RumahCara Mudah

Seterika Ada Kesan Hangus? Tak Perlu Beli Baru, Guna Tips Mudah Ni Je! Guna Panadol Je Pun Boleh?

Cara Hilangkan Kesan Hangus Seterika (Tips DIY)

Seterika adalah salah satu perkakas elektrik yang penting dalam rumah. Tanpa seterika, baju kerja suami akan berkedut, baju sekolah anak jadi tak kemas, dan baju kurung yang nak dipakai ke kenduri nampak tak cantik! 

Kalau dah gunakan seterika yang sama untuk satu tempoh yang lama, mungkin korang akan perasan beberapa kesan hangus pada tapaknya. Nak gosok baju pun jadi tak smooth dan kadang-kadang boleh tinggalkan kesan hitam pada baju. Sebelum korang rasa nak buang seterika lama dan beli seterika baru, baik jangan buat tu dulu sebab ada cara yang boleh hilangkan kesan hangus dan hitam tu secara berkesan!

Tips Hilangkan Kesan Hangus pada Seterika 

Dengan cara yang betul, kesan hangus dan hitam pada tapak seterika boleh dihilangkan dengan mudah dan bahan-bahan yang diperlukan pun semuanya ada di rumah! Kalau perlu beli pun, ianya tak semahal kos sebuah seterika yang baru. Korang boleh ikuti 8 tips mudah hilangkan kesan hangus pada tapak seterika di bawah ni:

Surat Khabar dan Garam

Sumber Gambar WikiHow

Percaya atau tak, dengan menggunakan surat khabar dan garam je pun dah boleh hilangkan kesan hangus tu. Caranya:

  • Bentangkan surat khabar dan taburkan garam di atasnya. Pastikan garam ditabur dengan secukupnya supaya boleh muat seluruh tapak seterika.
  • Hidupkan seterika kepada suhu yang paling panas, dan gosokkannya dalam bentuk bulatan.
  • Kesan-kesan hangus tadi akan melekat pada butir-butir garam. Ulang sampailah semua kesan hitam tersebut hilang.
  • Hati-hati jangan sampai surat khabar terbakar pulak!

Rendam Tuala dengan Larutan Air Bercampur Cuka

Sumber Gambar Freepik

Cuka adalah salah satu agen pencuci yang sangat bagus dan sebab tu lah ia boleh digunakan untuk menghilangkan kesan pada seterika. Caranya:

  • Larutkan setengah cawan cuka di dalam baldi atau besen yang berisi air.
  • Rendamkan tuala di dalam larutan tersebut sampai ia menjadi basah.
  • Hidupkan seterika dan letakkan ia di atas tuala yang basah tadi selama 30 minit.
  • Selesai, boleh lapkan sisa-sisa hitam yang tertinggal dengan tuala kering yang bersih.

Gunakan Larutan Baking Soda

Sumber Gambar WikiHow

Agen pencuci semula jadi lain yang bagus juga adalah baking soda. Kesan hitam pada seterika akan tertanggal dengan lebih mudah apabila menggunakan larutan ini. Caranya:

  • Campurkan 1 sudu besar air dengan 2 sudu besar baking soda dan gaulkannya sampai sebati.
  • Sapukan larutan tadi di atas tapak seterika. Fokuskan di bahagian yang mempunyai kesan hangus.
  • Jangan ratakan dengan terlalu tebal. Cukup sampai dah tak nampak sangat kesan hitam tu. Biarkannya dalam masa 30 minit atau sehingga pes menjadi kering.
  • Gunakan tuala yang lembab untuk mengelap pes baking soda. Pastikan korang gosok dengan kuat di bahagian-bahagian yang degil, sampailah semua kesan hilang.

Bersihkan dengan Ubat Gigi Pun Boleh

Sumber Gambar WikiHow

Pastikan ubat gigi yang digunakan yang jenis pes yang berwarna putih tu dan bukannya gel, barulah lebih berkesan. Caranya:

  • Sapukan sedikit ubat gigi pada tapak seterika dan ratakannya.
  • Gunakan tuala yang kering, gosok dengan kuat di bahagian yang ada kesan hitam sampailah tertanggal.
  • Bila semua kesan dah tertanggal, lapkan tapak seterika dengan kain yang lembab untuk bersihkan sisa-sisa ubat gigi yang masih ada.

Panadol Bukan untuk Hilang Sakit Kepala Je, Juga Hilangkan Kesan Hangus!

Achai Wong telah berkongsi tips ini di Facebook nya, di mana dia menggunakan panadol untuk hilangkan kesan hitam pada tapak seterika. Panadol yang digunakan adalah jenis soluble dan cara-caranya adalah:

  • Panaskan seterika pada suhu yang tinggi.
  • Basahkan panadol jenis soluble dan gunakan gunting atau penyepit untuk memegang panadol tersebut. Jangan rendam lama-lama pula nanti habis terlarut panadol tu.
  • Gosokkan panadol tadi pada tapak seterika yang panas dan nanti ia akan menghasilkan buih-buih kecil. Gosok sampai panadol tadi menjadi kecil.
  • Bila dah selesai, lapkan dengan kain yang bersih.

Tips-tips dekat atas ni memang boleh hilangkan kesan hangus dengan mudah tanpa perlu kikis dengan benda tajam yang akhirnya akan rosakkan tapak seterika tersebut. Dan korang pun boleh berjimat sebab tak perlu beli seterika baru! Tips jimat guna pewangi rumah boleh rujuk di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button