KewanganCara Mudah

Tabung Haji Pun Ada Kes Scam Hilang Duit, Ini Cara Unlink Akaun Bank Dengan Tabung Haji

Cara Unlink Akaun Bank Dengan Tabung Haji

Ramai lagi yang belum tahu cara unlink akaun bank dengan Tabung Haji. Sekarang ini banyak kes scammer curi duit dalam bank mahupun akaun simpanan seperti Tabung Haji. Ya betul mungkin kita rasa dah selamat kalau simpan duit di institusi perbankan ataupun simpanan yang dipercayai, tapi kini mungkin tidak lagi. Bukan kerana institusi tersebut tidak bagus tetapi barangkali scammer semakin bijak untuk menggunakan pelbagai helah dan mencuri wang kita.

Dengan teknologi yang semakin maju sekarang ni, semuanya di hujung jari menggunakan internet. Jadi lebih banyak cara untuk scammer ambil peluang dan menceroboh akaun kita. Justeru itu kita sebagai pengguna perlu lebih berhati-hati dan mempunyai inisiatif sendiri juga untuk sentiasa semak akaun simpanan kita agar tiada berlaku sebarang kecurian. Sekiranya berlaku juga, kita boleh buat laporan dan boleh mendapatkan semula duit kita.

Cara Unlink Akaun Bank Dengan Tabung Haji

Seperti dikongsikan di media sosial, terdapat kes di mana duit dalam tabung haji hilang atau dikeluarkan oleh scammer. Susulan itu, saudari Azila Mohd Kasim telah berkongsikan cara untuk menyahaktif atau tutup fungsi online banking dengan Tabung Haji seperti berikut:

1. Layari laman web Maybank2U versi terkini. Bukan versi lama (classic). Log in dan masukkan password.

2. Klik bahagian Setting

3. Klik bahagian Accounts

4. Klik Tabung Haji

5. Klik Accounts

6. Boleh linked – untuk sesiapa yang belum pernah linked akan dipaparkan ini

Untuk yang telah linked, boleh unlinked kan dengan ini.

* Dapat maklumat untuk akaun CIMB perlu pergi ke mesin ATM di bank untuk unlinked ke Tabung Haji.

Untuk akaun bank-bank lain, mungkin sahabat sekalian boleh hubungi khidmat pelanggan bank masing-masing.

Sekarang dah tahu cara nak unlink akaun tabung haji dengan online banking kita. Lepasni boleh lah buat untuk mengelakkan entiti tidak bertanggungjawab seperti scammer daripada mencuri duit kita dalam simpanan tabung haji. Mungkin tindakan ini boleh menyelamatkan kita daripada menjadi mangsa mereka. Kalau nak semak baki akaun tabung haji boleh rujuk panduan di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button