Cara MudahTeknologi

Ramai Tak Tahu CIMB ada Points! Boleh Tebus Baucar Macam KFC RM50, Shopee RM100 & Banyak Lagi! Ini Cara Tebus Point CIMB

Cara Tebus Mata Ganjaran CIMB Melalui CIMBClicks

Rupanya ramai lagi tak tahu cara tebus point CIMB. Sekarang ni semua beli barang kita dah jarang guna secara tunai atau cash kan sebab dah boleh pakai kad debit, kad kredit ataupun e-wallet. Transaksi tanpa tunai ni lebih selamat sebab korang tak perlu bawa duit banyak ke mana-mana dan tak perlu risau dicuri atau dirompak. Waktu musim COVID19 juga lebih digalakkan pemebelian macam ni supaya tiada sentuhan dan kurang penularan wabak berlaku.

Selain daripada kelebihan itu, satu lagi kelebihan transaksi tanpa tunai ni kebanyakannya mereka akan menyediakan mata ganjaran atau rewards. Tujuan dia mungkin nak galakkan kita buat lebih banyak pembelian menggunakan platform mereka. Tapi tak rugi pun malah kita lebih untung! Sebab beli sesuatu barang lepastu kumpul points boleh dapat barang lain lagi. Siapa tak nak kan?

Cara Tebus Point CIMB Melalui CIMBClicks (Mata Ganjaran CIMB)

Menurut CIMB, ‘Bonus Points’ akan diberikan kepada pelanggan antaranya kepada Pemegang Kad untuk transaksi perbelanjaan runcit yang dikenakan ke kad kredit dan kad debit. Maksudnya kalau korang guna kad debit atau kad kredit cimb untuk beli barang, maka akan dapatlah bonus point ni. Ada beberapa lagi jenis perolehan mata ganjaran korang boleh baca di SINI.

Jadi tanpa buang masa lagi jom kita tengok cara macam mana nak tebus points yang kita ada di CIMBclicks. Sebelum tu, kita kena tahu dulu macam mana nak check jumlah points yang kita ada. Untuk semak jumlah mata ganjaran yang ada korang boleh tengok di aplikasi CIMBClicks dan juga login di pelayar internet atau browser. 

  • Buka Aplikasi Cimbclicks dan swipe dari kanan ke kiri di bahagian tengah
  • Klik Bahagian Challenges dan jumlah points akan dipaparkan

Untuk tebus mata ganjaran tersebut hanya boleh dibuat apabila korang login masuk ke CIMBClicks menggunakan browser sahaja. Maksudnya kalau korang guna CIMBClicks memang tak boleh.jadi boleh lah guna Google Chrome ke Safari atau browser dekat handphone korang tu dan ikut langkah berikut:

  • Log masuk ke https://www.cimbclicks.com.my/
  • Klik bahagian Rewards di belah kiri skrin atau gambar ikon hadiah seperti di gambar
  • Jumlah points akan dipaparkan seperti di dalam kotak di bawah. Untuk memilih tebusan ganjaran klik category seperti bulatan di bawah
  • Pilih jenis ganjaran seperti baucar, pelbagai ganjaran akan dipaparkan, dan tandakan kotak untuk tebus, klik butang add to cart

  • Selepas itu klik checkout dan korang dah boleh guna ganjaran tu tadi!

Mudah je kan cara tebus point CIMB ni? So lepasni tak ada lah korang belanja beli apa semua tu tak dapat apa. Dengan cara ni boleh dapat pulangan yang berganda-ganda! Best kan? Cuba share dekat kawan mana tahu diorang belum tahu lagi. Kalau tak pernah daftar lagi Shopee untuk shopping Online boleh baca di panduan SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button