PermohonanCara Mudah

KWSP masih Akaun Konvensional? Ini Cara Tukar Ke Akaun KWSP Syariah. Wajib Buat Sendiri Pertukaran Bukan Automatik

Cara Mudah Tukar Akaun KWSP Daripada Konvensional Kepada Patuh Syariah

Kebanyakan pekerja di Malaysia ni pasti akan mempunyai akaun KWSP. Bukan semua orang dapat merasai faedah duit pencen, jadi ramai yang membuka akaun dengan KWSP bagi memastikan diorang mempunyai duit simpanan di hari tua nanti. Baru-baru ni, dividen KWSP telah diumumkan, dan dividen untuk akaun syariah masih kekal kompetitif jika dibandingkan dengan akaun konvensional.

Kalau korang perasan, akaun di KWSP ni terbahagi kepada dua, iaitu akaun konvensional dan akaun syariah. Secara umumnya, sesiapa yang mendaftar akaun dengan KWSP akan mendaftar untuk buka akaun konvensional. Kalau nak tukar kepada akaun syariah pula perlu mendapat persetujuan ahli terlebih dulu dan lazimnya yang baru buka akaun KWSP akan ditanya sama ada ingin tukar terus kepada syariah atau tidak. Bagi yang telah lama mendaftar KWSP selalunya adalah akaun konvensional. 

Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional kepada Akaun Syariah

Sebagai seorang Muslim, kita mestilah nak memastikan apa-apa yang berkaitan dengan harta dan duit simpanan kita bersih daripada unsur riba dan ragu-ragu. Jadi amatlah digalakkan untuk korang menukar status akaun KWSP kepada akaun syariah. Menurut Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, Jawatankuasa Penasihat Syariah (JKPS) KWSP, berdasarkan hukum islam adalah wajib untuk umat islam menukarnya agar tidak lagi dilaburkan ke tempat tidak patuh syariah.

Sumber Gambar Alhijrahnews

Antara kelebihan apabila korang menukar akaun KWSP kepada akaun syariah adalah:

  • Masih mempunyai objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
  • Pengagihan aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika dan patuh syariah (duit simpanan korang takkan dilaburkan dalam sektor yang menghasilkan atau mempromosikan alkohol, perjudian, hiburan dewasa, dan senjata ketenteraan).
  • Pendedahan pelaburan yang minima dalam sektor kewangan.

Lepas dah tahu dan faham apa kelebihan apabila bertukar kepada akaun syariah, bolehlah ikuti langkah-langkah untuk menukarnya di bawah ni:

  • Pastikan korang dah mempunyai i-Akaun. Kalau belum, korang boleh daftar di kiosk KWSP dan tak perlu ke pejabat pun. Cara-caranya boleh dirujuk di SINI.
  • Layari laman web KWSP di SINI dan log masuk ke dalam akaun korang.

  • Di laman utama, korang cari tab Simpanan Syariah dan klik di situ.
  • Nanti akan dapat notifikasi yang menyatakan akaun korang tidak mesra syariah. Korang boleh klik di Register Now.

  • Semak maklumat yang terpapar. Lepas dah pastikan semuanya betul, klik Next.
  • Baca segala terma dan syarat yang dinyatakan. Lepas korang bersetuju, boleh klik pada kotak sebelum klik Next.
  • Kemudian korang boleh klik Request TAC. Bila dah dapat nombor TAC, isikannya dan klik Confirm.
  • Seterusnya, korang bolehlah cetak e-Akad untuk simpanan peribadi. Nanti korang akan dapat notifikasi menyatakan tarikh akaun syariah dikuatkuasakan dan selesai!

  • Selepas itu boleh semak semula di tab yang sama adakah status telah berjaya ditukar beberapa hari kemudian

Video Penjelasan

Maklumat Lanjut

Satu benda yang kena tahu, bila dah tukar akaun KWSP ke akaun syariah, korang tak boleh tukar semula kepada akaun konvesional. Jadi kalau korang nak tukar ke akaun syariah, pastikan dah fikir sehabis baiknya. Kalau nak buat secara manual di KWSP pun boleh, tapi kena buat temujanji dulu secara online, rujuk cara di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button