PermohonanCara Mudah

Macam Mana Nak Semak Bila Duit i-Sinar akan Masuk Akaun Kita? Ini Caranya

Cara Mudah Semak Tarikh Bayaran i-Sinar (Jadual Setiap Bulan)

Ramai orang yang tertunggu-tunggu 8 Mac nanti kerana pada tarikh tersebutlah menururt KWSP, permohonan i-Sinar akan diluluskan tanpa kriteria bagi yang telah memohon. Untuk yang belum memohon juga disarankan tunggu hingga 8 Mac untuk sistem kemaskini cara terbaharu permohonan. Jadi sesiapa je boleh melakukan permohonan tanpa kriteria untuk mengeluarkan duit simpanan dari akaun 1 KWSP.

Baca Juga: Panduan Permohonan i-Sinar

Sementara nak tunggu duit i-Sinar masuk, korang bolehlah baca cara-cara untuk ketahui bila tarikh duit i-Sinar akan masuk ke dalam akaun bank kita, supaya tak adalah nanti asyik berulang-alik ke bank setiap hari hanya untuk hampa apabila mendapati duit i-Sinar masih belum dimasukkan ke dalam akaun.

TERKINI:

Cara Semak Tarikh Pembayaran i-Sinar ke dalam Akaun Bank

  • Nak dapatkan ID dan kata laluan untuk daftar i-Akaun, korang dah tak perlu pergi ke kaunter pejabat KWSP lagi sebab cukup hanya pergi ke kiosk KWSP yang banyak terletak di cawangan-cawangan bank di seluruh Malaysia.

  • Lepas dah daftar, bolehlah log masuk seperti biasa.

  • Masukkan nombor kad pengenalan sebagai User ID dan masukkan kata laluan yang telah didaftarkan.

  • Bila dah berada di laman utama, korang boleh klik di bahagian Withdrawal.

  • Kemudian klik Withdrawal History.

  • Klik pula pada Withdrawal Type dan pilih i-Sinar. Dekat sini pun korang boleh semak untuk i-Lestari juga.

  • Tarikh kemasukan duit i-Sinar akan terpapar dan korang boleh rujuk di situ.

Nanti bila dah dapat duit i-Sinar tu, jangan pula boros berbelanja disebabkan dapat duit dalam amaun yang banyak terus macam tu. Keluarkan duit i-Sinar jika betul-betul memerlukan je. Kalau tak ada apa-apa hal kecemasan, disarankan untuk tak keluarkan langsung duit daripada Akaun 1 KWSP sebab duit tu nantilah yang akan digunakan semasa korang dah pencen nanti. Cadangan kegunaan duit i-Sinar boleh baca SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button