuju dengan tindakan JPJ ke atas pemandu tersebut. Mereka mengatakan tukar warna cat kenderaan bukannya boleh buat kemalangan, ataupun mengatakan ia benda kecil saja. Korang rasa macam mana?

Sebenarnya, korang memang tak boleh sesuka hati menukar cat warna kenderaan daripada warna asal tanpa kebenaran. Boleh kalau nak tukar, tapi korang mestilah melalui prosedur yang betul. 

Sumber Gambar Pandu Laju

Perkara ni sebenarnya dah tertakluk dalam peraturan jalan raya, dalam Seksyen 12 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu – Pemeriksaan Kenderaan Motor dan Pemberian Maklumat kepada Ketua Pengarah.

Kenapa Nak Tukar Warna Cat Kereta Pun Perlu Bagitahu JPJ?

Korang kena kemas kini warna cat kenderaan pada JPJ sebab kalau berlaku kemalangan ataupun kecurian, proses pencarian ataupun proses pengenalpastian kenderaan akan menjadi sukar kalau warna yang tercatat dalam rekod lain dengan warna yang terdapat pada kenderaan. 

Cara Tukar Warna Cat Kereta Mengikut Prosedur JPJ

Merujuk Seksyen (12) APJ 1987, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna, perlu diberi suatu Notis Arah Periksa atau PG1. Notis tersebut diberikan supaya pemilik memaklumkan kepada JPJ setiap perubahan warna kenderaan berkenaan. Jadi kalau korang nak tukar warna kenderaan, bolehlah ikuti langkah-langkahnya di bawah ni:

  1. Cat dahulu kenderaan di mana-mana tempat yang korang pilih.
  2. Selesai mengecat, hadir ke pejabat JPJ untuk proses pendaftaran.
  3. Isikan borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serahkan pada pegawai yang bertugas. Kalau kereta dicat dengan lebih daripada satu warna, pilih warna yang paling banyak atau dominan sebagai jenis warna kenderaan yang baru.
  4. Pegawai yang bertugas akan mengemas kini dalam sistem MySikap dan tiada bayaran dikenakan.

Jadi lepas ni, korang tak bolehlah lagi melenting bila disaman JPJ kerana tukar cat kenderaan tanpa kebenaran sebab ia memang satu kesalahan pun. Pastikan kalau nak tukar warna kenderaan, ikuti langkah-langkah di atas.

Lesen kenderaan dah tamat? Sekarang ni korang boleh renew lesen secara online je di rumah! Lagi mudah dan tak perlu tunggu lama di pejabat JPJ. Korang boleh ikuti langkah-langkahnya di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button