RumahTips Jimat

Pewangi Dah Nak Habis? Jangan Buang Dulu Boleh Guna lagi! Ini Tips Guna Pewangi Rumah Tahan Lama

Tips Jimat Gunakan Pewangi Rumah Supaya Dapat Gunakan Lebih Lama

Tahu tak ada cara buat pewangi rumah tahan lama? Nak jadikan rumah kita lebih selesa bukan hanya pada susunan perabot dan warna dinding saja, tapi bau yang terdapat di dalam rumah pun memainkan peranan penting juga. Bayangkan kalau lepas penat bekerja seharian dan pulang ke rumah yang wangi, mesti rasa penat tu serta-merta hilang. Ada banyak cara sebenarnya nak buatkan rumah kita lebih wangi dan antara cara yang ramai orang guna adalah dengan menggunakan pewangi rumah seperti jenama Glade atau Ambi Pur.

Tips Jimat Gunakan Pewangi Rumah Tahan Lama Supaya Dapat Gunakan Lebih Lama

Mungkin korang perasan kalau gunakan pewangi yang jenis gel macam ni, mesti akan cepat habis. Kadang-kadang rasa membazir pula kena beli banyak-banyak setiap bulan agar dapat memastikan rumah kekal wangi. 

Tapi sebenarnya ada beberapa trik yang korang boleh ikut supaya pewangi ni dapat digunakan dengan lebih lama!

Rendamkan Pewangi di dalam Air

Bila korang nampak gel pewangi rumah dah kering, jangan terus buang! Sebenarnya korang masih boleh gunakan lagi pewangi tersebut. Cara nak kembalikan bau wangi pada gel pewangi yang dah kering adalah:

Sumber Gambar Facebook

  • Pastikan korang ada gel pewangi yang dah kering, yang masih mahu digunakan lagi.

  • Rendamkan bekas tersebut di dalam air semalaman. Lagi lama korang rendam, lagi bagus. Pastikan bekas tersebut terbuka supaya gel wangian dapat menyerap air.

  • Lepas semalaman, gel wangian tu dah tak lagi kering dan bau wangi pun dapat dihidu kembali!

Buka Penutup Lubang Kecil

Sumber Gambar Hamizah MM

Kalau korang beli pewangi baru, cuba periksa bahagian atas bekas tersebut. Korang akan perasan terdapat bulatan kecil. Bulatan ni sebenarnya boleh dibuka dengan cara:

  • Gunakan pisau untuk mencungkil penutup lubang kecil tersebut.

  • Apabila lubang tersebut dah dibuka, pewangi korang akan bertahan lebih lama sebab bau wangi hanya akan keluar melalui lubang kecil ni je. Kalau buka dengan cara mengangkat penutup pewangi, gel di dalam akan menjadi kering dengan lebih cepat.

Gunakan Lebihan Gel Sebagai Pewangi Tandas

Sumber Gambar Azhafizah

Lebihan pewangi yang dah kering, kalau korang tak nak rendam dan gunakan semula sebab rasa leceh, gunakan cara ni pula untuk mewangikan tandas. Caranya adalah:

  • Cabut penutup atas dan pisahkan terus daripada badannya agar gel wangian di dalam terdedah.
  • Korek gel pewangi yang dah kering daripada bekasnya, dan masukkan terus ke dalam tangki tandas.
  • Semakin lama, gel tersebut akan mengembang dan larut di dalam air tangki, membuatkan tandas korang menjadi wangi setiap kali tandas dipam.

Jadi lepas ni bolehlah cuba tips dan trik di atas ni supaya dapat gunakan pewangi rumah tahan lama dan lebih jimat! Selain daripada selesa, kita juga perlu pastikan rumah lebih selamat, lagi-lagi bila ada anak kecil. Kadang-kadang kita tak perasan anak bermain dekat dengan soket elektrik, dan benda ni boleh membahayakan nyawanya. Bagi mengelakkan anak terkena renjatan elektrik sebab bermain dekat dengan soket elektrik, korang boleh ikuti tips-tips di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button