MakananInformasi

Harga Barang Naik? Apa Perlu Buat? Ini Cara Buat Aduan & Senarai Barangan Kawalan Harga

Senarai Barangan Dalam Skim Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Serta Cara Buat Aduan Kepada KPDNHEP

Tahu tak kita sebenarnya ada barangan kawalan harga? Bila nak Hari Raya je harga barang keperluan asas mesti naik. Selalu dengar kan kenyataan macam ni? Tak kira lah Raya Cina ke, Raya Puasa ke Raya Haji, pasti akan ada yang melaporkan harga barang naik. Sebenarnya kalau ikutkan kerajaan dah lama pantau harga barangan terutamanya apabila menjelang bulan perayaan, cumanya ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

TERKINI: Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam Berkuatkuasa 12 Oktober 2022

KEMASKINI: Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam Mulai 5 Februari 2022

 

Senarai Barangan Kawalan Harga Dalam Skim Maksimum Musim Perayaan (SHMMP)

So kalau korang nak tahu, kerajaan telah mewujudkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang telah pun dilaksanakan mulai tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu Akta Kawalan Harga 1946).

Dalam Skim ini, beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum bagi peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu. Pelaksanaan skim ini adalah di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan serta daerah.

Musim perayaan yang termasuk di dalam skim ini sehingga kini adalah:

  1. Hari Raya Puasa
  2. Tahun Baru Cina
  3. Deepavali
  4. Hari Krismas
  5. Pesta Keamatan
  6. Hari Gawai

Senarai Barangan Kawalan Harga Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021

Jadi bagi Hari Raya Aidilfitiri tahun 2021 ni, senarai barangan harga terkawal skim harga maksimum musim perayaan kuat kuasa 21 April hingga 20 Mei 2021 (30 hari) adalah seperti berikut:

Kategori Ayam

1. Ayam Hidup

2. Ayam Standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)

3. Ayam Super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)

Kategori Daging

4. Daging Lembu Tempatan (Semenanjung & Sabah Sahaja)

5. Daging Lembu Import (Sarawak Sahaja)

6. Daging Kerbau Import (India) (Semenanjung, Sabah & WP Labuan Sahaja)

Kategori Telur Ayam

7. Telur Ayam Gred A (65.0 gram hingga 69.9 gram)

8. Telur Ayam Gred B (60.0 gram hingga 64.9 gram)

9. Telur Ayam Gred C (55.0 gram hingga 59.9 gram)

Kategori Hasil Laut 

10. Ikan Kembung Termasuk Ikan Mabung (7-10 ekot/kg)

11. Ikan Aya/Tongkol (1-2 ekor/kg) (Pahang, Terengganu & Kelantan sahaja)

12. Ikan Selayang (7-10 ekor/kg)

Apa Yang Peniaga Wajib Lakukan?

Menurut KPDNHEP. Peniaga hendaklah melakukan perkara berikut:

1. Tidak menjual harga melebihi barang kawalan

2. Letak tanda harga berwarna merah jambu (pink) bagi barangan harga terkawal

3. Pastikan bekalan barangan mencukupi di pasaran

4. Guna alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan

Jika gagal mematuhi akta kawalan harga dan antipencatutuan 2011, peniaga boleh dikenakan tindakan seperti di gambar berikut:

Apa Pengguna Boleh Lakukan?

Sekiranya peniaga tidak patuh, pengguna boleh membuat aduan kepada KPDHEP menerusi pelbagai platform iaitu:

  • Portal e-aduan.kpdnhep :https://eaduan.kpdnhep.gov.my/
  • Aplikasi Telefon Pintar: Ez ADU KPDNHEP (Android / Apple)
  • Whatsapp : 019-279 4317
  • Pusat Arahan Penguatkuasaan : 03-8882 6088 / 6245
  • Talian Hotline KPDNHEP : 1-800-886-800
  • Emel : e-aduan@kpdnhep.gov.my

So korang dah tahu harga maksimum barang terkawal, jadilah pengguna yang bijak. Kalau kedai tersebut menjual barang terkawal dengan harga yang mahal buatlah laporan aduan pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kalau adu dekat media sosial je tak guna jugak kan tindakan takkan diambil.

Sebenarnya banyak tips dan petua yang boleh dibuat agar kerja memasak di dapur menjadi lebih mudah. Boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button